Durian memang enak. Sebab itulah ia digelar Raja Buah. Kebanyakan orang gemar makan durian termasuklah ibu hamil. Bolehkah ibu hamil memakannya? Dikatakan sesetengah ibu boleh sahaja makan durian ketika hamil. Dan begitulah di sebaliknya. Ada yang langsung tidak boleh makan durian kerana ia mendatangkan bahaya kepada dirinya dan juga kandungan. Sesuatu tidak akan dilarang jika tidak ada penyebabnya. Alasan durian dilarang diambil oleh ibu hamil adalah kerana risiko bahaya berikut.
1. Bayi lahir pramatang
Sesiapa pun tidak mahu melahirkan anak tidak cukup bulan. Durian yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan bayi lahir secara pramatang. Jadi, ada baiknya anda mengehadkan pengambilan durian untuk kesejahteraan bayi yang bakal dilahirkan.
2. Keguguran
Ibu yang di awal usia kehamilan sangat dilarang untuk memakan durian. Hal itu disebabkan kandungan durian tersebut boleh mengakibatkan panas di dalam rahim. Suhu panas itulah yang boleh menyebabkan keguguran kerana janin tidak mampu bertahan dengan suhu tubuh ibu yang panas.
3. Kontraksi
Ada kes di mana boleh boleh berlakunya kontraksi terutamanya jika anda mengambil durian secara berlebihan. Kandungan durian boleh merangsang pengeluaran prostaglandin. Kontraksi yang kuat tentu sahaja boleh menjadi tanda awal bersalin walaupun masanya belum tiba.
4. Diabetes
Anda yang mengambil terlalu banyak durian mudah mengalami diabetes. Glukosa yang tinggi di dalam durian adalah penyebabnya. Jika sudah terkena diabetes, anda perlu mengawal pemakanan dan gaya hidup sepanjang kehamilan agar tidak timbul komplikasi kehamilan mahupun kelahiran kelak.
5. Tekanan darah tinggi
Durian juga boleh menyebabkan anda mengalami tekanan darahtinggi. Hal itu kerana di dalam durian mengandungi tinggi kolesterol. Kadar kolesterol yang tinggi di dalam tubuh ibu hamil boleh menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Pembuluh darah yang sempit akan mengakibatkan tekanan darah tinggi.
6. Berat badan bayi besar
Kandungan kalori yang tinggi pada buah durian memungkinkan bayi akan mengalami berat badan yang besar. Hal ini berpunca daripada kandungan glukosa yang tinggi di dalam durian. Jika hal terjadi, kemungkinan untuk melahirkan normal menjadi tipis. Dibimbangkan anda mungkin perlu melahirkannya secara pembedahan caesarean pula.
7. Janin kekurangan oksigen
Penyempitan pembuluh darah membuatkan aliran darah dan oksigen di dalam tubuh ibu hamil tidak lancar untuk sampai kepada bayi. Hal tersebut boleh menyebabkan janin yang di dalam kandungan kekurangan oksigen. Jika janin kekurangan oksigen, dia akan lemas berada dan pergerakannya menjadi tidak aktif.
Tip makan durian ketika hamil
Bagi yang mengidam makan durian, ada tip yang boleh anda guna pakai untuk mengambilnya. Paling penting, anda makan hanya dalam jumlah yang sedikit. Contohnya dua ulas sahaja. Jangan ambil lebih daripada itu. Jika anda rasa mual dan pening selepas memakannya, maka itu petunjuk penolakan tubuh terhadap apa yang anda makan.
Walaupun boleh ambil dalam jumlah yang sedikit, harus diingatkan, jangan pula terlalu kerap mengambilnya! Bila diambil sedikit demi sedikit, lama kelamaan ia akan menjadi banyak. Jadi batasi pengambilan maksimum dua kali seminggu.
Setelah makan durian, jangan minum air lain selain daripada air kosong. Jika anda minum air lain contohnya teh atau kopi, di dalamnya terdapat kandungan kafein yang bahaya kepada ibu hamil. Pendek kata, pilihlah air kosong bagi menyingkirkan rasa panas badan, gula berlebihan dan lain-lain yang ada di dalam durian.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI