Bila kita ada anak kecil ni, banyak perkara yang perlu kita titik beratkan. Pemakanan dan kesihatan mereka tiada kompromi. Ini kerana imun sistem mereka masih lemah dan dalam proses membina imun sistem yang lebih kuat.

Bagi pasangan yang baru pertama kali bergelar ibu bapa, tentulah agak sukar untuk mengetahui sama ada si comel sakit atau tidak. Senarai di bawah diharap sedikit sebanyak dapat membantu.

7 Jenis Penyakit Yang Sering Menyerang Anak Kecil: 

  1. Hilang selera makan

Jika anak tidak mahu menyusu, tapi kita tengok dia sihat dan segar serta aktif, tak perlulah risau tapi jika bayi anda tidak mahu minum susu 2 sesi berturut-turut atau tidak minta penyusuan dalam tempoh 4 jam, anda perlu lakukan sesuatu

Tindakan:

– Periksa suhu badan untuk pastikan bayi tidak demam.

– Pastikan air diminum dengan banyak untuk mengelakkan dihidrat

– Berjumpa doktor dan dapatkan nasihat yang sewajarnya

7 Isyarat Anak Sakit Penting Untuk Ibu Bapa Tahu Supaya Tak Mudah Mengelabah

  1. Batuk

Batuk mungkin tanda penyakit atau tindak balas tubuh badan terhadap sesuatu yang merangsang tekak atau salur udara. Batuk mengeluarkan kahak dari dalam dada dan lendir daripada saluran udara. Adakalanya anak akan muntah lepas batuk. Dan ia boleh berlanjutan sehingga berminghu-minggu. Risiko untuk mendapat pneumonia dan bronkitis sangat tinggi

Tindakan:

– Dapatkan diagnosis yang tepat daripada doktor

– Boleh lakukan rawatan semulajadi seperti sapu minyak bawang putih, letakkan hirisan lemon di tapak kaki atau cara yang sesuai dengan anak-anak.

  1. Menangis

Bayi menangis bukan hanya kerana lampinnya basah. Ia memberi isyarat kepada kita yang dirinya bermasalah. Tidak selesa ataupun sakit. Jika bayi anda menangis berterusan selama lebih kurang sejam atau tangisannya luar biasa, hubungi doktor dengan segera. Jika bayi menangis dan tidak dapat ditenangkan selama 2-3 jam setiap hari (tanpa menunjukkan tanda penyakit lain) dia mungkin alami kolik ataupun kembung perut.

Ads

Tindakan:

– Periksa suhu badannya

– Tanggalkan pakaian untuk melihat tanda-tanda lain seperti kembung perut dan kena gigit serangga.

– Tenangkan bayi dengan memeluknya erat dan beri susu (mungkin dia lapar)

7 Isyarat Anak Sakit Penting Untuk Ibu Bapa Tahu Supaya Tak Mudah Mengelabah

  1. Demam

Demam ni sebenarnya bukanlah sejenis penyakit, tetapi hanyalah petanda sesuatu penyakit. Kita boleh tentukan yang anak tu demam dengan memeriksa suhu badan anak.Anak kita tu dikatakan demam sekiranya suhu melebihi 37.5 celcius. Namun, bagi seorang bayi berusia 6 bulan ke bawah, suhu badan melebihi 37 Celcius adalah sangat serius. Jika suhu badan kekal tinggi, dikhuatiri berlaku kekejangan (fit)

Tindakan:

– Dapatkan diagnosis yang tepat tentang penyakit anak dari doktor

– Lakukan rawatan semulajadi untuk anak demam sebagai langkah tambahan.

Ads
  1. Bernafas kuat dan laju

Ini berlaku pada waktu malam dan ia membawa petanda yang tidak baik. Ini kerana bayi semakin sukar bernafas kerana masih gagal mempelajari teknik menyedut udara dengan betul dan keadaan ini boleh membawa maut. Si comel mungkin juga mengalami athma. Jangan tunggu lama ye.

Tindakan:

– Hindari bayi dari asap rokok atau ubat nyamuk

– Jaga kebersihan rumah

– Sentiasa wujudkan sistem pengudaraan yang baik dalam rumah anda.

  1. Muntah

Kebanyakan bayi akan muntah setelah meyusu, terutama sekiranya susu diberi terlalu banyak. Ia adalah perkara biasa kerana susu yang keluar semula tu mungkin disebabkan oleh angin yang terperangkap dalam perut bayi. Tapi kalau muntah berkali-kali dalam satu masa tu, ia mungkin tanda ada jangkitan

Tindakan:

– Periksa suhu badannya untuk pastikan anak demam atau tak.

Ads

– Rehatkan atas katil dan lapkan badan dengan tuala lembap.

– Berikan air minum (sekiranya anak dah lebih 6 bulan) untuk menghilangkan rasa loya dan bau susu yang dimuntahkan.

– Bawa berjumpa doktor jika perlu

7 Isyarat Anak Sakit Penting Untuk Ibu Bapa Tahu Supaya Tak Mudah Mengelabah

  1. Cirit-birit

Seperti demam, cirit-birit turut merupakan gejala sesuatu penyakit. Contohnya jangkitan kuman pada usus, keracunan makanan, gangguan penyerapan makanan dan sebagainya. Ada juga cirit yang disebabkan oleh ketidaksesuaian susu yang diberikan. Namum secara umumnya cirit-birit adalah tidak bahaya tetapi komplikasinya berupa dehidrasi itu yang menyebabkan anak dalam bahaya

Tindakan:

– Jangan beri anak sebarang makanan dan susu.

– Amalkan diet BRAT.

– Periksa suhu badan anak sama ada demam atau tak.

– Jika cirit lebih 6 jam, bawa segera ke hospital berhampiran.

Semoga dengan perkongsian ini dapat ibu bapa kenal pasti apakah tanda-tanda sikecil tidak sihat dan bagaimana cara mengatasinya. Walaupun Zarith lebih suka mengamalkan rawatan secara semulajadi, namun pemeriksaan doktor juga adalah sangat penting. Kita perlu dapatkan diagnosis yang tepat untuk penyakit anak kita sebelum memulakan sebarang rawatan secara semulajadi ini.

Sumber: ibuzarith.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI