Sebenarnya didikan terhadap anak ni tiada sebarang formula. Ibu bapa yang mencorakkan sendiri. Anak adalah hak dan amanah Allah Taala. Allah menyuruh dan memberi panduan kepada kita untuk mendidik anak-anak cara Islam. Namun dalam hal ini, kita sebagai ibu bapa hanya mampu mendidik.
Sama ada anak tersebut bakal menjadi ‘apa’ itu adalah diluar kawalan ibu bapa itu sendiri. Sebab itu, tanggungjawab ibu bapa adalah mendidik anak cara Islam dan berdoa mudah-mudahan anak yang dijaga menjadi anak soleh dan solehah.
Berdasarkan perkongsian Dr NurulHuda, beliau ada menjelaskan info dan tip daripada Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah tentang bagaimana caranya untuk mendidik anak menjadi anak yang cemerlang.
Kaedah pesanan dan arahan
Sebenarnya kaedah ini merupakan kaedah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Anak-anak dididik dengan cara dipesan terlebih dahulu. Lihat apa reaksi mereka setelah dipesan. Adakah mereka boleh lakukan hanya dengan sekali pesanan? Jika tak berkesan, ibu bapa kena berulang kali berpesan tanpa rasa jemu dan bosan.
Berdasarkan kenyataan oleh pakar kesihatan kanak-kanak, anak-anak pintar perlu diberi pesanan dan nasihat sebanyak 200 kali tanpa rasa bosan. Tujuannya supaya mereka benar-benar faham pesanan tersebut dan bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak ialah :
Solat di awal waktu
Adab dengan orang tua
Adab dengan guru
Adab dengan kawan-kawan
Tugas harian di rumah
Mengemas bilik sendiri
Ads
Mengemas meja belajar
Cara makan mengikut sunnah Nabi
Cara belajar berkesan
Ingatkan mereka supaya menutup aurat ketika keluar rumah
Keselamatan jalan raya
Tanggungjawab melindungi anak-anak
Kaedah bercerita
Perasan tak, dalam filem negara barat, ibu bapa akan bercerita kepada anak sebelum tidur. Kaedah ini sebenarnya dianjurkan oleh Islam. Ini kerana ia menguatkan serta mengeratkan hubungan anak dan ibu bapa terutamanya kisah berkaitan dengan kisah teladan dalam al-Quran.
Ads
Tujuan utama kaedah bercerita ini ialah untuk mendidik anak secara tidak langsung menerusi rangsangan pemahaman minda bawah sedar mereka, : menyampaikan maklumat, dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, merapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak serta boleh menggambarkan minda anak dengan lebih jelas dan berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.
Kaedah Soal Jawab
Bersoal jawab dengan anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anak yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.
Kaedah merujuk pengalaman lalu
Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalaman ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibar oleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunya mereka berwaspada dengan peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.
Kaedah nasihat dan teguran
Berilah teguran dan nasihat selalu kepada anak-anak dalam aspek akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan dan sebagainya. Kaedah ini penting kerana ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Kaedah ini adalah suatu nasihat dan teguran yang tidak boleh dilakukan setiap hari untuk mengelakkan anak-anak berasa jemu dan bosan.
Ads
Kaedah bermain dan bergurau
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampaui batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.
Kaedah Latihan Berterusan
Anak yang cemerlang ialah anak yang dilatih secara praktikal dengan berterusan. Kaedah ini disarankan oleh Rasulullah saw. Anak akan cemerlang namun perlu juga dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini dibahagikan kepada beberapa ciri:
Jantina
Ibu bapa perlu memberi tugas kepada anakanak mengikut tahap umur kanak-kanak tersebut, jika tugas berat dan besar berikan kepada anak lelaki. Jika kerja rumah seperti memasak elok diberikan kepada anak perempuan. Tapi tak salah ajar anak lelaki membuat kerja rumah. Ini melatih mereka untuk ringan tangan menolong isteri mereka kelak.
2) Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.
Patutlah Anak Tomok, Arrian dan Andra cerdik. Rupanya ini yang dibuat ibu mereka dari kecil! Rangsangan dan stimulasi menerusi pelbagai cara memang membantu bayi dan kanak-kanak mengembangkan potensi dan kebolehannya.
Persekitaran dan orang sekeliling khususnya ibu bapa memainkan peranan penting dalam perkembangan mereka pada masa akan datang.
Arrian dan Andra, dua orang anak Tomok ini memang cerdik dan petah. Rangsangan yang diterima dari kecil memang memberikan kesan yang baik kepada kedua-duanya. Nak tahu apa rahsianya, jom kita tengok apa yang telah Tomok dan isterinya, Ayu Abas lakukan kepada dua anak mereka daripada kecil. Patutlah anak-anaknya cerdik!
BERCAKAP-CAKAP
Bercakap-cakap dengan anak walau pun pada ketika itu mereka masih belum boleh bertutur dengan baik lagi ada kelebihannya. Walau pun masih belum mengerti, minda anak-anak sebenarnya seperti span yang menyerap apa yang dilihat dan didengari. Dia sebenarnya sedang menajamkan kemahiran berbahasa dan komunikasi. Lebih banyak bercakap kepada mereka, lebih baik.
Mengagah bayi adalah salah satu komunikasi awal yang boleh dilakukan kepada anak. Selain merangsang, ia juga menggalakkan deria pendengaran. Bayi yang berumur enam bulan atau tujuh bulan akan mula mengesan dan memusing ke arah bunyi itu. Menjelang usia setahun, bayi sudah mula mengenalpasti lagu kesukaannya dan cuba menyanyikannya.
BACA BUKU
Ramai yang tahu, buku jambatan ilmu. Tapi ramaikah yang membacakan buku kepada anak walau pun masik belum mengerti? Membacakan buku sejak awal lagi boleh membantu mengajar bayi tentang interaksi, komunikasi dan konsep tentang bentuk, warna, abjad, memori, nombor dan tatabahasa dalam cara yang menyeronokkan.
KAD IMBASAN
Perkenalkan kad imbasan sejak awal melancarkan sebutan dan meningkatkan penguasaan tatabahasa. Mula-mula baca dan sebutkan apa yang ada pada kad. Lama kelamaan anak-anak akan menyebutnya sendiri dan kemudian mengejanya, seperti Ayu lakukan kepada Arrian.
Biarkan anak-anak seronok bermain dengan permainan mereka. Ketika bermain, mereka akan mengeksplorasi, berimaginasi dan menajamkan motor halus. Ia juga merangsang skil kognitif dan penyelesaian masalah. Aktiviti mewarna dan menconteng juga salah satu cara bermain yang digalakkan untuk si manja!
AKTIVITI FIZIKAL
Berenang, bermain di taman permainan dan berjalan memberikan anak-anak peluang untuk aktiviti yang dapat menggunakan otot dan anggota badan. Ia dapat menguatkan otot, keseimbangan dan sokongan tubuh. Selain itu, ia juga merangsang keyakinan diri kanak-kanak. Aktiviti seperti melompat, berlari, memanjat, berguling dan merangkak merupakan aktiviti yang baik untuk perkembangan motor kasar mereka.
MENYANYI
Dedahkan bayi kepada lagu kanak-kanak untuk merangsang pendengaran dan apabila anak mula mennyanyikannya, ia menggalakkan aktiviti pada kedua-dua belah otak. Anak-anak juga jadi lebih ceria dan gembira.
Jangan lupa saksikan kebijaksaan Arrian dan Andra dalam Rockstar Junior Arrian dan Andra di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) setiap Rabu, 9 malam!
Soal keperluan perubatan untuk anak kecil selepas kelahiran kebiasaannya menjadi nombor dua kerana terdapat banyak komitmen yang lebih penting seperti penyediaan keperluan asas.
Namun begitu, pernah ke ibu bapa terfikir keperluan perubatan anak kecil boleh menjadi mahal sekiranya anak itu sakit dan memerlukan rawatan susulan di hospital.
Jika itu terjadi, apakah persediaan ibu bapa untuk mereka? Adakah wang simpanan ibu bapa cukup untuk menanggung keperluan perubatan anak? Oleh itu, ibu bapa perlu menyediakan pelan perlindungan yang sesuai untuk anak. Tak perlu tunggu anak besar kerana kini dah ada pilihan untuk melindungi anak seawal dalam kandungan lagi.
Berikut antara sebab ibu bapa perlu mempertimbangkan pelan perlindungan untuk anak, lagi awal lagi baik.
1. Penjagaan kesihatan berkualiti
Bagi sesetengah ibu bapa, mereka mungkin bertuah kerana mendapat manfaat pekerja di syarikat yang memperuntukkan perlindungan untuk ahli keluarga. Namun jika manfaat itu tak disediakan, semestinya keperluan perubatan anak perlu ditanggung oleh ibu bapa dengan bantuan kesihatan awam. Ibu bapa perlu ingat bahawa kemudahan perubatan awam biasanya penuh dan terhad dan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan atau rundingan pakar.
2. Rawatan awal
Mana-mana ibu bapa mesti nak yang terbaik untuk anak, sama ada dari aspek kesihatan atau pendidikan. Dengan adanya pelan perlindungan perubatan yang kukuh, ibu bapa boleh mendapatkan rawatan awal terutamanya daripada hospital swasta untuk rawatan pakar.
3. Tak perlu fikirkan wang ketika waktu kecemasan
Memiliki pelan perlindungan untuk anak bukan sahaja memberikan akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti di saat mereka memerlukannya, tetapi sebagai alternatif kepada anda supaya tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar ketika kecemasan. Dalam keadaan sekarang ini, perancangan untuk masa depan penting. Ibu bapa perlu menyediakan tabung simpanan yang mencukupi untuk masa depan anak. Satu cara mudah untuk ibu bapa adalah dengan melanggan pelan perlindungan yang mempunyai peruntukan simpanan bagi anak. Jangan fikir anak kecil tak memerlukan kos rawatan yang mahal ketika sakit kerana setiap tahun kos perubatan meningkat.
Tiga faktor yang dinyatakan tadi boleh menjadi faktor #PruBSNImpian sebagai pelan perlindungan pilihan ibu bapa khas untuk anak tersayang.
Sokongan
Sokong impian anak apabila beliau mencapai usia 19 tahun dengan wang yang ibu bapa peruntukan untuk pelaburan melalui Takaful Saver Impian.
Mula dari awal
Lindungi anak dari seawal 14 minggu kehamilan dan lindungi diri para ibu apabila berlaku komplikasi kehamilan melalui Infant Secure.
Komprehensif
Pelan perlindungan komprehensif dan berpatutan yang memberikan ibu bapa ketenangan fikiran untuk memenuhi keperluan perlindungan anak seperti perubatan, penyakit kritikal dan simpanan masa depan.
Kawalan
Ibu bapa mempunyai fleksibiliti untuk menentukan perlindungan, kemampanan sijil dan sumbangan.
Rutin sebelum masuk tidur yang dibuat secara konsisten dapat membantu anak-anak tidur lama dan nyenyak. Ini salah satu cara untuk anda habiskan masa berkualiti dengan mereka.
Para saintis mengatakan rutin sebelum masuk tidur ini dapat membantu anak-anak untuk mereka membesar dengan kemampuan untuk berkomunikasi dan berdikari.
Kebanyakan ibu bapa kurang peka dengan kebaikan melakukan rutin ini. Perkara yang sebenanrnya jika rutin ini dibuat setiap hari, ia dapat mengurangkan stres ibu dan ayah. Anak-anak pula akan merasa lebih disayangi, tingkah laku mereka akan menjadi lebih baik dan sentiasa bersedia untuk belajar.
Pa&Ma senaraikan aktiviti yang boleh anda lakukan dengan anak-anak:
MEMBACA BUKU
Melakukan rutin ini membuka ruang untuk anak-anak bermanja dengan anda. Ketika anda bacakan buku untuk mereka, biarkan mereka dalam pelukan atau berbaring atas riba. Waktu membaca juga membantu anak-anak belajar pelbagai konsep baharu, penggunaan bahasa yang lebih luas dan membuka minat mereka untuk membaca.
GOSOK GIGI DAN PAKAI BAJU TIDUR
Aktiviti ini dapat membina sifat berdikari serta kemahiran mereka menguruskan diri sendiri.
MINUM AIR MASAK
Selepas minum air, selimutkan mereka dan kucup dahi mereka. Itu salah satu cara mereka tahu yang anda benar-benar mengambil berat tentang diri mereka.
BERITAHU ANAK ANDA SAYANGKAN MEREKA
Bukan itu saja, beritahu juga betapa anda bangga dengan mereka. Sebut juga setiap perkara possitif yang mereka lakukan sepanjang hari dan sentiasa ingatkan mereka jika ada yang tidak betul mereka lakukan. Kalau ada perkara nakal yang mereka buat, tegur dengan berhemah sebelum menghukum. Jangan lupa untuk beritahu anak anda yang mereka itu manusia kegemaran anda di seluruh dunia!
Berikan mereka pelukan waktu malam dapat menyalurkan rasa sayang dan kebaikan kepada mereka tanpa perlukan berkata apa-apa.
Bukan sahaja semua kebaikan ini akan anda perolehi, bahkan rutin ini dapat membuka ruang untuk anda menjadi pendengar yang baik untuk anak-anak. Ketika di dalam bilik tidur, keadaan sunyi dan tenang. Anak-anak akan lebih terbuka untuk bercerita kepada anda. Setiap kerisauan, kegembiraan atau apa saja yang mereka rasakan akan mereka kongsikan dengan anda.
Perasan atau tidak, anak-anak suka bersembang ketika mahu lena? Anda pula menyuruh mereka terus tidur tanpa mahu mendengar cerita mereka. Itu sebenarnya yang menjadi punca mengapa anak-anak berahsia dan ‘menjauh’ dari anda. Cubalah rutin ini dan mungkin anda dapat lihat sendiri perubahannya kepada anda sekeluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.