setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran zuriat dalam rumah tangga mereka. Tapi tak semua orang Allah terus kurniakan cahaya mata. Ada yang terus bunting pelamin dan ada juga yang perlu menunggu agak lama barulah dikurniakan anak.
Itu semua rezeki dari Yang Maha Esa, yang penting pasangan yang inginkan zuriat tak putus asa untuk berusaha dan memohon doa dariNYA!. dalam satu perkongsian yang dibuat menerusi Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM), wanita yang dikenali sebagai Erma Harun berkongsi bagaimana cara dia menjaga pemakanan untuk hamil. Melalui perkongsian itu juga Erma berkongsi berita gembira bahawa dia kini sudah hamil 10 minggu setelah enam tahun menunggu.
6 tahun menunggu akhirnya mengandung
Alhamdulillah syukur 6 years for waiting & finally I’m pregnant for 10 weeks ☺️ saya share kan sedikit macam mana sis pregnant…mula tu rasa cam give up sis pernah follow up kesuburan sekali sahaja then Lepas tu tak pernah buat follow up langsung ☺️ kehidupan jalan as usual smpi sis Kena suspected diabetes…at first check tu Gula 17.8 taw
Amal Makan Makanan Sihat
Esok nye sis terus diet dan start google healthy food apa yang bagus utk diabetes 😄 so senang je Kalau mana2 IBU yang ikthiar untuk hamil sila la amal kan makanan yang seimbang utk betul kan hormon kita…sis amal kan BERAS yang LOW GI.. IKAN plak sis makan SALMON atau pun fresh fish yang lain..eat more BROCOLI atau pun sayur hijau yg lain…sis tak minum manis langsung Dalam 3 bulan tu sis memang minum air mineral sahaja…banyak makan fruit contoh ORANGE,APLLE,KIWI (HIJAU)…let’s say Kalau nak minum air pun sis Akan blend APPLE HIJAU 2 biji,LIMAU KASTURI 5biji dan sedikit perahan LEMON…Tapi every morning with empty stomach sis Akan consume CELERY JUICE blend sendiri ye ( boleh google banyak sangat kebaikan Dia ) waktu malam before 8pm sis Akan makan dan selama 3 bulan tu juga GULA sis dr 17.8 Turun sampai p level 5 taw…
3 Bulan lepas amal healthy food, dah mengandung
sis Tak sangka bulan yang ke 3 sis amal kan makan healthy food tu sis PREGNANT 🤰🏼& become a mother soon 😚 gila tak happy 😃 sis buat sebab x terfikir utk dpt rezeki macam ni sebab sis dh 37yrs taw.. sis buat untuk kesihatan sebenar nya Tapi alhamdulillah sis pregnant setelah 6 tahun menunggu 😄 start dari situ sis rasa nak share pada sesiapa yang nak ikhtiar hamil tu boleh start makan healthy food ☺️ dan now sis check Gula pun still maintain alhamdulillah…NAK TAW DETAILS APA FOOD SIS MAKAN BOLEH PM SIS YE 😚
❤️ sis hanya share benda baik Harap jangan kecam dan menjadi pedoman untuk mana yang ingin HAMIL
Alhamdullilah tumpang gembira dengan perkongsian yang dibuat oleh Erma Harun. untuk wanita yang ada masalah susah hamil mungkin boleh cuba seperti Erma. semoga perjalanan kehamilan Erma berjalan lancar dan dipermudahkan semuanya.
sumber: KIMM