Anak jenis kinestetik atau tak boleh duduk diam memang selalu dilabel nakal, suka main sahaja dan tak suka belajar.

Sebenarnya tuduhan tersebut tak berasas sama sekali. Sudahkah anda kenal pasti dan faham karektor anak anda?

Penting ya bagi ibu ayah untuk tahu anak anda jenis yang mana satu sebab kalau anak jenis kinestetik memang semula jadi mereka tak boleh duduk diam dan nampak macam asyik nak main saja.

Bila anda tahu anak jenis kinestetik jadi janganlah letak harapan untuk dia duduk diam dalam tempoh masa yang lama dan buat aktiviti yang memerlukan daya fokus.

Anda perlukan approach yang berbeza untuk tackle mereka supaya suka belajar atau membuat sesuatu aktiviti.

7 Tip Approach Anak Kinestetik Atau Tak Boleh Duduk Diam. Mereka Bukan Tak Suka Belajar Tau!

Perkongsian daripada Puan Ilyani Munsarikh, seorang pendidik dan Pengasas Loppy (Islamic leraning circle for kinesthetic children) mengenai cara tepat tackle anak-anak bersifat kinestetik mesti dijadikan panduan oleh semua ibu ayah.

IKLAN

7 tip memahami kanak-kanak kinestetik. Mereka selalu disalah faham, tidak suka belajar, suka main saja. Tidak dapat fokus, selalu mahu habis cepat.

Sukar duduk lama untuk table task. Sebenarnya mereka perlukan approach yang berbeza.

  1. Belajar dengan baik melalui projek. Buat banyak projek-projek seperti kapal terbang, kereta dan sebagainya daripada bahan kitar semula.

2. Suka aktiviti hands on berbanding melihat saja atau mendengar saja. Contoh                      eksperimen untuk faham sesuatu

7 Tip Approach Anak Kinestetik Atau Tak Boleh Duduk Diam. Mereka Bukan Tak Suka Belajar Tau!

IKLAN

3. Biasanya mereka ‘gifted’ dengan kemahiran bersukan, menari dan pergerakan fizikal.

4. Apabila mereka buat sesuatu secara praktikal, baru mereka mudah faham dan ingat.

5. Suka bergerak-gerak semasa belajar berbanding duduk saja.

IKLAN

6. Suka sentuh sesuatu berbanding lihat saja atau dengar.

7. Bagus koordinasi tangan dan mata.

Diharap selepas anda kenalpasti jenis anak anda maka mudahlah untuk didik dan ajar mereka menggunakan cara yang berbeza.

Ingat, setiap anak itu tak sama karektor mereka jadi approach yang sama tak boleh digunakan untuk semua anak.

Sumber: Ilyani Munsarikh

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI