Bersempena dengan Pa&Ma Kids Fiesta 2019 yang lalu, sebuah perhimpunan kanak-kanak telah diadakan pada 2 November 2019 yang lalu. Himpunan Cita-Cita SSPN X Pa&Ma ini telah diadakan di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Seramai 60 orang kanak-kanak yang berumur dari 4-12 tahun telah menyertai perhimpunan ini.

Seawal jam 12 tengah hari, sudah kelihatan kanak-kanak yang datang bersama penjaga dengan kostum pelbagai jenis mewakili cita-cita mereka. Selain memperagakan pelbagai jenis kostum pekerjaan yang dipilih, setiap peserta diminta untuk membuat persembahan selama tiga minit untuk menceritakan mengapa mereka memilih kerjaya itu sebagai cita-cita.

Turut hadir Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN, Mastura Mohd Khalid, Editor Pengurusan Pa&Ma, Wan Erni Liza Md Izatzi dan Editor Pa&Ma, Hasnita Sawal serta juara Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama, Dazrin Kamarudin merupakan hos yang telah dijemput khas untuk acara ini.

Setiap persembahan para peserta diadili oleh Encik Abdul Ghaffar Bin Yusop, Pengurus Besar Kanan PTPTN, Mohamad Shahir Rahim , Editor Majalah Pengantin, Siti Suria Hassan, Editor Majalah Hijabista dan Hasnita Sawal Editor Pa&Ma selaku ketua juri. SSPN juga telah memilih dua peserta untuk menerima Anugerah Wow! SSPN untuk menerima akaun simpanan bernilai RM100.

Pemenang-pemenang Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma 2019 telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Juara Himpunan Cita-cita SSPN X Pa&Ma adalah Abu Dzharr Al-Fiqrin Fathizia Rafiq, tempat kedua pula disandang oleh grup SIX-KIDS SRIIPUJ manakala tempat ketiga dimenangi oleh Tengku Zulfy Shah Tengku Shahriman. Dua pemenang saguhati pula adalah Qaisarah Jannah Abdul Nazar dan grup Sang Saka Naga Biru. Penerima Anugerah Wow! SSPN pula adalah Sumayyah Arysha Suhairy dan Muhammad Naim Abdul Rashid.

Tempat Pertama akan membawa pulang wang tunai RM300, 4 Tiket Legoland bernilai RM1000, hamper bernilai RM50 dan tabung Istimewa dari SSPN. Manakala tempat kedua pula yang akan  membawa pulang wang tunai RM200, 4 Tiket Gambang bernilai RM300, hamper bernilai RM50 dan tabung istimewa dari SSPN. Pemenang Tempat Ketiga pula akan menerima wang tunai RM100, 4 Tiket Farm In the City bernilai RM200, hamper bernilai RM50 dan tabung istimewa dari SSPN.

Manakala 2 pemenang saguhati telah membawa pulang 4 Tiket MBO , hamper bernilai RM20 dan Tabung Istimewa dari SSPN. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari pembaca Pa&Ma.