Amalan mencukur rambut bayi baru lahir dilakukan oleh ramai ibu bapa pada hari ini. Ramai ibu bapa moden hari ini akan melakukan amalan mencukur rambut bayi dan kenduri aqiqah selepas beberapa bulan bayi dilahirkan.

Acara tersebut sekaligus meuar-uarkan kepada kenalan dan saudara-mara tentang kelahiran bayi dalam keluarga mereka selain melahirkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa.

Tapi ramai papa mama didapati lebih mengikut trend untuk membuat majlis aqiqah dan cukur jambul yang ‘glamour’ dan penuh bertema tanpa mengetahui kebaikan di sebaliknya.

Sebenarnya cukur jambul atau cukur rambut? Biasanya dalam majlis tersebut acara cukur jambul hanya dijadikan simbolik sebelum si bayi akan dicukurkan rambut sepenuhnya selepas itu.

Dalam Islam sendiri sudah menyediakan garis panduan yang betul untuk amalan mencukur rambut bayi afdhal dilakukan pada hari ke-7 selepas dilahirkan, ia sunat diiringi dengan kenduri aqiqah iaitu dua ekor kambing untuk bayi lelaki dan seekor kambing untuk bayi perempuan.

Hukum mencukur rambut hingga botak adalah sunat. Rambut yang dicukur tadi akan ditimbang dan beratnya perlu dikira mengikut harga emas atau perak semasa kemudian disedekahkan jumlahnya kepada fakir miskin.

Bagaimanapun jika anda hanya membuat amalan cukur jambul sahaja ia tidak dikira sunnah bahkan tiada pahala diperoleh daripada amalan tersebut.

Mencukur rambut bayi baru lahir  mempunyai kelebihan terhadap kesihatan bayi sendiri. Jadi, papa dan mama mesti lakukannya ya!

IKLAN

1. Bersihkan daripada kekotoran

Ketika proses lahir, bayi melalui jalan keluar dari rahim ibu yang sudah tentu membawa segala kekotoran yang melekat pada rambutnya. Jadi dengan membuang rambut asal tersebut ia dapat menghilangkan segala kekotaran yang ada.

2. Aliran darah akan meningkat

Apabila kulit kepala bayi sudah bersih, aliran darah ke kepala akan meningkat membuatkan keperluan khasiat yang diperlukan oleh kepala akan mencukupi.

IKLAN

3. Rambut tumbuh sihat

Bila nutrisi yang diperlukan kepala cukup maka rambut juga akan tumbuh lebih lebat, sihat dan kuat.

4. Mengurangkan risiko kerak kepala

Dengan mencukur rambut bayi, masalah kerak kepala dapat dihindarkan. Kerak kepala adalah kepingan kerak berwarna kekuningan dan agak berminyak pada rambut bayi.

5. Mudah mengesan masalah kulit kepala

IKLAN

Bayi kerap berpeluh jadi dia berisiko untuk mendapat masalah kulit kepala seperti bisul, luka atau jangkitan. Oleh itu bila sudah botak, kuranglah risikonya dijangkiti selain mudah untuk mama mengesan sebarang masalah yang ada.

7 Kelebihan Mencukur Rambut Bayi Yang Mesti Diketahui Papa & Mama

6. Visual bayi lebih jelas

Jika bayi mempunyai rambut lahir yang lebat dan panjang mungkin boleh menutup matanya sekaligus menghalang pandangan visualnya lebih jelas. Selain itu rambut panjang juga dibimbangi akan terkena pada kornea mata bayi lalu mengganggu matanya.

7. Bayi lebih selesa

Kadang kala rambut yang panjang dan lebat akan mencucuk-cucuk sekitar telinganya. Akibatnya bayi merasa gatal dan terganggu lalu asyik menangis sahaja.

Bayi yang lahir dengan rambut yang lebat memang nampak comel dan sudah tentu papa dan mama rasa sayang nak potong. Jangan risau sebab rambut bayi akan cepat tumbuh lepas rambut yang asal dibotakkan. Malahan ia tumbuh lebih sihat dan lebat.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI