66% ibubapa pernah mengalami ‘Parental Burnout’ dan 2/3 daripada jumlah ini adalah para Ibu.
‘Parental burnout’ tidak sama seperti ‘burnout’ yang dialami di tempat kerja. Jika kita mengalami ‘occupational burnout’ kita boleh ambil cuti tanpa gaji, ‘sabbatical’ ataupun letak jawatan, cari kerja di tempat lain.
Dengan ‘parental burnout’ kita tidak ada pilihan, kita tidak dapat melarikan diri dari tekanan dan kelesuan sebagai seorang Ibu ataupun ayah. Kita perlu terus ‘bekerja’ dan memikul tanggungjawab yang sama, di tempat yang sama dengan orang yang sama di sekeliling kita.
Bayangkan. Individu yang mengalami ‘parental burnout’ merasa sangat letih dan lesu dari segi fizikal, emosi dan mental.
Dia merasa ‘fed-up’. Dia merasa ragu akan keupayaan diri sendiri untuk memikul tanggungjawsab sebagai seorang ibu ataupun ayah, maka dengan itu ingin menjauhkan diri dari si anak.
Ada yang sampai ke tahap terdetik bahawa adalah lebih baik sekiranya anak itu tiada kerana dia tidak menyusahkan anak dan tidak membebankan dirinya sendiri.
Keseronokan sebagai seorang ibu atau ayah semakin terhakis.
Dia mula rasa gelisah, rasa bersalah, rasa malu, rasa marah. Bercampur baur semuanya.
Dia sendiri tidak suka berada dalam keadaan burnout ini dan tidak memilih untuk merasa atau berfikir begitu.
TETAPI
Ads
Ramai ibubapa yang mengalami burnout ini memilih untuk simpan sendiri tekanan, kesukaran dan derita yang dialami kerana mulut manusia ini terlalu cepat menghukum, terlalu cepat menilai berdasarkan acuan sendiri.
“Keadaan kamu tidaklah seteruk mana. Ada yang lebih teruk.”
“Mak-mak kita dulu anak 10 relek saja, orang sekarang anak baru sorang dah stress.”
“Syukurlah ada anak, ramai orang yang bertahun-tahun kahwin tak ada anak tau!”
Macam-macam lagi dinilanya tanpa empati. Lebih baik diam dan simpan sahaja. Biarlah ditanggung sendiri daripada diluahkan.
“Atau mungkinkah aku sememangnya tidak layak menjadi seorang ibu.”
Individu yang mengalami ‘parental burnout’ ini bukanlah manusia yang tidak bersyukur mempunyai anak ataupun manusia yang jauh dari Tuhan.
Tidak sama sekali.
Mereka sudah sampai ke tahap tidak mampu lagi menanggung tekanan kerana kekuatan dan ketabahan yang ada sudah semakin susut.
Sedikit kekuatan yang tinggal itu tidak seimbang dengan tekanan yang semakin menggunung.
Ads
Jadilah pendengar yang baik sekiranya ada ibu atau ayah yang meluahkan perasaan tentang tekanan atau burnout yang dihadapi.
Empati!
Empati!
Empati!
Walaupun anda tergolong di antara 30% yang tidak pernah mengalami ‘burnout’ itu, teruskan menjadi pendengar yang baik kerana dengan hanya mendengar anda boleh membantu si ibu mengeluarkan apa yang membelenggu.
Anda boleh membantu si anak juga kerana ibu atau ayah yang mengalami ‘burnout’ yang kronik BOLEH mengabaikan anak dan boleh menjadi kasar dan punitif.
Anak-anak yang dilayan sebegini oleh ibu atau ayah yang mengalami ‘burnout’ menjadi lebih sukar untuk dikawal, hiperaktif dan agresif.
Anak-anak ini kemudiannya terus dihukum disebabkan oleh perangai mereka yang sukar dikawal, maka jadilah ia kitaran negatif yang tiada kesudahan, baik bagi ibu dan ayah yang mengalami ‘burnout’ ataupun anak itu.
Ads
Ramai yang tidak faham dan ramai yang tidak cuba memahami. Cari orang yang boleh memahami untuk bercerita ataupun orang yang melalui perkara yang sama.
Cari grup yang menyokong dan bukannya menghubungi entah sesiapa. Jangan bergantung pada media sosial untuk meluahkan kerana terlalu ramai yang tiada empati atau hanya akan meninggalkan emoji ketawa.
YANG PALING PENTING, suami dan isteri saling bantu membantu dalam memikul tanggungjawab.
Lebih parah, ‘burnout’ yang tidak ditangani boleh menjadi antara punca kepada masalah mental yang lebih serius seperti kemurungan dan kecelaruan. Dapatkan bantuan profesional ya.
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar (Parent Connect Consultancy)
Walaupun setiap hari kemas rumah, masalah habuk memang tak dapat dielakkan. Kadang tu jenuh fikir, dari mana datangnya habuk ni. Nak kata tak bersih rumah, pagi atau malam mesti akan vakum atau sapu lantai.
Jadi bagi anda yang nak kekalkan rumah wangi dan bersih boleh cuba 4 petua di bawah ini. Sangat mudah dan murah! Bahan-bahannya boleh dapatkan di mana-mana kedai runcit atau pasar raya!
1. HABUK TAK MELEKAT PADA PERABOT
BAHAN-BAHAN:
-1 penutup pelembut fabrik
-10 cawan air
CARA-CARA:
1. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.
Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
2. KILATKAN LANTAI RUMAH
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa, sebaliknya cuba cara ini sekarang.
BAHAN-BAHAN:
-1 penutup pencuci lantai
-Cuka
-Air panas
CARA-CARA:
1. Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan.
2. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
3. WANGIKAN RUMAH
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
BAHAN-BAHAN:
-1 penutup pelembut fabrik
-Cuka
CARA-CARA:
1. Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda.
2. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih.
Pastikan langsir & kesemua perabot berfabrik disembur dgn padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
4. SEGARKAN BILIK AIR
BAHAN-BAHAN:
-1 sudu kecil teh soda bikarbonat
-1 sudu teh cuka
-1 cawan air
CARA-CARA:
1. Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur.
2. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Selamat mencuba!
Menjadi seorang ibu ada masanya buat kita tak sedar teremosi pada pasangan dan anak. Kadang bila badan penat, tanpa sengaja buat kita rasa nak termarah. Jadi apa perlu dilakukan pastikan buat perkara ini setiap pagi.
Nak tahu apa yang perlu seorang ibu lakukan, Puan Alina Adenan kongsikan 4 perkara WAJIB buat setiap pagi. Kalau tak, pagi yang sepatutnya happy, jadi moody pulak.
1) Syukur
– Mulakan hari dengan syukur.
– Masih sihat, masih boleh bangun ada anak & suami di sisi.
– Syukur masih ada ibu ayah.
– Syukur masih ada rumah, ada makanan, belum pernah kelaparan.
2) Buat to do list
– TAPI EMBRACE & puji diri bila dapatkan siapkan even 1 task.
Bukan kena perfect siapkan semua.
3) Akui ketidak-sempurnaan
– Manusia tak ada yang sempurna.
– Anak dan suami pun tak perfect. Kalau diorang perfect, takde reason pulak kita nak bebel kan?
4) Tambah baik
– Muhasabah diri.
– Cari ruang untuk jadi lebih baik.
– Jadi better version of ourselves, bukan compare dengan orang lain.
Usaha jadi yang terbaik, baru kita dapat berikan yang terbaik pada keluarga & orang sekeliling. InshaAllah!
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Pelakon dan juga ibu kepada sepasang cahaya mata, Amyra Rosli berkongsi momen indah apabila menerima kejutan istimewa makan malam daripada suaminya, Amar Baharin.
Menerusi perkongsian di instagramnya itu, Amyra memuat naik sekeping foto yang sangat sweet di laman akaun instagram.
Bintang drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan ini nyata cukup terharu dengan kejutan tersebut meskipun terpaksa menyambutnya di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan masih dilaksanakan di seluruh negara.
“#stayathome candle light dinner by @amarbaharin..Dia rindu nak dating”, tulisnya.
Sikap Amar yang romantik ini buatkan ramai peminat mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka dan berharap dengan kehadiran Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa akan mengukuhkan ikatan perkahwinan.
Sebelum ini pun, pasangan sama cantik sama padan ini memang selalu membuat kejutan. Seperti yang sedia maklum, ketika Amyra tahu dirinya hamil anak kedua pun dia hanya memberitahu ketika hari jadi Amar yang ke-34 dengan meletakkan alat penguji kehamilan dalam kotak.
Manakala ketika mengandungkan Ayra Aryssa, Amyra turut menyembunyikan dulu jantina anaknya daripada pengetahuan Amar sebelum diumumkan ketika majlis baby shower.
Sumber: IG Amyra Rosli
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.