7 Kesalahan Ini Selalu Menyebabkan Ibu Sakit Kepala Semasa Menyusukan Bayi

Share

Pernah tak anda rasa pening semasa menyusukan bayi? Kenapa boleh ada simptom ini? Takkanlah menyusukan anak boleh menyebabkan ibu sakit kepala.

Sebenarnya ada sesetengah ibu pernah mengalami sakit kepala ketika menyusukan anak. Tetapi jangan salahkan susu ibu kerana menyusukan anak sama sekali tidak akan menyebabkan ibu sakit kepala.

Sakit kepala ketika menyusukan anak atau lebih dikenali sebagai lactation headache dalam terma bab penyusuan boleh berlaku kerana disebabkan oleh turun naiknya hormon oksitosin dalam proses menyusu.

Sakit kepala yang disebabkan hormon oksitosin ini tidak berbahaya. Kejadiannya sama seperti sakit kepala yang dirasakan apabila hormon oksitosin dilepaskan badan ketika orgasme atau semasa kontraksi bersalin.

Selain sebab-sebab yang disebutkan itu, ada beberapa kesalahan yang dilakukan oleh ibu semasa menyusukan bayi sehingga menimbulkan sakit kepala. Antaranya seperti berikut:

1. Kurang minum air masak. Dehidrasi boleh mencetuskan sakit kepala.

2. Terlalu banyak minum air bergas atau kopi. Minuman seperti ini bersifat diuretik atau menahan cairan.

3. Kurang tidur. Kurang tidur dapat menyebabkan tekanan darah turun. Akibatnya timbul sakit kepala.

4. Salah posisi badan semasa menyusukan bayi. Cuba pastikan kedudukan badan sentiasa relaks atau tidak ada yang tegang semasa menyusukan anak.

5. Kerap menyusukan anak sambil berbaring, tetapi tidak bertukar sisi. Kalau anda menyusukan anak sambil berbaring pastikan berganti sisi sekerap mungkin.

6. Stres dan memiliki perasaan tegang semasa menyusukan anak. Minta tolong suami untuk mengurut bahu atau belakang badan anda bagi mengurangkan tekanan.

7. Banyak makan makanan yang dapat menyebabkan migrain. Sekiranya anda memang jenis yang ada migrain, sebaiknya buat sendiri makanan tenusu untuk memantau pengambilan makanan.

Kalau anda pernah melalui pengalaman sakit kepala semasa menyusukan bayi, cubalah elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh memicu masalah tersebut.

 

 

 

Published by
Hasnita Sawal