Secara umumnya ada tip untuk mengendalikan anak hiperaktif supaya boleh duduk diam. Biasanya anak sebegini akan aktif seperti berlari, melompat dan menjerit di sana sini. Malah ada yang mempersoalkan, ‘Betul ker anak saya Hiperkatif?’ Jika Ya! Bagaimana nak mengendalikan anak-anak sebegini? Jom ikuti panduan mengenai hal ini.
Anak hiperaktif sukar duduk diam, kurang member tumpuan kepada sesuatu perkara dan bertindak spontan mengikut kehendak hati serta sukar mengasingkan maklumat yang diterima. Menguruskan anak hiperaktif bukan mudah dan kadang kala meletihkan! Mereka ini sangat aktif dari segi fizikal dan mental berbanding kanak-kanak lain. Ingatan mereka kuat tetapi kelemahan mereka adalah cepat bosan dan kurang memberi fokus kepada sesuatu perkara yang mana akan menjejaskan ingatan jangka panjang mereka. Dr. Seto Mulyadi dalam bukunya “Mengatasi masalah anak sehari-hari“ menyatakan pengertian istilah anak hiperaktif ialah ‘Hiperaktif menunjukkan adanya suatu pola perilaku yang menetap pada seorang anak. Perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mau diam, tidak boleh fokus dan bertindak sekehendak hatinya.
Anak hiperaktif juga sering menjadi kebimbangan ibu bapa apabila jarang mempertimbangkan akibat daripada tindakan yang dilakukannya sama ada membahayakan dirinya atau orang lain. Oleh itu, kanak-kanak hiperaktif memerlukan pengawasan rapi serta perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Dalam pada itu, kanak-kanak hiperaktif cepat bosan sekiranya tiada kawan untuk berkomunikasi dan bermain. Ibu bapa hendaklah menyediakan dan merancang aktiviti yang pelbagai bagi mengatasi sifat cepat bosan mereka. Oleh itu ibu bapa perlu kreatif merancang pelbagai aktiviti menarik dan selamat untuk mereka.
7 tip di bawah ini dapat menolong anda dalam menghadapi anak yang hiperaktif:
1.Peraturan
Buatlah peraturan dan had batasan yang jelas di rumah. Jika perlu, anda menuliskannya dan tampal di bahagian ruangan rumah tertentu. Tindakan ini supaya semua anggota keluarga dapat melihat dan mematuhinya termasuklah si hiperaktif. Dengan ini dapat mengawal penggerakannya dengan mudah. Pastikan peraturan ini dilakukan secara rutin.
2.Waktu lapang bersama
Gunakan waktu lapang anda melakukan aktiviti bersama si manja anda seperti berjalan-jalan di taman, membaca buku cerita bersama, bermain bersama dan sebagainya. Aktiviti ini dapat mengembangkan hubungan anda bersama si manja anda yang hiperaktif. Sehingga mereka dapat bersikap positif dan melakukan aktiviti secara natural bersama anda, tanpa harus berlebihan.
3.Aktiviti fizikal
Anak-anak yang hiperaktif sangat dipengaruhi oleh tenaga yang berlebih di dalam tubuh mereka. Hal ini menyebabkan mereka sukar untuk fokus terhadap sesuatu. Supaya si manja dapat menyalurkan tenaganya, anda boleh membantu dengan melakukan beberapa aktiviti olahraga. Misalnya berlari, bermain bola, dan sebagainya. Di samping itu, aktiviti ini dapat membantu dalam mengelola moodnya. Kurangkan makanan manis
yang boleh menyebabkan dia lebih bertenaga.
4.Ingin perhatian
Secara umumnya anak-anak ingin mendapat perhatian daripada ibu bapa. Namun anak-anak yang hiperaktif sering mendapat perhatian dari aktivitinya negatif yang dilakukannya. Jadi anda perlu mengubah cara kehidupan dengan memberikan perhatian kepada anak anda secara lebih positif.
5.Teguran
Anak seperti ini sukar diramal tingkah lakunya. Kadang kala sikap mereka sukar dikawal. Malah ada juga tindakan mereka boleh membahayakan. Jangan biarkan ia berlarutan. Segera menegur dan menasihati anak hiperaktif sekiranya apa yang mereka lakukan bakal mendatangkan akibat buruk.
6.Bersabar
Sikap anak yang hiperaktif membuatkan anda hilang sabar. Ini kerana kerenahnya memang kadang kala membuatkan anda panas baran. Apa pun, jangan bertindak memukul dan memalukan mereka sekiranya melakukan kesalahan atau melanggar peraturan telah ditetapkan. Sebaliknya cuba memberi nasihat secara rasional. Jelaskan dengan ayat yang mudah dengan membuat penegasan kenapa sikapnya itu tidak elok.
7.Nasihat pakar
Jika anak masih tidak menunjukkan perubahan walaupun pelbagai usaha yang dilakukan, dapatkan nasihat dan rawatan pakar sekiranya tahap hiperaktif anak kita membimbangkan.