Biasanya perangai anak berdasarkan apa yang dilihat melalui ibu bapanya sendiri. Ibu bapa adalah orang yang diperhatikan setiap hari oleh anak-anak. Bukan setakat perhati tapi juga meniru tingkah laku ibu bapa. Lebih-lebih lagi jika ada anak yang usianya 3 tahun ke atas, yang dah pandai memerhati dan meniru perlakuan.
Bukan setakat tingkah laku, tapi bahasa dan tutur kata juga turut ditiru. Menakutkan bila difikir-fikir. Yelah kadang-kadang kita sendiri tak dapat kawal perkataan yang keluar dari mulut.
Jadi setiap keputusan yang kita buat, setiap perkataan yang kita ucap, setiap tindakan yang kita ambil semuanya di bawah pemerhatian. Oleh siapa? Anak kita sendiri. Anak kita belajar dari kita. Sama ada positif atau negatif semuanya ditiru. Melalui blog Puan Nurul Aziyana, beliau telah berkongsi maklumat yang berguna untuk peringatan kita sebagai ibu bapa.
7 perangai anak akan belajar atau tiru dari ibu bapa adalah:
Bagaimana cara bapa layan ibu
Jika bapa adalah jenis yang loving, caring, supportive layan ibu dengan hormat dan bermaruah, anak-anak akan buat benda yang sama pada isterinya nanti.
Ads
Tetapi kalau sebaliknya, memang tak mustahil dia akan buat seperti itu pada isterinya. Bila dia di ajar dengan keganasan, tak mustahil dia pun akan jadi ganas.
Bagaimana ibu bapa menguruskan wang
Kalau kita ni jenis boros, belanja ikut suka, anak pun insya-Allah jenis suka boros juga. Tapi kalau kita ajar mereka menyimpan duit sejak kecil dan uruskan wang dengan bijak, sampai besar pandailah mereka uruskan perbelanjaan.
Bagaimana ibu bapa layan orang lain
Kalau kita suka merendah-rendahkan orang dan memarahi dengan bahasa kasar tak mustahil anak akan berperangai sama apabila dah besar. Terutamanya apabila dalam kereta dan kita terperangkap dalam jem, lepas tu maki orang sebab bawa kereta terlalu perlahan.Awas! anak akan dengar apa yang keluar dari mulut kita. Sama juga bila kita herdik orang di restoran kerana servis yang lambat.
Ads
Bagaimana ibu bapa tunjukkan tanda hormat pada orang lebih tua
Jika kita kurang ajar pada orang yang lebih tua dan berumur atau sentiasa melemparkan kata-kata kasar anak-anak kita juga akan membesar dengan kurangnya rasa hormat kepada orang yang lebih dewasa termasuklah kita sendiri sebagai mak ayahnya.
Kejujuran ibu dan ayah
Anak-anak akan tahu kalau kita menipu. Mereka tahu jika kita cakap lain tapi buat lain. Cakap tak serupa bikin. Kalau sentiasa cakap tak betul, lama kelamaan anak-anak juga akan mula menipu kerana mereka sudah terbiasa dengan perlakuan yang tidak jujur.
Ads
Ukuran disiplin dalam menjalani kehidupan
Kalau kita makan banyak, selalu membazir, anak-anak juga akan terbiasa dengan keadaan macam tu. Mereka tidak akan menghargai yang sedikit. Lambat laun perasaan tamak juga mungkin akan bersarang dalam kehidupan mereka.
Walau bagaimanapun, jika kita pilih untuk menjalani kehidupan yang berdisiplin, anak-anak kita akan buat pilihan lebih baik (dan sihat) dengan kehidupan mereka.
Sifat pemurah
Kalau kita selalu terlibat dengan kerja-kerja amal, bersedekah, amalan-amalan baik ini juga akan diikuti oleh anak-anak.Apa lagi kalau kita turut libatkan anak-anak dalam perkara ini contohnya hasil pengumpulan duit tabungan mereka, kita agihkan untuk tujuan sedekah.
Kesimpulannya, rumah adalah sekolah pertama anak. Sebetulnya memang segala personaliti kita lahir dari asuhan dan didikan dari mak dan ayah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun gadget mungkin memiliki fungsi pembelajaran yang bermanfaat untuk kanak kanak, jangan biarkan ia mengambil alih fungsi ‘BERMAIN’.
BERMAIN adalah satu proses penting untuk membantu perkembangan bayi dan kanak kanak kecil. Ia dapat membantu mereka untuk meneroka kemahiran baru dan mengilap idea.
Contohnya, menyusun susunan blok mainan dapat membantu meningkatkan fungsi motor halus dan koordinasi.
Bermain anak patung dan masak masak contohnya , dapat membantu meningkatkan fungsi sosial, emosi dan membina imaginasi.
Bermain layang layang, sorok sorok, bola sepak dapat meningkatkan keupayaan fizikal dan membantu kecerdasan otak.
Apa yang membimbangkan, menurut kajian terkini, kanak kanak hari ini lebih banyak menggunakan gadget untuk ‘bermain’ berbanding mainan sebenar seperti anak patung, lego dan dam.
Penggunaan gadget dan pendedahan kepada skrin gadget secara berlebihan telah terbukti memberi kesan negatif kepada perkembangan bahasa, komunikasi, skil menyelesaikan masalah dan skil motor.
Kita selalu bergurau dengan ibu bapa yang lain nak berbesankan mereka, atau nak jadikan anak mereka yang comel sebagai menantu. Bila tengok je anak kecil yang comel terus nak jadikan menantu. Mungkin kita anggap itu satu gurauan.
Puan Insyirah Solehah telah berkongsi di mana bahaya bila kita bergurau nak jodohkan anak-anak yang masih kecil walaupun hanya sekadar gurauan. Kenapa bahaya? Ikuti perkongsian ini.
Bila dah jadi ibu ni ada masa kita bergurau bila berbual dengan sahabat-sahabat yang dah jadi ibu ayah.
“Anak kau ni boleh buat jadi menantu aku.”
“Kita berbesan lah ya.”
Tak terlepas juga dari gurauan sebegini. Cuma tersentak bila dengar kuliah dari Ustaz Dr Khalid Basalamah (boleh cari di youtube) yang mengingatkan terutama para ayah agar menjauhkan diri dari bergurau senda perihal perkahwinan anak-anak.
Apatah lagi kalau bapa anak perempuan dan bapa anak lelaki “setuju” walaupun secara gurauan ia akan menjadi satu pertunangan. Subhanallah!
3 perkara yang tidak boleh dibuat gurauan:
1. Nikah 2. Talak 3. Rujuk
Nampak main-main, tak sengaja atau saja suka-suka nak bergurau tapi tak sedar dah berlaku syariat di situ.
Dr Khalid ada ceritakan sahabatnya bila ada kawan yang lain bergurau nak jadikan anak perempuannya menantu, sahabatnya diam. Tak jawab apa pun.
Dr Khalid tanya, “kenapa kamu diam?”
Sahabatnya menjawab, “sesungguhnya aku khuatir sekiranya aku mengangguk atau mengatakan setuju, kelak bila anak aku dewasa aku terpaksa meminta izinnya (anak kawannya) kalau dia (anak perempuannya) mahu menikah dengan orang lain.”
Aduh!
Ada rasa macam kena pulas telinga tak? Huhu. Ada perkara boleh dibuat bergurau, ada perkara langsung tak boleh dimain-mainkan.
Kalau nak diikut bergurau entah dah berapa kali anak-anak terpaksa bertunang tanpa kerelaan, phew!
Geramnya rasa bila anak tunjuk perangai tak baik dan biadap. Mungkin ibu bapa tanpa sedar membiarkan anak terdedah kepada punca-puncanya.
Menggunakan perkataan kasar dan negatif, berkelakuan ganas, tidak hormat peraturan, tidak menghormati orang lain dan tiada adab termasuk dalam kategori kurang adab atau biadap.
Mungkin sesetengah ibu bapa merasakan didikan yang baik sudah diberikan tetapi kenapa perkara nenatif tetap berlaku. Wajar bagi anda ‘membedah siasat’ apa yang telah didedahkan kepada si kecil tanpa sedar yang menjadi punca dia biadap.
Dr Taufiq Razif berkongsi 5 punca yang perlu dilihat semula ibu bapa. Sama ada ia didedahkan tanpa sedar atau
Jangan Buat 5 Benda Ni Kalau Tak Nak Anak Jadi Biadap
#1 – Bagi gajet tanpa batasan
Saya perasan anak-anak zaman sekarang ni bukan biadap sebab mereka jahat tapi mereka biadap kerana kurang Interpersonal Skills.
Tiap hari anak kita duk hadap skrin smartphone dan kawan alam maya sampai skill mereka melayan orang luar jadi tumpul
Tu yang mereka nampak biadap, padahal bukan sebab mereka jahat tapi mereka tak reti nak bergaul ( interpersonal skills lemah )
#2 – Bergaduh depan anak
Bila tengah emosi, kadang kita lupa ada mata yang memerhati
Kita lupa anak kita ni CCTV terhebat dunia. Dia akan rakam semua yang dia lihat dan sampai masanya dia akan praktik apa yang dia lihat
#3 – Kita Selalu Abai Anak
Antara penyebab anak jadi biadap ni adalah kerana dia kurang ’emotional connection’ dengan kita
Yela, walaupun mungkin kita berada 1 meter je daripada anak kita tapi fikiran kita menerawang beratus ratus kilometer daripada anak kita
Merasa nak rasa didengari, diperhati, disayangi baru lah perlahan lahan sifat empati dalam diri mereka akan berkembang sempurna
Anak yang tinggi sifat empati ni takkan sanggup biadap pada mak ayahnya sendiri.
#4 – Marah anak secara melampau
Anak umur 0-1 ni ada fasa krisis psikososial yang dipanggil Trust Vs Mistrust
Masa ni la dia belajar untuk percayakan mak ayahnya. Kalau masa tu pun kita dah ‘break trust’ diorang dengan marah melampau lampau tanpa kawalan emosi, rosak lah perkembangan anak kita
Akhirnya anak jadi perengus, suka melenting, sensitif dan keras kepala.
#5 – Kita cuma fokus IQ anak sampai lupa nak asah EQ anak
Kita terkadang fokus sangat nak anak kita cerdik otak ( IQ ) dengan skor exam tapi terlepas pandang pula nak anak cerdik pada emosinya ( EQ )
Maka lahirlah anak anak yang bijak otaknya tapi miskin budi pekerti, keras hati, tak bertimbangrasa, biadap dan tak memahami!
Saya rasa ramai lagi mak ayah yang belum tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.