Ajal dan maut di tangan Tuhan. Seorang bayi berusia 18 bulan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh ketika memanjat jeriji tingkap di rumah pengasuh.
Bayi berkenaan, Muhammad Aidil Amsyar Muhammad Hafizuddin disahkan meninggal dunia jam 9.40 pagi ketika dirawat di Unit Kecemasan Hospital Kuala Kangsar.
DIHANTAR IBU JAM 7 PAGI
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim, ibu Noorsyaqinas Rosni, 25, menghantar Muhammad Aidil ke rumah pengasuh pada jam 7 pagi. Bagaimana pun ketika berada di tempat kerja di Pejabat Tanah Kuala Kangsar, ibu ini telah dimaklumkan Muhammad Aidil telah dihantar ke hospital.
DIHANTAR DALAM KEADAAN BAIK
Razali turut memberitahu yang Muhammad Aidil dihantar dalam keadaan baik oleh Noorsyaqinas ke rumah pengasuh. Dia bagaimana pun didatangi ibu pengasuh memberitahu anaknya itu dimasukkan ke hospital
“Ibu mangsa memberitahu menghantar anak lelakinya itu dalam dalam keadaan baik ke rumah pengasuh, namun pada jam 9 pagi ketika sedang bekerja, dia didatangi ibu kepada pengasuh memberitahu anaknya berada di hospital.
BAYI TERJATUH SELEPAS MEMANJAT JERIJI TINGKAP BILIK
Razali memaklumkan Noorsyaqinas diberitahu Muhammad Aidil telah terjatuh selepas memanjat jeriji di rumah pengasuh.
Ads
“Wanita terbabit bergegas ke hospital dan bertemu pengasuh untuk bertanyakan keadaan anaknya dan dimaklumkan bayinya terjatuh selepas memanjat jeriji tingkap dalam bilik.”
MASIH BUKA MATA MASA DIHANTAR KE HOSPITAL
Menurut Razali, pengasuh turut memberitahu Muhammad Aidil masih membuka mata ketika dihantar ke hospital. Pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan si kecil ini termasuk rawatan pernafasan & bekalan oksigen namun tiada tindak balas.
“Doktor yang merawat memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia selepas diberi rawatan pernafasan (CPR) dan dimasukkan bekalan oksigen selama satu jam bermula 8.40 pagi tetapi tiada tindak balas,” katanya.
Ads
TIDAK SAMPAI SEBULAN
Razali berkata, siasatan awal yang dilakukan mendapati Muhammad Aidil telah dihantar ke rumah pengasuh berkenaan sejak awal bulan ini dan dia dihantar pada hari bekerja sahaja.
TIADA UNSUR JENAYAH, ORGAN DALAMAN PUNCA KEMATIAN
Menurut Razali, Noorsyaqinas memaklumkan tiada sebarang kesan tanda kecederaan fizikal pada tubuh bayi itu. Siasatan awal yang dijalankan mendapati Muhammad Aidil hanya bertiga dengan pengasuh yang berusia 24 tahun dan anak pengasuh berkenaan yang berusia setahun.
Pengasuh yang menyedari mangsa tidak memberi reaksi dan dalam keadaan tidak sedar apabila dipanggil, terus bertindak membawa mangsa ke hospital.
Ads
“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada tanda kesan jenayah yang boleh menjurus berlakunya jenayah dan bedah siasat dilakukan mendapati punca kematian disebabkan masalah organ dalaman.
JANTUNG BESAR TIDAK SEPERTI KANAK-KANAK SEUSIANYA
Razali turut memaklumkan jantung Muhammad Aidil juga tidak kelihatan normal kerana sedikit besar tidak seperti kanak-kanak seusianya. Bedah siasat juga tidak menemui sebarang unsur jenayah.
Razali berkata, pihaknya kini masih menjalankan siasatan lanjut berkaitan kecuaian terhadap penjagaan kanak-kanak mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sejak kerajaan mengeluarkan kenyataan bakal mewajibkan penggunaan car seat dalam kenderaan, ada ibu bapa bersetuju dan tak kurang juga yang merungut atas beberapa faktor.
Memang ajal maut dah ditetapkan tetapi penggunaan car seat ini boleh di anggap langkah mencegah ketika kemalangan berlaku pada anak kecil dengan mengelakkan kecederaan teruk.
Menerusi perkongsian di Facebook Afiqa Fiqa, dia telah menceritakan detik cemas yang berlaku padanya sekeluarga apabila kenderaan yang dinaiki bersama suami dan anak terlibat dalam satu kemalangan.
Anak selamat dan tiada kecederaan
Menurutnya, kemalangan yang berlaku 7 Disember lalu telah menyebabkan kereta mereka berpusing beberapa kali sehingga menyebabkan tayar tercabut dan bahagian depan kereta remuk setelah terbabas.
“Alhamdulillah saya hanya mengalami koyakan di bibir, manakala suaminya sakit dada dan bengkak akibat tekanan kuat pada airbag.
“Apa yang membuatkan saya mengucap panjang ketika dalam kemalangan itu anak kami yang berusia 9 bulan memang duduk dalam car seatnya di bahagian belakang dan langsung tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Sewaktu kereta berpusing saya sempat berpusing lihat anak dalam carseat memang dia duduk dengan baik, tak bergerak, cuma kepalanya macam terpusing-pusing kehairanan.
“Masa kereta berhenti anak menangis dalam 5-10 saat sebab terkejut. Sebaik tiba di hospital dia elok je ketawa, main dan minum susu macam biasa. Alhamdulillah ya Allah yang penting anak selamat,” katanya.
Ikhtiar untuk selamatkan nyawa anak
Tambahnya lagi, ibu bapa usahakanlah car seat untuk anak. Saya tak dapat bayangkan kalau saya pangku anak dan duduk di bahagian depan bersamanya, Nauzubillahminzalik.
Kongsi Afiqa lagi, walaupun masih ramai ibu bapa yang berkira-kira untuk menggunakan car seat tapi dia tetap syukur sejak anaknya lahir dah dibiasakan untuk duduk di car seat dan ini juga menjadi asbab dia dan suami masih mampu mengelakkan kejadian tak diingini.
“Perkongsian ini bukan untuk promosikan apa-apa jenis car seat pun tetapi sebagai kesedaran bersama ibu bapa untuk keselamatan anak-anak yang belum faham apa-apa lagi,” jelasnya.
Lazimnya, patung menjadi pilihan ibu bapa kerana mereka yang ada anak kecil memerlukan permainan untuk merangsang perkembangan anak-anak.
Biasa kita dengar, ada ‘sesuatu’ suka menumpang dalam pantung mainan yang cukup sifatnya bertujuan untuk menganggu kehidupan manusia. Namun mungkin ada yang tidak percaya, Puan Nina berkongsi pengalaman apabila kerap diganggu ‘sesuatu’ yang menumpang di dalam anak pantung milik anaknya itu.
Fikir balik macam tak percaya apa yang berlaku. Mintak jauh dah la benda-benda macam ni. Lama dah Hanna berkawan dengan benda dalam patung ni. From Sarawak ikot balik Kelantan 😥.
Allahu.. pesan saya, takyah la beli patung yang cukup sifat macam ni. Sebab senang benda tak elok nak tumpang. Sebelum ni duk baca Story orang lain. Ni kena kat batang hidung sendiri. Sampai tahap Mama kena ganggu.
Jauh betol benda ni merantau ikot mama Hanna.. benda tu nk bagitahu dia tu ada; -tendang katil mama Hanna -tak dapat tido macam ada yang memerhati -uban putih melekat dekat mama -main bukak tutup pintu tandas -bukak air tapi pergi check air tak kuar pon. -Hanna tunjuk-tunjuk masa dalam toilet -bunyi zrapp kat tepi telinga
Tapi tetap positif lagi. Harini paggil ustaz Sebab tak tahan sangat.. yaa benda menumpang dari Sarawak yang tidak bertuan, ingin cari tuan..
Alhamdulillah kali ni Allah kuatkan semangat mama Hanna nak lawan benda macam ni. Tapi sekarang trauma lagi. Tak dapat nak tido sorang 😰.
Nak cerita panjang sangat.. so pesan saya tak payah ada la patung macam ni. Kecian ank-anak.. Dengar cerita macam mengarut kan. Tapi tulah hakikat kena kat diri sendiri.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lain anak, lain ragamnya. Dapat tengok anak-anak makin hari makin bertambah akal dan ragam boleh buatkan ibu bapa tersenyum sendiri. Mana taknya dengan keletah yang melucukan nak marah pun tak jadi.
Lagi satu, jika ibu bapa ada anak yang mempunyai tabiat suka bantal atau kain sebagai peneman, mesti akan tahu penangannya kalau ia terpisah sekejap dengan anak. Ibaratnya seperti kehilangan barang berharga dan boleh buat anak tak lena tidur.
Menyentuh mengenai penangan barang kesayangan anak ini, satu kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu yang tinggal di Sabah melalui akaun TikTok @mia_miyuii menunjukkan tabiat anaknya yang suka sangat dengan buah labu.
Ibaratnya labu adalah peneman setia anak sama ada waktu tidur, masa bermain atau ketika makan dan menonton televisyen. Macam pelik tapi hakikatnya betul.
Apa yang mencuit hati dan menarik perhatian ramai, sebiji labu itu seolah-olah seperti bola yang di bawa ke mana saja. Yang paling lucu masa tidur pun peluk labu seperti memeluk bantal.
Dalam satu video yang dikongsikan, ketika si ibu cuba mengambil labu dari pegangan anak, menangisnya macam kena marah. Bila dihulurkan semula, automatik terus berhenti menangis.
@mia_miyuiiReply to @arisha_shahwan bgun tdur dan masa nak tdur ja dia nangis la kalau d ambil labu tu 😄 sbb kalau mood okey dpt dia ambil balik😂♬ original sound – Mia Yuhaa
Di ruangan komen, ternyata telatah anak kecil ini membuatkan ramai netizen terhibur. Dalam pada itu, ramai juga yang berasa hairan melihat sebiji labu yang boleh jadi kawan karib kanak-kanak berkenaan.
Rata-rata netizen memberi tanggapan mungkin labu itu bentuknya bulat seperti sebiji bola dan selesa dipeluk atau pun masa ibunya mengandung dulu memang suka makan labu. Macam-macam tanggapan yang diberikan. Apa-apa pun aksi si comel ni sungguh mencuit hati.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
"Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan."Kongsi saksi kejadian kemalangan maut...