60 Peratus Pesakit COVID-19 Terdiri Dari Penduduk Selangor. Kerajaan Negeri Tingkatkan Aspek Pencegahan

Share

Mantan Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad diumumkan akan mengetuai task force bagi menangani penularan wabak COVID-19 di Selangor.

Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan mereka turut memberitahu bahawa sebuah majlis tindakan khas (task force) ini diwujudkan apabila didapati 60 peratus daripada pesakit yang mendapat jangkitan ini terdiri daripada penduduk Selangor.

Menurut Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari, task force ini turut melibatkan empat pakar kesihatan serta wakil dari Jabatan kesihatan Negeri bersama bekas Menteri Kesihatan itu.

Artikel Berkaitan: [KKM Buat Website Khas Untuk Periksa Covid-19 Secara Online. Boleh periksa Tahap Risiko Terkena Jangkitan]

Task force ini turut ditubuhkan bagi mengumpul maklumat tentang lokasi berisiko tinggi COVID-19 selain bekerjasama bagi mengelakkan penyebaran virus di negeri Selangor.

“Kita ambil langkah ini kerana Kerajaan Negeri mendapati sebanyak 60 peratus daripada 117 kes COVID-19 terdiri daripada penduduk Negeri Ini. Pihak kita juga akan ke sekolah dan kawasan awam untuk berkongsi bagaimana masyarakat boleh membantu mencegah penyebaran virus ini,” jelas beliau seperti yang dilaporkan Selangor Kini.

Artikel Berkaitan: [Koronavirus Mampu Bertahan Pada Permukaan Yang kerap Disentuh Sehingga 9 Hari, Hati-Hati!]

Pada masa yang sama, Amirudin juga turut mengingatkan mana-mana penganjur program berskala besar untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan mengamalkan langkah pencegahan seperti menyediakan penutup hidung dan mulut serta pembersih tangan (hand sanitizer) kepada para peserta.

Sumber: The Vocket via Selangor Kini

Published by
Emy H