Akibat kerap terasa lapar semasa hamil, ramai ibu yang makan dalam kuantiti yang banyak dan ambil makanan yang tidak sihat seperti makanan segera. Tanpa sedar, anda sebenarnya telah terlebih kalori dan mungkin boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
Wanita hamil perlu mengawal pengambilan makanan dan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Pengambilan hanya satu hidangan minuman coklat berais setiap pagi tanpa penambahan minuman manis dalam hidangan berikutnya sepanjang hari tidak akan menjadi penyebab utama kandungan bersaiz besar (macrosomia).
Menurut Dr Maiza Tusimin, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, bayi normal di kalangan penduduk Malaysia mempunyai berat badan dalam lingkungan 3kg hingga 3.5kg.
Bayi macrosomic pula ditakrifkan sebagai berat lahir melebihi 4kg.
Lazimnya apabila ukuran pertumbuhan bayi yang diperolehi daripada ultrasound bersiri diplotkan pada graf pertumbuhan janin, kadar pertumbuhan bayi macrosomic melebihi kadar pertumbuhan yang sepatutnya untuk umur kandungan tersebut (lebih 90% centile).
Antara faktor yang telah dikenalpasti berkait rapat dengan bayi macrosomic termasuklah:
Kehamilan melebihi tarikh jangkaan bersalin.
Menghidap kencing manis ketika hamil
Indeks jisim badan prakehamilan yang tinggi (BMI lebih 30kg/m2)
Kenaikan berat badan berlebihan ketika hamil.
Faktor genetic, jantina bayi, kaum dan etnik juga mempengaruhi risiko bayi macrosomic yang lebih tinggi berbanding wanita kulit putih, Afrika Amerika, atau Asia. Faktor genetic seperti ketinggian ibu dan berat badan turut memainkan peranan dalam menentukan berat bayi ketika lahir.
Menghidap diabetis ketika hamil adalah satu factor yang paling banyak dikaitkan dengan bayi macrosomic
Bagi wanita hamil yang berisiko tinggi dan mempunyai metabolisme badan yang tidak berupaya untuk menangani perubahan hormone HPL ketika hamil, keputusan tidak normal akan ditunjukkan dalam modified glucose tolerance test (MGTT).
Berikut adalah golongan berisiko menghidap diabetis ketika hamil? Sekiranya berisiko, puan perlu menjalani ujian saringan MGTT!
Menghidap GDM semasa kandungan terdahulu.
Obesiti (BMI lebih 30kg/m2)
Umur lebih 35 tahun
Kehadiran glycosuria (glukos di dalam air kencing)
Berat bayi terdahulu lebih 4kg
TIP MENGELAKKAN BAYI BESAR
Pengambilan makanan seimbang mengikut pola pyramid makanan – Pinggan Sihat Malaysia: “Suku, Suku, Separuh”
Berjumpa dengan pakar dietetic untuk mengira kadar kalori yang diperlukan ketika hamil seterusnya mendapatkan nasihat mengenai pemakanan seimbang
Digalakkan melakukan aktiviti senaman ringan.
Menjalani ujian saringan diabetis jika tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu mengandung yang mengidam, jangan terlalu ikutkan keinginan terutama yang bukan-bukan. Mengidam adalah satu pengalaman yang dialami oleh kebanyakan ibu mengandung.
Mengidam berlaku mengikut waktu atau dalam tempoh kehamilan yang berbeza di antara seseorang wanita. Begitu pun, mengidam semasa mengandung tidak dirasai oleh semua wanita hamil.
Menurut Jururawat, Noor Nabila Masfuzah atau lebih dikenali Bel Nawhen, mengidam membawa maksud sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung. Adakala, jika keinginan itu jika tidak dipenuhi, emosi si ibu akan dilanda badai.
Ibu Mengandung Yang Mengidam, Jangan Terlalu Ikutkan Keinginan Terutama Yang Bukan-bukan
Wanita mengandung rata-ratanya mengalami keinginan yang sangat tinggi untuk makan sesuatu. Bukan sahaja jenis makanan boleh dimakan yang diidamkan tetapi juga bahan bukan makanan seperti kapur dan kepingan cat atau tanah ini diistilahkan sebagai ‘pica’.
Jangan terkejut ada ibu mengandung yang craving untuk menyedut bau petrol hingga diletakkan di tisu untuk dihidu bila perlu.
Apakah kaitan mengidam dengan kehamilan?
Ada segelintir pakar perubatan mengatakan bahawa mengidam adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh wanita mengandung.
Perubahan hormon boleh meningkatkan kepekaan deria bau (yang berkait rapat dengan deria rasa) pada wanita mengandung, sekaligus mempengaruhi pemakanannya.
Malahan, alahan semasa mengandung seperti pening, kembung perut, keletihan atau muntah-muntah akibat perubahan hormon juga boleh menjadi asbab kepada wanita hamil untuk mengidam makanan yang boleh melegakan alahan mereka.
Selain itu, kekurangan zat makanan dan vitamin di dalam tubuh seseorang ibu hamil itu yang telah mencetuskan rasa mengidam seperti:
• Mengidam makanan laut mungkin disebabkan oleh kekurangan “calcium” dan “sodium”.
• Mengidam kekacang dan bijirin pula mungkin berpunca daripada kekurangan magnesium di dalam tubuh
• Mengidam minum ais atau air batu pula mungkin disebabkan kekuranfan zat besi.
• Mengidam coklat pula menunjukkan peningkatan dalam keperluan kalori atau mungkin kurang vitamin B.
Sebenarnya, mengidam ni kadangkala perlu untuk meningkatkan jumlah kalori untuk pertumbuhan serta pembentukan janin.
BAHAYA
Mengidam boleh mendatangkan masalah apabila ibu mengidam sesuatu yang pelik seperti makan tepung atau benda yang bukan makanan seperti tisu, tanah liat dan sebagainya.
Mengidam benda yang bukan makanan (PICA) harus dielakkan kerana ia mungkin akan memudaratkan bayi dan ibunya. Jika anda mempunyai keinginan tinggi untuk mengambil sesuatu yang pelik atau bukan makanan, berjumlah doktor untuk langkah seterusnya.
Semasa hamil, pemakanan haruslah seimbang dengan jumlah kaliru serta khasiat yang mencukupi bagi membantu ibu dan janin sihat sepanjang bulan-bulan kehamilan.
Elakkan mengidam menguasai hati dan fikiran anda. Terutama yang mengidam melampau seperti setiap hari pagi petang siang malam nak makan aiskrim sahaja. Atau mungkin pagi mahu sate ayam, malam mahu sate daging. Tidak ada sumber karbohidrat di mana-mana.
• Bukan tak boleh nak makan, tapi berpada-pada. Ambil makanan pada jumlah yang kecil. Asalkan dapat merasa. Saya tahu kaum wanita seperti kita ni bagaimana jika kehendak tidak dipenuhi
• Seeloknya tekankan kepada makanan yang rendah kalori seperti yoghurt dan oat meal.
• Jika craving tersangatlah parah, seeloknya cari aktiviti yang boleh membuatkan anda melupakannya seperti berjalan-jalan bersama pasangan ataupun mungkin menonton wayang. Tapi janganlah pergi jalan tempat senang nak dapat benda yang anda idamkan. Memang tak menjadilah nak lupakannya.
• Jangan terlalu diikutkan mengidam. Tidak mahu makan nasi langsung, tidak mahu sentuh nasi jika tidak dapat apa diidam. Bukankah kesihatan diri dan janin yang perlu kita ambil berat. Maka ambillah makanan yang lengkap dan seimbang termasuk susu, bijirin, sayur dan buah-buahan.
• Divert keinginan dengan melakukan aktiviti fizikal dan senaman yang dibenarkan oleh doktor.
Bagaimanapun yang paling penting disini adalah sokongan moral dari suami dan ahli keluarga kerana emosi ibu mengandung sering tidak stabil akan menjadikan makanan sebagai teman rapat, kerana itulah ramai yang cakap bahawa pelukan seorang suami mampu meredakan emosi isteri. Ehem!
Oh ya, kaitan mengidam dengan air liur bayi yang meleleh adalah mitos. Kerana tidak ada kaitan antara keinginan ibu dengan janin yang dikandung.
Sebenarnya lelehan air liur itu adalah bagi tujuan:
*Membersihkan – Air liur yang mengalir keluar membuatkan mulut lebih lembap dan bersih.
*Mengenal rasa – Air liur membantu bayi lebih mengenali rasa sehingga boleh membantu meningkatkan selera makan.
*Pelincir – Ketika si kecil tumbuh gigi, aliran air liur berfungsi untuk mencegah gejala radang di sekitar gigi
Apakah Yang Perlu Anda Lakukan Sekiranya Anda Mengidam Bahan Bukan Makanan?
Bertenang. Perlu diketahui bahawa bukan anda seorang sahaja yang menghadapi perkara ini. Pastikan anda memaklumkan kepada doktor atau pegawai perubatan yang merawat anda. Selain itu, ambil maklum tentang status hemoglobin (Hb) anda. Cuba kunyah chewing gum tanpa gula bagi mengalih tumpuan anda mengidam kepada bahan bukan makanan dan maklumkan kepada suami dan rakan anda supaya mereka sentiasa membantu mengingatkan anda agar tidak makan bahan tersebut.
Bakal melahirkan bayi sulung mereka pada penghujung Februari nanti, suami kepada pelakon Intan Ladyana, Harris Alif mengakui begitu teruja untuk turut sama menemani isterinya ke dewan bersalin kelak.
Intan yang kini sarat hamil lapan bulan bakal melahirkan bayi sulungnya sedikit masa lagi, iaitu sekitar akhir bulan depan dan kini melalui fasa-fasa akhir kehamilannya.
Tidak pasti dengan SOP hospital, namun Harris mengakui dia teruja untuk merasai sendiri pengalaman bagi menyambut kelahiran bayinya kelak.
“Saya okey nak teman dan nak lihat sendiri proses bersalin nanti. Ini adalah pengalaman pertama saya, pastinya saya mahu merasainya sendiri.
“”Tetapi saya tidak tahu bagaimana SOP yang ditetapkan oleh hospital. Jadi perlu ikut sahaja,” kata Harris berkongsi.
Banyak belajar dari Internet
Bakal bergelar bapa dalam usia yang muda membuatkan suami kesayangan Intan Ladyana ini banyak mengutip ilmu sebagai bekalan bila saatnya tiba kelak.
Akuinya, dia dan Intan lebih senang mempelajari ilmu keibubapaan menerusi bacaan atas talian.
“Sekarang zaman moden, gunakan teknologi sebaiknya. Cari sahaja di Internet dan banyak ilmu yang boleh dipelajari.
“Selain itu saya juga sentiasa mendapat nasihat dari ibu bapa saya yang sering berkongsi apa yang patut dilakukan apabila sudah ada anak sendiri nanti,” kongsinya.
Semoga kelahiran si comel kesayangan pasangan ini dipermudahkan kelak.
Terdahulu, Intan dan Harris kini semakin pulih selepas disahkan positif Covid-19 pada penghujung tahun lalu. Intan terpaksa dikejarkan ke hospital bagi pemantauan rapi, manakala Harris pula menjalani kuarantin di rumah sahaja.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Mstar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dihujung-hujung kehamilan sudah semestinya waktu yang paling sukar buat semua ibu hamil. Bagi pelakon dan usahawan, Wawa Zainal yang kini sedang menantikan kelahiran anak keempatnya mengakui kehamilannya kali ini agak sukar.
Malah semakin dekat dengan tarikh kelahiran, dia menjadi semakin penat.
Malah melalui Instagramnya, Wawa juga turut berkongsi mengalami kenaikan berat badan yang dialaminya berbanding kehamilan sebelum-sebelum ini.
Berkongsi cerita mengenai trimester ketiga kehamilannnya di Insta Story, Wawa turut menjawab persoalan peminat mengenai keadaan dirinya kini.
Malah Wawa juga turut berdepan masalah bengkak kaki yang kini dialaminya.
“Actually sangat penat, kaki dah bengkak, jalan pun dah tak larat sangat dah.
“Dulu ok, pregnancy ke-4 ni lain macam sebab dah masuk 3 series kot,” tulisnya berkongsi.
Malah kata ibu cantik ini lagi, dia kini mudah letih ditambah pula dengan kesibukan dirinya menguruskan pelbagai perkara sebelum melahirkan bayi keempatnya itu.
“Cepat sangat letih, dekat-dekat nak bersalin. Tapi tulah Wawa pun memang busy.
“Pagi malam ke sana sini. Kalau pagi -malam tu tak ada rest tak ada baring, perut dok mengeras. Baby suruh rest,” tulisnya berkongsi.
‘Tunggu hari’, mohon doa semua
Melalui Insta Storynya juga, kata Wawa dia kini hanya menunggu masa melahirkan dan memohon doa dari semua agar dipermudahkan kelahiran bayinya kali ini.
“Anytime soon, doakan ya. Kelmarin ingat baby keluar dah sebab sakit sangat.
” Tapi cuba slow talk dengan dia mama banyak kerja lagi,” tulisnya berseloroh.
Terkini, menerusi Instagram Aeril, Wawa dikhabarkan sudah pun berada di hospital. Semoga dipermudahkan urusan kelahiran bayi comel Wawa dan Aeril Zafriel kali ini.
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Jom daftar sebagai Moms To Be VIP Member kerana mama hamil akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk Pa&Ma E-Workshop PERCUMA. TAWARAN ISTIMEWA MINGGU INI bagi yang sign up sebagai Moms To Be VIP member akan dapat voucher membeli belah 9 Months. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member/ untuk join.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gara-gara tidak mementingkan kesihatan diri, seorang pemuda menderita menghidapi sakit buah pinggang kronik.Ia berlaku akibat tidak menjaga pemakanan hariannya dengan mengamalkan tabiat makanan tidak...