Kehamilan

“6 Tahun Buang Masa, Kalaulah Buat Test Cepat-Cepat” Lepas Buat Ujian Kesuburan, Terus Hamil

Share

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan zuriat sebagai penyeri hidup. Namun tak semua yang bernasib baik setelah berkahwin terus dikurniakan zuriat, ada yang terpaksa menunggu lama dan berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan zuriat.

Sama seperti kisah Puan Eyqa dan suami, selama 6 tahun mereka terpaksa mencuba untuk mendapatkan zuriat. Malah pelbagai rawatan dari traditional hinggalah rawatan modern yang pernah dicuba. Usahanya tidak sia-sia dan akhirnya dia disahkan hamil pada tahun ke-6 perkahwinan mereka.

Bismillahirahmanirahim ❤
Assalamualaikum semua….. 😊

Eyqa memang dah berniat bila sampai masanya nanti eyqa nak share tentang perjalanan kami suami isteri sebagai pasangan TTC (Try To Conceive) selama hampir 6 Tahun. Dan inilah masanya….. 💓

Dikuatkan lagi dengan doctor sendiri yang minta eyqa share tentang perjalanan usaha kami suami isteri untuk dijadikan panduan kepada pasangan di luar sana.

Tahun ke-2 Mula Ikhtiar

Eyqa pendekkan kisah. Tahun kedua perkahwinan kami dah mula ikhtiar dengan pelbagai kaedah. Beurut, perubatan islam (Eyqa alami gangguan mistik). Eyqa berat untuk lakukan ujian kesuburan. Alhamdulillah selepas selesai satu kaedah. Badan dah sihat. Ikhtiar sndiri masih Allah belum izinkan.

Mula Fokus Kaedah Modern

Masuk tahun ke4 & ke5 Kami mula fokus untuk kaedah modern. Setelah menjalankan beberapa ujian yang wajib dijalankan (sperm test, HSG, cek telur matang atau tak ) doktor dah dapat detect apa masalah kami. Kemudian dgn beberapa jenis prosedur, ubat, suntikan, masalah kami dapat dirawat dan kami terus lakukan prosedur IUI. Doktor bagi kami pilihan untuk balik dan bersama secara semulajadi kerana kami sudah tidak ada masalah. Tapi suami taknak ambik risiko dan buang masa, kami decide untuk jalankan prosedur IUI.

Pilih Buat IUI

Kenapa kami pilih buat IUI sedangkan boleh buat sendiri? Untuk pengetahuan, prosedur IUI dapat membantu memendekkan perjalanan sperm untuk sampai kepada ovum..sebelum tu sperm yang berkualiti sahaja yang akan dipilih utk disuntik masuk ke dalam vagina. Time ni tak fikir apa dah, apa je cara yang ada kami cuba je semua. Ilmu ni semua apa yang disampaikan oleh doktor, kami cuma kongsikan kepada anda semua.

Dah Lama Tangguhkan Masa, Padahal Kes Senang Dirawat

Agak buang masa yang sangat lama dek kerana Eyqa yang tangguh²kan untuk check kesuburan… Padahal hanya masalah Telur tak matang sahaja, dan hanya mengambil masa beberapa bulan sahaja untuk dirawat 🥺

Nasib Allah Gerakkan Hati

Cuba bayangkan kalau Allah tak gerakkan hati kami untuk pergi check? Berapa banyak masa lagi yg kami akan bazirkan? Pesan Eyqa pada pasangan suami isteri yang belum dikurniakan zuriat… JANGAN BUANG MASA. 2 Tahun keatas usia perkahwinan, anda dah boleh buat pemeriksaan kesuburan. Ya! Memang rezeki Allah bagi… Tp melalui USAHA kita juga 💪🏻💪🏻💪🏻

Semestinya BANYAK RANJAU DURI sepanjang kami berusaha untuk mendapatkan PEMBERIAN ALLAH (Mikayla) ini… Tapi cukuplah kami simpan untuk kisah pahit manis kami…. Eyqa share apa yg perlu anda tahu ❤❤❤ Supaya dapat beri semangat pada yang senasib dgn kami satu masa dulu….

Allah pandang setiap Usaha 😊😊😊

Lahirnya Puteri Kami

Nur Mikayla Medina Binti Mohd Farhan, PEMBERIAN ALLAH yg membawa CAHAYA dalam hidup ibu dan ayah.. Anak solehah yang kuat & comel 🥰 Sekuat pertahanan KOTA MADINAH.

Sedari sebelum kehadiran kamu, ketika ibu ayah berjuang mendapatkan kamu, semasa mengandungkan kamu sehingga lah saat melahirkan & selepas kamu dilahirkan, terlalu banyak DUGAAN, UJIAN & KEAJAIBAN yang berlaku…

Allah Maha Hebat ❤

Eyqa selamat melahirkan Puteri Sulung Pertama kami secara normal pada 09 Mac 2021, Selasa, 10.43 Malam di Hospital Besar Teluk Intan, Perak.

Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan permainan anak dengan harga murah boleh klik di SINI 

Kredit:Eyqa Abdul Malek

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
NuFa