Air kosong penting untuk si kecil. Jika mahu anak sentiasa sihat dan terhidrat, pastikan keperluan H2O ini sentiasa cukup untuknya. Bukan sekadar nak hilangkan haus semata-mata!
Selain makanan, air ialah keperluan tubuh yang paling penting. Bagi bayi dan kanak-kanak, keperluan air adalah kritikal kerana mereka memerlukan lebih banyak cecair dinisbahkan pada saiz badan mereka berbanding orang dewasa. Air hanya boleh diberikan kepada anak yang berusia 6 bulan ke atas.
Ginjal atau buah pinggang bayi dan kanak-kanak tidak sepenuhnya berkembang untuk menghadapi kekurangan air, dan rasa haus mereka tidak akan hilang sehingga mereka terhidrat. Berikut adalah tip berguna untuk ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka minum lebih banyak air kosong.
#1 JADIKANNYA MENYERONOKKAN
Anda boleh membuat aktiviti minum air tidak lagi membosankan dengan membiarkan anak anda memilih cawan kegemarannya. Mereka mungkin akan lebih suka minum air dengan cawan yang cantik. Lebih menyeronokkan lagi jika anda meletakkan straw berwarna-warni, kiub ais dan bahkan potongan buah-buahan! Minum air akan menjadi kebiasaan yang menyeronokkan anak anda akan minum lebih banyak.
Ads
#2 HADKAN PENGAMBILAN AIR MANIS
Anda tidak seharusnya meletakkan minuman manis berwarna-warni di dalam peti sejuk atau di atas meja kerana anak anda mungkin menemuinya ketika haus. Jadikan air satu-satunya pilihan untuk anak anda dan mereka akan minum air sepanjang masa.
#3 BANTU MEREKA MEMAHAMI MANFAAT AIR
Ads
Kanak-kanak selalu bersifat ingin tahu. Lebih baik jika anda dapat menerangkan tentang badan mereka dan kepentingan air dalam badan. Mereka mungkin akan tertarik dengan cara air membantu mereka dalam melakukan banyak aktiviti, menghalang jerawat dan beberapa penyakit serta mengekalkan kesihatan yang baik.
#4 JADIKAN AIR MUDAH DIAKSES
Perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk menggalakkan anak anda minum air adalah dengan menjadikannya lebih mudah didapati. Jika mereka bermain di luar, beri mereka botol; pada waktu makan malam, letakkan jag besar air di atas meja. Jika semua orang dalam keluarga anda sentiasa minum air, semua orang akan membiasakan diri menambah air secukupnya.
Ads
#5 JADIKANNYA POSITIF
Galakkan mereka untuk berfikir tentang manfaat kesihatan daripada meminum air, dan jadikan meminum air sebagai aktiviti normal hari anda, dan bukan sebagai tugas yang perlu dilaksanakan.
#6 BUAT PERUBAHAN SECARA BERANSUR-ANSUR
Jangan haramkan minuman lain secara mendadak. Adalah lebih baik untuk membudayakan tabiat minum air hari demi hari. Mulakanlah dengan mengurangkan minuman manis kepada sekali-sekala atau minuman hujung minggu, bukannya tabiat harian dan hidangkannya dalam gelas yang lebih kecil serta tawarkan pilihan yag kurang menyihatkan pada si kecil anda. Pada masa yang sama, perkenalkan jag air kosong dalam rumah. Sekiranya anak anda benar-benar cerewet, mulakanlah dengan mencairkan jus mereka sedikit demi sedikit setiap hari, sehingga akhirnya mereka minum air kosong.
Bila suruh tolong kemas barang permainan, anak buat tak dengar cakap atau tak ikut arahan je, memang buat hilang sabar sehingga rasa anak seorang yang degil . Mana taknya hari-hari kena buat perkara yang sama. Hakikatnya, begitulah kanak-kanak, namun pada usia dua hingga lima tahun mereka sedang meneroka persekitarannya termasuk cara komunikasi.
Jadi, jangan labelkan seorang yang tidak mendengar kata atau degil. Sedangkan tanpa kita sedari bahawa terdapat konflik komunikasi antara kita dengan anak.
Puan Ayu Amir kongsi pengalaman mengenai hal ini dalam mendidik anaknya. Moga ia menjadi panduan berguna buat kita semua.
Syu dulu pun mempunyai masalah komunikasi dengan Ahmad. Maklumlah Ahmad masa tu di fasa ‘exploration’. Syu cakap apa pun dia tak nak dengar. Kalau Syu suruh tutup game yang dia tengah main, mesti Ahmad marah-marah. Last-last, Syu terpaksa ambil je dan biarkan Ahmad menangis. Kesian dan sedih masa tu Allah je yang tahu. Syu rasa masa tu Syu adalah ummi yang paling jahat dalam dunia.
Lama Syu stuggle nak buat Ahmad ikut arahan. Syu cuba macam-macam cara tapi tak berjaya. Sampailah satu ketika Syu jumpa teknik-teknik yang boleh diguna pakai. Teknik-teknik ini bukanlah datang dari satu sumber sahaja, tapi bermacam-macam sumber yang Syu cuba jaya. Alhamdulillah, Ahmad sekarang lebih mendengar dan kurang dah tantrumnya.
Jadilah Kawan Anak
Pertama sekali sebelum kita mengharapkan anak ikut arahan kita, kita sebagai ibu ayah mestilah mendengar kata anak terlebih dahulu. Bukan maksudnya ikut telunjuk anak, tapi dengarlah anak kita bercerita pasal hari mereka, pasal permainan mereka, pasal apa-apalah. Jadilah pendengar yang baik kepada anak sebelum kita nak anak kita mendengar kata kita pula.
Sekarang ini, ramai ibu ayah yang tak larat pun nak melayan kerenah anak sebab dah penat bekerja. Bila anak nak bercerita, ibu ayah layan tak layan ataupun terus tolak anak ke tepi. Kalau anak kacau, kita marah-marah. Sedih anak sebab tiada orang nak dengar cakap mereka. Jadi, salah siapa sebenarnya kalau anak tak dengar cakap dan ikut arahan? Kita pun tak tunjuk contoh yang baik untuk mereka ikut, jadi jangan salahkan mereka.
Jadi, lepas nie, jadilah kawan anak. Kerapkan melayan mereka bercerita dan keraplah bercerita kepada mereka. Anak kita akan gembira bila kita beri perhatian kepada mereka. Mereka kecil hanya sekejap. Nanti dah mula sekolah dan ada kawan baru, takut nanti mereka nie tak nak langsung bercakap dengan kita. Masa tu nanti baru la kita tercari-cari nak cakap dengan anak kita. Janganlah menyesal nanti.
2 Gunakan Nada Suara Yang Baik
Apabila ibu ayah bercakap dengan anak-anak, gunalah nada suara yang baik. Bukannya terjerit-jerit marah-marah anak. Bila anak buat salah, jangan terus melenting nak marah “itulah kan ummi dah cakap pegang cawan tu elok-elok barulah tak tumah. Sekarang nie siapa yang susah? Ummi juga nak kena lap kan?”, tapi cakap elok-elok dan terangkan cara yang betul melakukan sesuatu perkara.
Sebagai contoh, anak kita tumpahkan air. Jangan terus marah anak kita. Nanti mereka akan takut dengan kita dan takut nak bawa air lagi sebab takut tumpah dan kena marah. Bila mereka takut, secara tak langsung kita sebenarnya dah matikan sifat suka mencuba mereka. Kalau selalu sangat kena marah, lama-lama nanti anak kita jadi penakut. Mesti ibu ayah tak nak kan anak kita jadi begitu?
Sepatutnya, kita tunjukkan contoh macam mana nak pegang cawan supaya tak jatuh lagi lain kali. Selain itu, kita tunjukkan juga apa yang perlu buat bila air dah tumpah tu – ambil kain, tunjukkan cara lap air tumpah, dan sambil lap tu cakap dengan anak “lain kali kakak hati-hati ye, barulah rumah kita sentiasa bersih”. Akhir sekali, peluklah anak dan cakaplah, “tak apa, kakak masih belajar nak kuatkan tangan. Lain kali kakak cuba pegang cawan kuat-kuat ye. Ummi sayang kakak.”
Bila ibu ayah menggunakan nada suara yang baik, senanglah anak kita nak mendengar dan mengikut arahan kita. Kalau kita marah dan meninggi suara, lagi anak kita buat keras kepala dan memberontak tak nak dengar cakap. Nanti kita yang sakit kepala asyik marah-marah je.
Mata Bertentang Mata
Masa kita bercakap dengan anak, pastikan kita rendahkan badan kita sampailah ke paras mata anak kita. Kita boleh membongkokkan badan ataupun kita boleh letak anak kita atas pangku. Pastikan kita memandang mata mereka ketika berrcakap dan pastikan anak kita juga fokus kepada apa yang kita tengah katakan. Jangan kita bercakap dari jauh, “Abang tolong ambilkan baju untuk adik”. Bila anak kita tak buat, kita marah padahal kita tak pasti pun anak kita sebenarnya dengar ataupun tak.
Bila kita nak anak kita buat sesuatu, kita kenalah dapatkan perhatian anak kita dahulu. Jangan main sedap mulut je terus cakap. Mungkin otak anak kita tak fokus untuk terima arahan kita. Pastikan anak kita pandang kita dulu barulah bagi arahan. Selagi dia tak pandang, jangan cakap apa-apa. Buat penat je sebab mereka tak dengar.
4 .Guna Bahasa Mudah Difahami
Budak kecil masih belum boleh memahami arahan yang panjang lebar. Kalau kita guna ayat yang panjang, mereka takkan dapat tangkat apa yang kita nak mereka lakukan.
Ibu ayah kenalah guna bahasa yang mudah difahami oleh anak. Kena straight to the point. Contohnya:
Untuk anak berumur 2 tahun: “Adik, tuala” (sambil tunjuk ke arah tuala).
Untuk umur 3 -4 tahun: “Adik, ambilkan tuala” (menggunakan ayat penuh tapi masih pendek)
Elakkan dari menggunakan ayat panjang lebar. Otak mereka masih belum boleh nak proses ayat panjang-panjang nie. Yang penting, anak-anak faham.
Ulang Arahan Beberapa Kali
Ibu ayah mestilah ulang arahan beberapa kali sehingga anak faham, barulah boleh harapkan anak kita buat. Ulang depan mata dia. Tanya anak kita semula apa yang kita nak dia lakukan pada masa itu. Contohnya, lepas bagi arahan, tanya semula “Ummi nak kakak buat apa?” Kalau anak kita jawab dengan betul, barulah bagi dia buat. Takut nanti, kita suruh buat lain, anak kita buat lain.
6.Set Masa
Apabila kita nakkan anak kita buat sesuatu, kita kena set masa. Janganlah beritahu masa tu, masa tu juga kita harapkan anak kita buat. Contohnya:
Ummi: Abang, dah petang ni. Cukup main game. Pergi mandi ok?
Anak: Nanti la ummi.
Ummi: Ummi bagi abang main lagi 10 minit ok? Lepas 10 minit ummi nak abang mandi.
Anak: OK.
Lepas 10 minit, arahkan anak untuk mandi. Jika masa nie dia tak ikut, tutupkan game yang dia tengah main. Pada awalnya, anak kita akan marah dan menangis, tapi kita kena tegas supaya anak kita tahu yang kita tak main-main. Kalau kita ikutkan kata anak, nanti anak kita hilang hormat dan kepercayaan mereka kepada kita. Nanti mereka akan fikir, “ala ummi nie, bukannya boleh percaya. Tadi kata 10 minit lagi, lepas tu bagi lagi aku main”. Anak kita takkan percaya apa yang kita cakap nanti.
Nak suruh anak dengar dan ikut arahan bukannya sesuatu yang mudah, tapi dengan sabar dan konsisten, anak akan dengar. Ibu ayah janganlah melenting marah-marah tak tentu pasal bila anak tak nak dengar arahan kita. Cakap je ulang kali. Biar mereka tahu yang kita serius dengan apa yang kita katakan.
Zuhayr dulu pun sama. Memang asyik marah-marah je bila Syu suruh buat sesuatu. Syu cuba cara-cara nie tapi lama juga baru berjaya.
Yang penting kena buat juga. Jadikannya rutin, baru mereka mudah untuk ikut. Jangan sekejap buat sekejap tidak. Takut nanti anak kita keliru mana yang boleh sebenarnya.
Jadi, lepas ni cubalah untuk buat sehabis baik untuk menjadi kawan anak kita, tapi pada masa yang sama jadi contoh yang baik supaya anak kita boleh ikut. Moga anak kita jadi anak yang mendengar kata dan mengikut arahan. Amin.
Gemuk dan tembam semasa anak masih bayi memang nampak cute, tapi kalau berterusan sehingga usia prasekolah, ia adalah petanda amalan pemakanan yang kurang sihat. Ibu ayah elakkan melakukan 5 kesilapan ini dari awal lagi dalam pemakanan keluarga agar obesiti boleh dihindari dari awal.
Ibu ayah perlu menanamkan tabiat pemakanan yang sihat dari awal. Seronok bila tengok anak tembam tapi ibu ayah mesti ambil langkah berjaga-jaga , kerana yang merana nanti ialah si anak. Kurang keyakinan diri dan berisiko tinggi mendapat pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi dan diabetes sejak dari usia muda.
5 kesilapan yang ibu ayah selalu tanamkan kepada anak yang boleh menyebabkan anak obes ialah;
Tabiat selalu mengunyah terutamanya ketika menonton TV atau masa lapang.
Snek terlalu sebelum waktu makan utama menyebabkan anak tidak makan sajian utama (makan tengah hari/ makan malam)
Membeli dan menyimpan makanan ringan (jajan) di rumah.
Membiasakan membeli makanan segera dan pastri/ pencuci mulut berkalori tinggi.
Menghidangkan makanan berproses sebagai sumber protein.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, kegemukan melampau atau obesiti di kalangan kanak-kanak adalah kerana ketagihan mereka kepada makanan manis dan makanan diproses. Ia di kongsikan beliau seperti berikut;
“Gemuk sikit, tak boleh ke, doktor?”
Sukar mahu menentukan seorang kanak-kanak itu obes atau tidak. Atau sekadar berlebihan berat badan. Tiada formula yang mudah untuk mengira BMI mereka.
Selalunya saya menimbang dan jika berat badannya dua kali ganda daripada berat yang sepatutnya, saya anggap ia sudah mengalami obesiti. Jika berlebihan tetapi belum masuk dua kali ganda beratnya, saya beritahu kanak-kanak itu berlebihan berat badan saja.
Malang bagi kanak-kanak ini jika ibubapa tidak mengetahui cara pemakanan yang sihat.
KETAGIHAN MAKANAN MANIS
Biasanya obesiti berlaku apabila kanak-kanak mengambil banyak makanan dari kumpulan refined carbo (karbohidrat yang ringkas). Makanan yang manis akan menggalakkan kanak-kanak akan makan dengan banyak dan menjadi ‘ketagihan’.
Pengambilan makanan yang banyak serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan sangat baik untuk kanak-kanak, kerana ia mudah kenyang dan rendah kalori.
Saya mencadangkan:
#1.MAKAN HANYA DI MEJA MAKAN PADA WAKTU YANG DITETAPKAN
Elakkan budaya mengunyah sepanjang masa sama ada di depan televisyen atau ketika beraktiviti bersama keluarga. Biarkan anak betul-betul lapar dan sediakan makanan yang berkhasiat. Memberikan biskut dan roti sebelum waktu makan akan menyebabkan kanak-kanak itu tidak mahu makan ketika waktu makan dan mengulang makan jajan yang tidak berkhasiat.
#2. BERIKAN SARAPAN DAN BERI MAKAN SEMULA WAKTU MAKAN TENGAHARI
Kebanyakan kanak-kanak tidak berselera untuk makan tengah hari setelah makan sebelum makan tengah hari. Makanan seperti biskut dan roti mungkin akan mengganggu selera anak. Bila tengah hari, terus berikan makanan yang berkhasiat.
#3. JANGAN SIMPAN MAKANAN RINGAN
Jangan simpan jajanan, air berkarbonat, air dalam kotak dalam rumah. Bila anak haus galakkan minum air kosong atau air mineral.
#4. ELAK BAWA MASUK MAKANAN SEGERA & KEK KE DALAM RUMAH
Kek dan makanan segera lain tidak seharusnya masuk dalam rumah. Boleh makan sesekali di luar untuk meraikan kejayaan anak, tetapi jangan jadikan ia amalan di dalam rumah. Bersihkan peti sejuk dari minuman manis dan tidak berkhasiat.
#5. MAKANAN BERPROSES GANGGU SELERA ANAK
Jauhkan makanan yang telah diproses (process food) kerana ia akan mengganggu selera anak pada daging (protein) yang dimasak. Sosej, burger dan seumpamanya tidak sesuai untuk kanak-kanak. Biasakan berikan daging ayam yang digoreng atau dimasak sendiri. Daging lembu dan ikan juga merupakan sumber protein yang baik.
Semoga ia membantu.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dapur ialah satu tempat di dalam rumah yang selalunya ibu ayah tidak mahu anak dekati. Tapi tahukah anda yang ia adalah satu tempat yang best dan menyeronokkan untuk si kecil melakukan eksplorasi?
Bila anak dah besar, ibu ayah mula mengatakan anak tidak suka menolong di dapur atau anak berat tulang nak cuci pinggan walau pun hanya sebiji pinggan. Sebab itulah pendedahan awal penting supaya anak-anak seronok buat kerja di dapur. Tapi paling PENTING ialah KESELAMATAN mereka. Oleh itu, pemantauan amat mustahak untuk mengelakkan kemalangan dan jangan sesekali meninggalkan mereka tanpa pengawasan.
Amazing Seed Academy telah berkongsi info mengenai pendedahan awal urusan dapur kepada anak kecil.
Pernah facing penyakit mak2 yang gerun bila anak2 didapur? Risau minyak terpercik? Risau luka? Risau menganggu? Boleh dikatakan terus LABEL DAPUR BAHAYA.
Namun tahukah PENDEDAHAN AWAL pada anak2 mengenai barang2 bahaya didapur, mengenali brg2 dapur MENGETAHUI DOS N DONT semasa didapur sangat bagus.
6 KEBAIKAN PENDEDAHAN AWAL
▶️ KEBAIKAN BERSAMA
Apabila anak mengetahui do n dont semasa didapur tidaklah ibu atau ayah menjerit2 kerisauan.
▶️ AKTIVITI RANSANGAN PALING BANYAK
Anak belajar cara menguli (tactile), memotong dengan cara yg betul, deria bau diransang dengan baik melalui bau masakan, bau bahan (olfactory), merasai makanan spt rasa manis, pedas, masam, pahit (gustatory). (Rujuk pyramid of learning)
▶️ MOTOR PLANNING
Dengan mengajar memasak boleh memupuk motor planning dlm kepala anak.
Contohnya: bila panas kuali tak sentuh, bila masak tahu kena guna sudip, bila makan bihun tahu kena guna garfu.
Anak tahu kegunaan (function) setiap bahan. Ianya tak sama dengan intro ya. Intro baca x sama dengan praktikal.
▶️ KEMAHIRAN HIDUP
secara tak langsung kita mengajari anak bagaimana untuk berdikari. Bagaimana nak buat air sendiri, bagaimana nak goreng telur, bagaimana nak sapu jem pd roti. Basuh pinggan mangkuk selepas makan.(Bukan semuanya kita buat)
▶️ RINGAN TULANG
Secara tak langsung anak2 menjadi ringan tulang (rajin) kedapur. Rajin basuh pinggan, rajin menyapu, rajin potong2 sayur, rajin kopek bawang.
▶️ MENDIDIK SUKA MAKAN DIRUMAH SECARA TAK LANGSUNG
Berapa ramai anak2 zaman skrg atau ibu2 zaman skrg makan diluar? Kemudian hasil mkn makanan diluar anak2 menjadi degil.
Knp anak degil? Kerana masakan yg org lain masak belum tentu diselawatkan. Blm tentu dizikirkan. Secara tak langsung semasa ajar anak2 masak didapur zikir dan selawat atas segala pekerjaan kita buat membawa keberkatan.
Cukup banyak tak info teacher ros bagi? Gambar2 ini adalah antara aktiviti “life skills explorer” kami dengan anak2 6 tahun di tadika.
Mereka menyediakan sarapan pagi untuk diri sendiri dan rakan2 mereka. Macaroni Carbonara!! Wallah!! Dari mengupas kulit bawang, cincang bawang putih, potong button mushroom sehingga memasak di dalam kuali, semua mereka lakukan sendiri secara bergilir2 dan dipantau sepenuhnya oleh 3 orang teachers.
Mereka explore sendiri rasa panas. Maka next time mereka tak akan pegang lagi kuali tersebut krn tahu kuali diatas dapur yg dihidupkan api ianya PANAS. Sign pd otak telah dihantar.
Maka rajin2 ke dapur ye. Ajak anak join sekali. Kalau ada 3 anak pecah2 tugas dengan encik husband. Atau set up siap2 bahagian mrk boleh bantu.
Suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.