Semua ibu bapa pastinya ingin tahu rahsia cara menggalakkan anak minat membaca. Ini kerana kebolehan membaca dan menulis sangat diperlukan oleh anak-anak.

Ini kerana ia merupakan pintu utama untuk anak-anak terus mengembangkan daya imaginasinya, berkomunikasi,  dan seterusnya mengembangkan kemahiran membaca  bagi memperolehi pelbagai maklumat baru.

Pengalaman awal anak-anak seperti dibacakan buku cerita kepadanya, banyak bercakap dengannya, melakar, menconteng dan sebagainya sangat membantu anak-anak mengembangkan kemahiran kepada minat membaca.

Bagi tujuan menggalakkan anak-anak supaya suka membaca, berikut di cadangkan 7 tip mudah yang boleh digunapakai oleh ibu bapa atau guru.

7 Rahsia Ajak Anak Minat Membaca Yang Ibu Ayah Boleh Cuba

Tip 1

IKLAN

Sediakan pelbagai bahan bacaan yang sesuai dengan mengikut peingkat umurnya. Anak-anak akan terangsang untuk melihat dan suka kepada buku dan akan mula suka untuk membaca buku.

Tip 2

Jadikan membaca aktiviti yang menyeronokkan. Membacalah bersama anak-anak dalam suasana yang santai dan ceria. Membaca boleh dalam keaadaan berbaring atau duduk bersila atau di mana sahaja yang selesa.

Tip 3

IKLAN

Bagi memulakan aktiviti membaca, biar anak-anak yang memilih buku yang mahu dibacakan untuknnya atau buku yang dia mahu membaca. Bahan bacaaan boleh terdiri dari bahan fiksyen, komik, majalah dan sebagainya. Bahan bacaan yang berbeza akan mengayakan lagi perbendaharaan kata anak-anak.

Tip 4

Semasa membaca buku pada anak-anak, gunakan nada suara, watak dan situasi yang berbeza. Penceritaan sebegini  membuatkan anak-anak teruja apabila mendengarkan kisah dalam buku cerita berkenaan.

Tip 5

IKLAN

Selang-selikan aktiviti melukis atau menulis semasa membaca dengan anak-anak supaya kanak kanak tidak merasa bosan.

Tip 6

Berhenti bila anak-anak mula menunjukkan rasa jemu untuk meneruskan bacaan. Ini kerana anak-anak pra sekolah mudah berada bosan. Rehat sebentar dengan nyanyian atau aktiviti ‘fun’. Kemudian sambung kembali bacaan tersebut.

Tip 7

Jadikan aktiviti membaca sebagai sebahagian dari aktiviti rutin seluruh ahli keluarga dan jadikan bed time story atau kunjungan ke perpustakaan sebagai reading ritual ahli keluarga.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI