Haiwan peliharaan seperti kucing memberikan kesan positif kepada perkembangan anak kecil. Si cilik Yusuf Iskandar, anak pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang didedahkan dengan kehadiran Bujibu dalam keluarganya sejak kecil lagi membuktikan fakta ini.
Antara kebaikan haiwan peliharaan (animal companion) kepada kanak-kanak dan bayi ialah ia membantu mengajar mereka tentang tanggungjawab, simpati dan empati. Selain itu, ia juga mengukuhkan perkembangan emosi, kognitif, sosial dan fizikal.
Membantu penguasaan motor halus
Membelai dan menyentuh haiwan peliharaan membantu si manja menguasai motor halus. Seperti yang dilakukan oleh Yusuf sambil dibantu oleh Hanis ini.
Komunikasi
Ketika bermain dengan haiwan peliharaan, bayi akan melihat bagaimana kita berinteraksi dengan haiwan peliharaan. Ini secara tidak langsung akan membantu mereka mempelajari kemahiran berbahasa dan komunikasi sejak awal lagi. Seperti mana Hanis lakukan bersama Yusuf kepada Bujibu ini, ia memberikan Yusuf pengayaan tatabahasa dan dan rasa empati.
Sokongan emosi
Haiwan peliharaan akan menjadikan anak selesa dan rasa santai untuk berkongsi sesuatu. Sokongan emosi apabila marah, sunyi dan kecewa. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai hubungan yang baik dengan haiwan peliharaan lebih stabil emosi dan mudah dikendalikan.
Prihatin dan empati
Interaksi dengan haiwan peliharaan akan membantu si manja membesar menjadi individu yang prihatin kepada orang lain. Kajian menunjukkan haiwan peliharaan sangat bagus untuk anak lelaki kerana melaluinya mereka akan belajar untuk prihatin kepada keperluan orang lain. Kalau kanak-kanak perempuan suka main patung mainan dan menjaganya sebagai bayi, tetapi bagi anak lelaki yang sukakan mainan yang lebih teknikal haiwan peliharaan akan membantu mereka memahami keperluan orang lain.Haiwan peliharaan akan jadikan anak seorang yang berempati kepada orang lain dan sensitif kepada keperluan orang sekeliling.
Rasa ingin tahu
Memang normal bila anak kecil penuh dengan rasa ingin tahu. Haiwan peliharaan ialah salah satu perkara yang boleh yang mencetuskan perasaan ingin tahu kepada si manja.
Menguatkan hubungan antara ahli keluarga
Haiwan peliharaan menjadi tumpuan seluruh keluarga dan menjadikan semua ahli dalam keluarga tertumpu kepada haiwan peliharaan mereka. Ini secara tidak langsung akan menguatkan hubungan antara ahli keluarga. Ia juga boleh jadi bonding time seperti yang Hairul dan Yusuf lakukan ini.
Aktiviti Fizikal
Memiliki haiwan peliharaan akan menjadikan salah satu sebab si manja lebih aktif. Mereka akan berlari, merangkak dan berjalan untuk bermain dengan haiwan peliharaan mereka.
Nak tengok banyak lagi? Jangan lupa tonton gelagat Yusuf Iskandar, bersama kucing peliharaan Bujibu Chempel, dalam program realiti keibubapaan, “My Little Heroes – Yusuf & Bujibu” yang akan bersiaran pada setiap hari Rabu, mulai 31 Januari 2018, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Program ini memfokuskan pada kepelbagaian aktiviti yang didedahkan kepada Yusuf untuk menggalakkan perkembangan tumbesarannya dan mengenali personaliti beliau dengan lebih mendalam. Apatah lagi, Yusuf yang kini berusia 1 tahun 7 bulan berada dalam fasa yang penuh dengan perasaan ingin tahu terhadap dunia sekelilingnya.
Lebih bermakna apabila Yusuf akan ditemani oleh kucing peliharaan keluarga beliau, Bujibu Chempel, dalam menjalani setiap aktiviti seterusnya menghasilkan lebih banyak momen-momen menarik mereka berdua yang sememangnya akrab ini.
sumber: Instagram Yusuf Iskandar