Bersempena dengan Minggu Menabung SSPN, pertandingan Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma telah diadakan di Aeon Mall Shah Alam pada 5 Oktober 2019 yang lalu. Pertandingan ini diadakan dengan kerjasama SSPN dan majalah Pa&Ma. Tema pada tahun ini, adalah mengikut warna rasmi SSPN iaitu biru dan merah jambu. Ternyata semua ibu bapa peserta sangat sporting dan mengenakan pakaian mengikut tema pada bayi mereka.

62 Bayi Hebat, Meriahkan Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma
Salah seorang peserta yang menyertai pertandingan ini, comel je hisap jari

 

 

Suasana riuh-rendah apabila pertandingan merangkak bayi bermula. Kelihatan sungguh comel anak-anak kecil ini merangkak dalam kumpula namun ada yang duduk sahaja tanpa bergerak. Ibu bapa pula berusaha sehabis baik untuk ‘memancing’ anak-anak merangkak ke arah mereka.

IKLAN
62 Bayi Hebat, Meriahkan Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma
Ready semua…

Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 62 orang bayi yang berusia lapan hingga 12 bulan yang telah mendaftar sebelum pertandingan berlangsung. Mereka bertanding untuk merebut gelaran juara merangkak paling pantas.

62 Bayi Hebat, Meriahkan Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma
Menangis nak pergi kat Mama ya dik?

Pertandingan ini yang terbahagi kepada enam pusingan saringan bagi bayi-bayi yang mewakili grup mereka. Ada enam grup iaitu Cute Ironman, Cheeky Thor, Chubby Hulk, Jolly Spiderman, Sweet Captain America dan Charming Black Widow. Untuk setiap saringan, dua bayi terpantas dibawa ke pusingan akhir. 12 bayi terpantas kemudiannya berlumba antara satu sama lain dan masa terpantas dipilih sebagai juara, naib juara, tempat ketiga dan dua hadiah saguhati.

IKLAN
62 Bayi Hebat, Meriahkan Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma
Cepat dik, cepat!

Turut hadir Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN, Mastura Mohd Khalid, Editor Pengurusan Pa&Ma, Wan Erni Liza Md Izatzi dan Editor Pa&Ma, Hasnita Sawal serta pelawak terkenal Syuk dan Bell Ngasri merupakan hos yang telah dijemput khas untuk acara ini.

62 Bayi Hebat, Meriahkan Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma
Baby Juara, Ammara Shazia Shamsul Arof menerima hadiah berupa akaun simpanan SSPN beserta hamper barangan bayi Chomel Baby

Pemenang-pemenang Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma 2019 telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Bayi Juara adalah Ammara Shazia Shamsul Yusof, Naib Juara, Anissa Dhuha Muhamed Thalha, dan Tempat Ketiga, Muhammad Raziq Imran Mohd Raffi manakala dua bayi saguhati adalah Nur Alisha Qaisara Mohd Azhari dan Syeriff Rayyan Syahrul Hafeezhi.

IKLAN
62 Bayi Hebat, Meriahkan Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma
Tahniah kepada semua pemenang Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma!

Juara membawa pulang akaun SSPN bernilai RM250, naib juara pula menerima akaun SSPN bernilai RM200 dan pemenang tempat ketiga pula mendapat akaun SSPN RM150. Kedua-dua pemenang saguhati pula membawa pulang akaun SSPN bernilai RM50 setiap seorang. Selain akaun SSPN, setiap pemenang juga menerima hamper barangan bayi tajaan Chomel Baby. Terima kasih kepada semua penaja dan para peserta. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari pembaca Pa&Ma.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI