6 tahun pertama ialah usia keemasan bagi setiap individu. Jika didikan yang diterima baik dan penuh kasih sayang, maka mereka mudahlah untuk dibentuk.
Menurut juruterapi pediatrik, Idzmir Shahril berkongsi tentang kesan didikan kepada emosi kanak-kanak. Apa yang berlaku pada usia 6 tahun ke bawah akan memberikan kesan jangka panjang sehingga mereka dewasa.
Ibu bapa tidak patut mensia-siakan fasa ini. Buang sempadan kesempurnaan kerana anak hanya akan mengingati masa indah yang dihabiskan dengan mereka. Explore, play & bonding, itulah yang sebaik-baiknya.
Tak boleh dipukul walau pun mereka melakukan kesalahan. Ibu ayah jangan gunakan alasan memukul untuk mendidik!
Ads
Didik dengan kasih sayang, anak akan rasa dekat dengan kita dan merasakan ibu bapa sebagai pelindung dan tempat rujukan.
Ads
Ada ibu bapa kecewa anak memilih untuk dengar perintah datuk dan nenek, bermuhasabahlah!
Peluk dan ciumlah anak dan ucapkan perkataan sayang. Pandang anak dengan kasih sayang. Tahan marah dan genggam tangan mereka.
Ads
Ibu ayah ucapkan yang baik-baik dan nasihatkan yang baik. Sabarlah kalau perlu ulang nasihat yang sama 1001 kali.
6 tahun pertama ibu ayah mesti letakkan objektif bukan sahaja mendidik tetapi berkasih sayang sambil mendidik.
Jika ibu dikatakan insan paling banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak. Namun jangan dilupakan jasa seorang lelaki bergelar ayah. Figura ayah memainkan peranan yang cukup besar dalam membesarkan anak-anak.
Mental dan emosi anak kecil banyak dipengaruhi oleh cara didikan seorang ayah. Disebabkan itulah ayah menjadi insan paling rapat ketika anak-anak sedang membesar. Buktinya ternyata anak lebih gemar bermain dengan ayah berbanding ibu. Atas dasar itulah, ayah seharusnya menjadi ikon dan contoh paling baik pada anak-anak.
Penulis keibubapaan, Pn Wan Nur Syakira berkongsi tip yang boleh diaplikasi ayah agar menjadi contoh kepada anak-anak yang sedang membesar.
Patut la anak suka bermain dengan ayah berbanding ibu. Ini kerana cara ayah bermain yang sedikit kasar dan lasak dalam games fizikal buat anak rasa lebih puas dan lebih enjoy bermain.
Patut la, memang fitrah kanak-kanak lebih suka aktiviti fizikal berbanding aktiviti berfikir jika main dengan ibu. Rugi la jika ayah tak luangkan masa bermain dengan anak seawal usia 0-3 tahun.
Ada kajian yang di lakukan oleh universiti di cambridge dan kerjasama dengan Lego Foundation mendapati bahawa anak yang selalu dapat Kualiti Playtime dengan ayah pada usia ini akan membesar dengan sangat sihat emosi dan kelakuannya.
– dia kurang tantrum
– dia kurang ganas
– dia mahir kawal emosi
– dia kurang masalah kelakuan
– dia lebih penyayang
– akhlaknya lebih baik
Berbanding dengan anak yang tidak dapat langsung kualiti Playtime dengan ayah mereka.
Ada hujahnya!
Menurut Professor Paul Ramchandani dari universiti of cambridge, games fizikal yang anak selalu main bersama ayahnya itu membantu perkembangan skil Self-Regulation.
Ini la skil yang bantu anak kita kawal tenaga dia supaya tidak terlalu kasar, kawal emosi dia supaya tidak terlalu cepat melenting dan kawal dirinya supaya jadi cepat matang.
Fuh! Besar sungguh manfaat ayah bermain dengan anak ye. Bukan sahaja manfaat dari segi fizikal tapi dari segi perkembangan emosi juga.
Tapi jujur saya kata, anak anak tak fikir sangat pun pasal perkembangan tu semua.
Apa yang diorang fikir cuma satu! Iaitu nak rasa gembira bermain bersama-sama ayahnya sahaja. Ayahkan sumber kebahagiaan setiap anak anak.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampaknya bekas juara rancangan realiti Mentor musim ketiga, Hanifah bin Md Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black memang lebih suka memberi pendedahan aktiviti luar rumah kepada anaknya Khaleef Dayyan Hanifah berbanding membiarkannya bermain dengan gajet sahaja di dalam rumah.
Dayyan yang sudah berusia 3 tahun lebih ini semakin bijak dan aktif kerana mendapat pelbagai rangsangan positif dari daddy nya.
Hasilnya memang nampak pada perkembangan Dayyan yang sentiasa berkeyakinan dengan apa yang dilakukan dan banyak belajar daripada persekitaran.
Walaupun ibu bapa muda zaman sekarang lebih percaya pada kepentingan mendedahkan anak pada pelbagai teknologi namun ternyata Black lebih percaya kecerdasan seorang anak juga boleh dirangsang dengan baik bila dibiasakan dengan alam semula jadi dan realiti persekitarannya.
Bahkan anak-anak yang dibiarkan explore dunia luar rumah juga boleh meningkatkan kemahiran sosial mereka secara luas selain mengurangkan risiko masalah anak terkena rabun pada usia kecil.
Dayyan Juga Berbakat Menyanyi
Penyanyi yang memiliki suara nyaring dan tinggi ini nampaknya sekarang sudah mempunyai protege sendiri bila si cilik Dayyan mula menunjukkan bakat suka menyanyi.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Mungkin disebabkan dari bayi lagi dah biasa tengok daddy menyanyi maka Dayyan pun terpengaruh untuk mengikut apa yang dilakukan oleh daddy nya.
Black yang memuatnaik satu video bersama Dayyan dalam Instagramnya dengan kapsyen “Bila nak menyanyi yang paling penting confident mahu tinggi” telah mendapat sebanyak 169,760 view daripada netizen.
Gelagat Dayyan yang selamba menyanyi di samping Black yang bermain gitar benar-benar menciut hati netizen.
Ramai rasa terhibur dan lucu melihat gaya confident Dayyan menyanyi walapun lirik lagunya langsung tak difahami.
Dalam video tersebut Black yang sedang bermain gitar menahan gelak melihat aksi anaknya menyanyi dengan penuh keyakinan walaupun liriknya salah. Memang ramai yang ketawa melihat aksi si kecil ini.
Puan Nurull Halawati berkongsi pengalaman yang dilaluinya dan bersyukur kerana ketika diri sedang terumbang-ambing, suami memberikan sokongan dan sentiasa bertenang menangani situasi tersebut.
Jadikan pengalaman ibu ini sebagai pengajaran dan panduan bersama.
WANITA , KEMURUNGAN & STRESS
Membaca kes-kes ngeri melibatkan isteri meroyan dan kemurungan, mengingatkan saya pada kes diri sendiri.
Iya, saya sendiri pernah mengalami fasa stress hingga hampir kemurungan yang agak teruk waktu mengandungkan Hafii. Ditambah pula masa tu kami baru tahu emak ada kanser payudara, dalam masa sama kami sekeluarga sibuk dengan persiapan kawin adik perempuan. Semua itu bergabung membentuk satu tekanan EMOSI yang sangat hebat. Masa tu ada juga watsap kawan yang kerja doktor untuk bantu carikan tempat untuk terapi. Pembawaan budak barangkali, hari-hari menangis dan merasa semua keadaan mengecewakan.
Kesedihan dan keserabutan hidup juga berkait dengan masalah kebersihan. Bukan mengada-ngada, tapi sejak kecik lagi saya memang penggeli, dan sangat berkira bab kebersihan ni. Sampai balik kampung pun saya bertinggung je tak nak duduk atas papan kayu yang ada lubang-lubang nampak tanah tu (rumah kampung lama).
Sampai sekarang, pergi mana-mana pun wajib saya bawa kain bersih@ cadar untuk lapik tempat baring saya dan keluarga. Sebab saya bayangkan tilam tu terbiar lama dan penuh habuk. Tak boleh lena bila fikir tidur atas beribu-ribu habuk dan hama. Saya rasa itu penyakit saya (geli habuk). Pergi hotel pun saya akan lapik juga tempat tidur saya. Kalau ada kain batik pun jadilah, asalkan berlapik.
Setengah orang boleh tidur di mana saja, bawah meja, celah timbunan baju dll. Tapi saya, zaman sebelum kawin dulu sebelum tidur bilik kena rapi, senyap dan tenang. Sebelum tidur sembur minyak wangi dulu, baca doa dan tidur. Renyah kan..tapi gitulah kekdahnya.
Jadinya, keadaan di rumah wajiblah indah dan menenangkan. Dari dulu hobi saya hias rumah, susun bunga, deko macam-macam. Masa dekat asrama bilik hostel saya paling bersih dan cantik, dapat hamper lagi.
Tak Boleh Tengok Rumah Bersepah!
Masa dapat Anis, rumah mantain bersih dan kemas lagi. Masuk anak kedua, dah bersepah sikit dan jenuh jugalah mengemas. Masa mengandungkan Hafii, Maya dah 3 tahun dan dia paling suka sepahkan rumah. Jenis tumpah air merata-rata, makanan pun bersepah satu rumah. Carpet pun pakai jenis yang boleh basuh selalu. Disitulah bermula stress saya, merasa diri macam bibik yang terlebih waktu kerja
Saya akan kemas rumah hari-hari, malam mengemop, vacuum. Hari-hari, berulang-ulang sampai naik penat. Tambahan pula saya menulis, jadi selagi rumah bersepah selagi itulah otak ‘jammed’, blur je rasa.
Sampai ada sekali tu, saya tak mampu lagi kawal emosi, bungkus baju dan angkut dua beradik ni pergi hotel. Dengan mengandung, beg lagi, budak kecik 2 orang ni lagi…nangis-nangis macam dalam drama tv tu (sendiri tulis skrip sendiri berlakon).
Masa tu rasa nak lari jauh-jauh, ke hujung dunia gitu. Memang rasa PERLU SANGAT untuk keluar dari rumah yang macam Titanic karam tu. Saya pun ambil grab, turun depan Hotel Sunway. 20 minit dari rumah.
Suami balik kerja petang tu dia relax-relax je dekat rumah, ingat saya pergi rumah mak. Orang punyalah merajuk, tunggu panggilan dia memujuk, dia tak sedar pun tragedi itu (surat cinta atas meja pun dia tak baca..eee..geram rasa). Masa ni memang rasa lawak sebab tak macam dalam drama bila laki kuar dalam hujan cari bini dia.
Lepas dah sedar saya takde di rumah mak baru dia kaget dan watsap saya tanya di mana. Baru dia kelam-kabut datang ke hotel saya dan anak-anak. Duduk situ 2 hari rasa tenang dan hilang keserabutan.
Mujur Ada Suami Yang Sabar Dan Tenang
Sejak kes drama tak jadi tu, saya dan suami berdiskusi panjang. Suami pun menasihati+memujuk+kaunseling bagai. Keadaan berubah, anak-anak akan selalu buat sepah, saya kena belajar menerima keadaan tu. Tak larat tak perlu kemas.(panjang la tarbiah dia sambil usap-usap kepala saya macam anak kecil). Isteri pun nak dimanja tau.
Akhirnya perlahan-lahan saya cuba berubah. Kalau dulu hari-hari mop, vacuum, sekarang seminggu sekali. Kalau dulu pantang bersepah saya macam lipas terbang kemas rumah, sekarang lebih santai dan pejamkan mata je. Dulu selalu cuci mata tengok FB Deko Rumahku Syurgaku, sekarang memang tak tengok dah, bimbang penyakit lama datang balik.
Masalah saya selesai, stress saya berjaya diatasi apabila suami menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Suami perlu jadi tenang saat berdepan dengan isteri yang sedang menghamburkan lahar kepenatannya
Buat isteri dan ibu di luar sana, jangan sesekali memendam semua keperitan rasa, luahkan dan dengarkan pada seseorang(seharusnya suami), supaya keadaan tidak bertambah teruk di masa depan. Ibu bahagia keluarga harmoni.