Dr, period saya lewat tapi UPT negatif..Dr, period saya dah 3 bulan tak datang..Dr, period saya yang terakhir 3 tahun lepas..Dr, saya ni dalam setahun tu berkali-kali kena makan ubat lawas period. Kalau tak makan ubat, period tak mai langsung..Dr, ada cara lain tak nak bagi period teratur selain makan ubat perancang? Sebab saya nak try pregnant.

Banyak lagi kes, tapi ni sebahagian saja.

Cuba teka, apa persamaan semua wanita ni? Yes. Mereka ni boleh kata almost 99% overweight. Dan mostly ada symptoms PCOS.

Polycystic ovarian syndrome.
KETAHUI 7 BENDA SCARY BILA ADA PCOS
(No.7 tu nauzhubillah)

  1. Hormon lelaki dia terlebih. Boleh buat jerawat jadi meriah. Bulu badan pun lebat, pernah saya jumpa yang tumbuh misai dan janggut. Yes, wanita tapi ada janggut.
  2. Disebabkan hormon tak seimbang, period pun jadi celaru, ting tong.
  3. Masalah ketidaksuburan sangat common. Susah mengandung.
  4. Dahlah payah sangat pregnant, tapi bila lekat mudah pulak mengandung
  5. Biasanya PCOS selalu jadi pada wanita yang overweight atau obes.
  6. Insulin dia pun ada “weng” skit. Jadi boleh dapat kencing manis. Ada yang datang klinik masalah period, bila kita cek gula terus dapat detect kencing manis.
  7. Dinding rahim boleh jadi terlebih tebal. Sepatutnya dia jatuh sebagai period. Tapi tak turun-turun darahnya. Bahaya tau, ni kita panggil endometrial hyperplasia yang berisiko berubah jadi kanser rahim

Takut kan? PCOS ni boleh cuba diatasi mostly dengan mengubah lifestyle!

  1. TURUNKAN BERAT BADAN.
    Kalau kita dapat turunkan 10% berat pun, lebih 55% period boleh jadi teratur semula
  2. UBAH GAYA PEMAKANAN
    Makan makanan tinggi protein & fiber dan rendah carbo. Elakkan processed food dan makanan “merepek” seperti jajan dan lain-lain.
  3. SENAMAN
    Exercise secara berkala. 5x seminggu. Dapat 20 minit sehari pun ok dah. Buat TABATA ke. Yang mana sesuai dengan kapasiti masing-masing.
  4. PEMERIKSAAN DR
    Buat pemeriksaan Dr, kalau ada kencing manis perlu dapatkan rawatan. Kalau ada jerawat teruk atau bulu badan yang terlalu banyak, ada rawatannya.
  5. RAWATAN KESUBURAN
    Kalau nak mengandung, boleh ke klinik untuk rawatan kesuburan. Jika ubat tak berkesan, mungkin pakar boleh buat rawatan surgical. Tapi seeloknya hamil bila berat badan <80kg untuk elakkan risiko-risiko tertentu semasa hamil.

Sumber: Dr Hana

Tinggalkan Komen