7 Makanan Jejari Elok Diberi Sebagai Selain Hidangan Makanan Utama. Tapi Sebelum Itu Periksa Bayi Dah Sedia Atau Belum

Share

Makanan jejari  elok diberikan kepada bayi sebagai selain hidangan makanan utama. Bukan boleh terus berikan begitu sahaja, mesti periksa bayi dah sedia atau tidak. Penting ye!

Makanan jejari boleh mula diberikan kepada si kecil yang berusia 7 hingga 8 bulan yang sudah boleh duduk dan menegakkan lehernya. Jom kita lihat apakah bentuk makanan jejari yang sesuai untuk si kecil. Walau apa pun, sentiasa pantau semasa waktu makan. Jangan tinggalkan si menja sendirian untuk mengelakkan insiden tercekik.

Selain keupayaaan duduk dan menegakkan leher, makanan jejari boleh diberikan apabila si manja boleh mencubit atau pincher grasp di mana bayi boleh mencubit dengan ibu jari dan jari telunjuk. Ini penting untuk mengelakkan kekecewaan kepada bayi yang masih belum mahir mencubit atau menngambil makanan yang dihidangkan sendiri.  

7 IDEA MAKANANAN JEJARI UNTUK BAYI

 

BROKOLI

Brokoli adalah cadangan makanan jejari yang bagus. Potong bahagian bersihkan. Stim selama 5 minit. Makanan jejari untuk si kecil perlulah boleh dikunyah hancur dengan gusi. Jadi mama harus memastikan ia dikukus empuk. Boleh dijadikan snek di waktu petang.

TIMUN

Memang timun rangup dan mempunyai kandungan air yang tinggi. Ia perlu dipotong memanjang dan lebar untuk mengelakkan tercekik. Bagus untuk si manja yang sedang ‘gatal gusi’ kerana teksturnya yang liat melegakan gusi yang sedang gatal hendak tumbuh gigi. Sejukkan dahulu lebih baik untuk melegakan gusi.

TEMBIKAI

Tembikai buah yang  lembut dan enak sesuai dijadikan makanan jejari. Si manja tidak susah menggigitnya. Potong dadu dan asingkan bijinya sebelum dihidangkan.

LOBAK MERAH

Lobak merah dipotong dadu dan kukus. Ideal untuk bayi pada peringkat usia 8 hingga 10 bulan. Untuk memeriksa ia empuk atau tidak, cuba picit dengan dua jari, jika ia hancur, bermakna ia sudah empuk. . Bayi 12 bulan ke atas disarankan kerana ia agak keras.

IKAN

Ikan mempunyai tekstur yang lembut dan kaya dengan nutrien. Ikan mengandungi DHA yang tinggi dan penting untuk perkembangan otaknya pada 24 bulan pertama. Anda boleh hidangkan carikkan ikan yang dikukus atau direbus tanpa garam kepada bayi sebagai makanan jejarinya. Hati-hati, asingkan dahulu tulangnya!

KACANG PIS

Kacang pis juga boleh jadi makanan jejari yang baik untuk si manja. Sebaik-baiknya gunakan kacang pis yang segar/ sejuk beku dan elakkan kacang pis yang diawet di dalam tin. Stimkan kacang pis hingga lembut sebelum menghidangkannya kepada si manja. Bayi 12 bulan ke atas disarankan kerana ia agak keras.

TELUR HANCUR

Telur goreng hancur juga salah satu makanan jejari yang boleh dihidangkan kepada si manja. Kenalpasti dahulu sama ada bayi anda alah atau tidak kepada telur sebelum menyajikan telur kepada si kecil.

 

 

Published by
Azma ML