Ibu bapa boleh usaha untuk tingkatkan aktiviti otak anak menerusi cara yang mudah. Mudah sangat nak buat di rumah. Jangan sia-siakan masa yang ada iaitu daripada lahir hingga dua tahun.
Ini kerana otak si manja ketka ini berkembang dengan pesat setiap hari. Mereka membangunkan bahasa dan kemahiran motor lebih cepat. Tetapi di antara tiga hingga lima tahun, pertumbuhan perlahan kerana otaknya sedang membuat banyak sambungan.
Si manja pada usia ini banyak menyerap perkara-perkara yang berlaku dunia di sekeliling mereka. Fikiran mereka akan membentuk kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran bahasa untuk berunding dan berbicara. Mereka juga sedang belajar bagaimana untuk menyelaraskan fizikal dan badan untuk melakukan perkara-perkara seperti memakai baju sendiri, menendang bola dan sebagainya.
Kanak-kanak perlu dibiarkan meneroka. Dedahkan si manja kepada aktiviti-aktiviti ini untuk meningkatkan aktiviti otaknya.
Masa untuk anda dan dia (one to one)
Salah satu aktiviti yang menjadi penggalak kepada perkembangan otak si kecil ialah masa dengan ibu bapanya. Menurut Dr. Michele Macias, pakar pediatrik, Universiti Perubatan South Carolina memberitahu walaupun ketika ini adalah si manja giat untuk belajar berdikari, hubungan rapat antara ibu bapa dan anak masih penting. “Pada masa dengan ibu bapa, si kecil akan belajar bahasa, memahirkan pertuturan dan melontarkan idea. Hal ini lebih penting untuk membina otak daripada melibatkan anak anda dalam aktiviti-aktiviti yang lain,” kata Macias.
MEMBACA BERSAMA
Bukan sahaja sebagai satu cara yang baik untuk mendapatkan masa berkualiti dengan anak anda, membaca bersama-sama juga penting untuk meningkatkan kuasa otak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diperkenalkan kepada buku pada usia awalnya memiliki penguasaan bahasa lebih awal. Ia membantu anak-anak mengasah bahasa dan perbendaharaan kata dan perbincangan dengan ibu bapa yang menggalakkan pemahaman yang lebih baik. Menurut pakar psikologi kanak-kanak Richard Gallagher, profesor psikiatri kanak-kanak dan remaja, Universiti New York, buku yang berkisar tentang pengiraan, ABC, menyusun dan pemadanan disarankan untuk kanak-kanak pada usia ini, kata
MAIN PERANAN
Kanak-kanak secara semula jadi mempunyai imaginasi yang luas. Walaupun mereka sering memulakan main peranan di peringkat umur yang lebih muda, daya imaginasi mereka benar-benar mula berkembang padai usia tiga hingga lima tahun. Mereka mula bermain koboi, berpura-pura menjadi wira-wira atau puteri, dan mula bermain pakaian (fesyen-fesyen) dan masak-masak. Selain berseronok, bermain dengan imaginasi membolehkan anak-anak bereksperimen.
“Sama seperti membaca, main peranan membolehkan anak-anak melakukan perkara-perkara yang mereka tidak dapat dilakukan dalam kehidupan sebenar,” kata Gallagher. Sebagai contoh, apabila anda dia melakonkan ada kereta kemalangan dan kemudian menghantar ambulans mainan untuk menyelamatkan, atau menghantar helikopter mereka untuk menyelamatkan haiwan yang terjatuh dari “tebing” meja makan. Dengan main peranan, mereka menyerap dan membacakan pengurusan krisis dalam suasana yang sangat selamat. Aktiviti ini juga membantu kemahiran bahasa, kerana ia melibatkan pemikiran tentang perkara dalam kata-kata dan mengulangi apa yang mereka pernah dengari.
PERGAULAN
Seorang kanak-kanak yang tidak berkembang dengan baik secara sosial dapat menjadi orang yang paling bijak di dunia dari segi IQ, tetapi kekontangan kemahiran sosial mereka yang boleh membuatkan mereka kurang berjaya dari segi kesihatan, akademik dan kerjaya dalam jangka masa panjang.
Bergaul dengan kanak-kanak lain juga membantu mereka membentuk pemikiran atau tanggapan awal tentang sesuatu perkara. Mereka belajar perkara-perkara seperti beza umur dan beza antara kanak-kanak lelaki dan perempuan dan sebagainya. Hal ini membantu mereka membuat peta mental untuk rujukan masa depan.
PERMAINAN DAN JIGSAW PUZZLES
Permainan dengan peraturan membantu meningkatkan kecerdasan sosial. Kanak-kanak akan mempelajari kesabaran dalam mengambil giliran dan belajar untuk menerima kekecewaan apabila kalah. Mengingati peraturan juga adalah senaman kepada otak. Permainan fizikal membantu menajamkan koordinasi motor otak.
Ajak si manja bermain permainan dengan tiga atau empat peraturan yang mudah atau permainan lebih pendek yang boleh dimainkan semula dengan cepat.
Jigsaw puzzle menggalakkan penaakulan bukan lisan dan kebolehan untuk menggambarkan sesuatu. Koordinasi motor halus otak dapat berhubung apabila si manja menggerakkan jari untuk belajar mencantumkan kepingan jigsaw puzzle. Permainan ini boleh membantu kanak-kanak yang aktif dan sentiasa bertenaga ini menghabiskan masa dengan tenang sendiri dan dalam masa yang sama masih merangsang minda mereka.
BELAJAR BAHASA LAIN
Richard Gallagher, profesor psikiatri kanak-kanak dan remaja, Universiti New York, berkata kajian menunjukkan bahawa si manja boleh menguasai banyak masa lebih cepat berbanding orang dewasa.
Dengan mempelajari bahasa kedua (selain bahasa ibunda) seawal usia tiga tahun, si manja dapat memberikan dua rangsangan ke kawasan otak yang bertanggungjawab menyimpan memori bahasa tersebut, menyusunnya mengikut urutan, dan menuturkan kembali kata-kata tersebut. Bahasa kedua juga membantu membangunkan kebolehan lisan dan ruang, dan menggalakkan si manja menguasai perbendaharaan kata dan kemahiran membaca dengan lebih baik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI