Haiwan peliharaan seperti kucing memberikan kesan positif kepada perkembangan anak kecil. Si cilik Yusuf Iskandar, anak pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang didedahkan dengan kehadiran Bujibu dalam keluarganya sejak kecil lagi membuktikan fakta ini.
Antara kebaikan haiwan peliharaan (animal companion) kepada kanak-kanak dan bayi ialah ia membantu mengajar mereka tentang tanggungjawab, simpati dan empati. Selain itu, ia juga mengukuhkan perkembangan emosi, kognitif, sosial dan fizikal.
Membantu penguasaan motor halus
Membelai dan menyentuh haiwan peliharaan membantu si manja menguasai motor halus. Seperti yang dilakukan oleh Yusuf sambil dibantu oleh Hanis ini.
Ketika bermain dengan haiwan peliharaan, bayi akan melihat bagaimana kita berinteraksi dengan haiwan peliharaan. Ini secara tidak langsung akan membantu mereka mempelajari kemahiran berbahasa dan komunikasi sejak awal lagi. Seperti mana Hanis lakukan bersama Yusuf kepada Bujibu ini, ia memberikan Yusuf pengayaan tatabahasa dan dan rasa empati.
Haiwan peliharaan akan menjadikan anak selesa dan rasa santai untuk berkongsi sesuatu. Sokongan emosi apabila marah, sunyi dan kecewa. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai hubungan yang baik dengan haiwan peliharaan lebih stabil emosi dan mudah dikendalikan.
Keakraban Yusuf dan Bujibu terbentuk sejak Yusuf kecil lagi.
Prihatin dan empati
Interaksi dengan haiwan peliharaan akan membantu si manja membesar menjadi individu yang prihatin kepada orang lain. Kajian menunjukkan haiwan peliharaan sangat bagus untuk anak lelaki kerana melaluinya mereka akan belajar untuk prihatin kepada keperluan orang lain. Kalau kanak-kanak perempuan suka main patung mainan dan menjaganya sebagai bayi, tetapi bagi anak lelaki yang sukakan mainan yang lebih teknikal haiwan peliharaan akan membantu mereka memahami keperluan orang lain.Haiwan peliharaan akan jadikan anak seorang yang berempati kepada orang lain dan sensitif kepada keperluan orang sekeliling.
Memang normal bila anak kecil penuh dengan rasa ingin tahu. Haiwan peliharaan ialah salah satu perkara yang boleh yang mencetuskan perasaan ingin tahu kepada si manja.
Haiwan peliharaan menjadi tumpuan seluruh keluarga dan menjadikan semua ahli dalam keluarga tertumpu kepada haiwan peliharaan mereka. Ini secara tidak langsung akan menguatkan hubungan antara ahli keluarga. Ia juga boleh jadi bonding time seperti yang Hairul dan Yusuf lakukan ini.
Memiliki haiwan peliharaan akan menjadikan salah satu sebab si manja lebih aktif. Mereka akan berlari, merangkak dan berjalan untuk bermain dengan haiwan peliharaan mereka.
Nak tengok banyak lagi? Jangan lupa tonton gelagat Yusuf Iskandar, bersama kucing peliharaan Bujibu Chempel, dalam program realiti keibubapaan, “My Little Heroes – Yusuf & Bujibu” yang akan bersiaran pada setiap hari Rabu, mulai 31 Januari 2018, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Program ini memfokuskan pada kepelbagaian aktiviti yang didedahkan kepada Yusuf untuk menggalakkan perkembangan tumbesarannya dan mengenali personaliti beliau dengan lebih mendalam. Apatah lagi, Yusuf yang kini berusia 1 tahun 7 bulan berada dalam fasa yang penuh dengan perasaan ingin tahu terhadap dunia sekelilingnya.
Lebih bermakna apabila Yusuf akan ditemani oleh kucing peliharaan keluarga beliau, Bujibu Chempel, dalam menjalani setiap aktiviti seterusnya menghasilkan lebih banyak momen-momen menarik mereka berdua yang sememangnya akrab ini.
Pernah tak jumpa? Ada baby bising macam mana pun dia boleh lagi tidur lena. Ada juga yang sensitif amat, sampaikan sreet bunyi buka pintu pun dia boleh tersentak tidur!
Hah, Memang ada baby yang begini. Jangan pelik!
Ini kerana baby yang senang tersentak tidur ni sebenarnya potensi besar jenis Auditory. Deria pendengaran dia memang super sensitif berbanding dengan anak-anak lain.
Walaupun mata dia lelap, tapi telinga dia sentiasa terjaga. Telinga dan otak dia ada connection yang sangat kuat sekali.
Anak auditory ni nak tidur lena kena pastikan tempat tidurnya tu betul-betul sunyi sepi.
Sikit bunyi je, terus bergegar otak dia. Tu yang jadi tersentak-sentak.
Anak auditory ni bagus tau bila dah besar nanti. Dia senang dengar kata dan mudah di nasihati kerana mendengar itu memang kepakaran dia.
Cuma dengan anak auditory kita kena kurangkan membebel, menengking dan kata-kata kasar.
Benda benda ni la banyak mempengaruhi hati anak yang asal lembut berubah jadi keras.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tuam pada bayi memberikan kesan baik kepada kesihatan bayi. Mama dan papa boleh DIY sendiri tuam, tak perlu beli! Boleh berjimat.
Bayi tidak kira lelaki dan perempuan, tuaman boleh dilakukan pada beberapa bulan pertama kelahirannya. Tuaman boleh dilakukan pada bahagian perut dan beberapa bahagian lain seperti betis dan kaki. Bayi seelok-eloknya dimulakan sejak dalam tempoh pantang lagi (iaitu 44 hari) atau sehingga usianya mencapai dua bulan.
MANFAAT TUAMAN PADA BAYI
Berikut ialah kelebihan tuaman kepada bayi;
Mengelakkan kembung perut pada bayi.
Memberikan keselesan kepada baby itu sendiri kerana ia seperti pijatan lembut yang teraputik.
Salah satu cara bonding bayi dan ibu/ bapa/ ahli keluarga.
Mengelakkan angin pasang/ hernia bagi bayi lelaki.
Memberi keselesaan/kehangatan kepada bayi selepas mandi.
Panaskan tuam menggunakan seterika. Cuba dulu suhu tuam pada tangan mama, kalau terlalu panas biarkan sebentar supaya suhu turun sebelum tuam pada perut bayi.
LANGKAH TUAMAN
Tuaman biasanya dilakukan selepas bayi mandi dan sebelum dipakaikan lampin.
Mulakan tuaman pada bahagian perut. Jangan tekan kuat sebaliknya sekadar meletakkan dengan sedikit tekanan.
Kemudian teruskan ke bahagian ari-ari, belakang badan, belakang betis dan juga tapak kaki. Ia selalunya hanya mengambil masa satu hingga dua minit bergantung kepada keadaan bayi.
Jika dia kelihatan selesa,tempoh tuaman boleh dipanjangkan sehingga tunggu sejuk.
MAMA DAN PAPA BOLEH BUAT TUAMAN SENDIRI!
Buat sendiri tuam untuk bayi tidaklah sesukar mana. Bahan yang digunakan juga murah dan mudah didapati. Menuam bayi juga banyak manfaatnya, boleh mengelakkan bayi kembung perut. Jom kita tengok cara membuatnya.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat tuam bayi ialah;
1. Kain
2. Benang/reben
3. Biji ketumbar
4. Lada putih
5.Getah
6.Pinggan plastik
7.Gunting dan pensel
*boleh juga tambah habbatusauda dan halba sebagai bahan tuam.
1.Tekapkan pinggan ke atas kain dan tanda sekelilingya. Potong kain.
2.Potong mengikut bentuk bulat yang ditekap. Kain ini perlulah lebih besar kerana ia memudahkan anda membentuk pemegang bunjut nanti.
3.Potong sehelai kain bersaiz kecil sebagai lapik pada bahagian dalam tuam.
4.Masukkan bahan rempah pertama iaitu biji ketumbar pada bahagian tengahnya.
5.Diikuti dengan lada putih.
6.Ikat bunjut tuam dengan getah terlebih dahulu untuk memudahkan. Kemudian iikuti dengan ikatan menggunakan benang. Ikat kemas ye!
7.Buat pemegang yang panjang seperti ini. Ikat kemas supaya tuam mudah untuk dipegang semasa menuam bayi nanti. Dah siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aksi comel Alayna Selma nak ikut Dida pergi kerja ini melucukan. Rapat sungguh dia dengan si ayah, comel sangat gelagatnya. Orang lain termasuk mama nak ambil pun dia tak mahu.
Alayna Selma anak keempat penyanyi Datuk Fazley Yaacob & Datin Azrene Ahmad yang kini berusia 12 bulan amat keletah. Alayna dipanggil dengan panggil Ellie sangat rapat dengan Datuk Fazley yang dipanggil Dida.
Video yang dimuat naik di Instagram Datuk Fazley menunjukkan Ellie yang sedang didukung Datuk Fazley. Ellie yang genap setahun 5 Oktober 2018 lalu sudah pandai mengatakan ‘tak nak’ sebagai menyatakan dia tidak mahu diambil oleh orang lain.
Video tersebut dimuat naik dengan kapsyen berikut;
Puteri bongsu @ellie_alaynaselma dah mula sibuk nak bercakap, dah pandai “Nak, Dida, Mama, Taknak, Abang, Kakak, Duck, Bird..” dan beberapa perkataan lain yang saya tengah usaha nak fahamkan ?, Hari ni saya nak ke office Ellie sibuk nak ikut, habis semua orang dia taknak!
Video comel Ellie ini mendapat tontonan lebih 28k dalam masa 3 jam! Netizen juga geram dengan kecomelan Ellie dan memuji kepandaian Ellie mengatakan ‘taknak’ dengan menggelengkan kepala.
Ellie juga sangat manja dengan Dida, sweet sangat! Banyak video comel Ellie dan Datuk Fazley dimuatnaik di Instagram;
Talasemia adalah penyakit kecacatan darah yang diwarisi. Ciri abnormal pada gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Adakah anda atau ahli keluarga anda pembawa atau penghidap talasemia tanpa disedari? Siapa yang berisiko untuk mendapat talasemia, apakah tanda-tandanya serta rawatan yang boleh dilakukan kepada penghidap talasemia? .
Ikuti rangkuman info mengenai penyakit talasemia dalam rancangan TV Pa&Ma bertajuk ‘Bahaya Talasemia’ yang akan ke udara pada pada Selasa, 16 Oktober 2018 di Astro Prima & Astro Maya HD jam 12 tengah hari dan ulangannya pada 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!