Bagi ibu bapa yang sibuk, menyediakan puri bayi untuk si kecil setiap hari mungkin sedikit membebankan. Menyejuk bekukan puri bayi adalah alternatif yang terbaik kerana ia boleh bertahan sehingga beberapa bulan lamanya!
Ibu bapa perlu memastikan cara menyejuk bekukan puri bayi adalah betul supaya makanan tidak mudah rosak. Tempoh menyimpan puri bayi juga berbeza bagi makanan-makanan tertentu. Terdapat juga makanan yang tidak sesuai untuk disejuk bekukan.
7 Cara Menyejuk bekukan Puri Bayi
Gunakan dulang ais kiub (ice cube tray) untuk menyimpan puri bayi. Pastikan ia sudah dibasuh bersihdan dikeringkan sebelum digunakan
Sebelum menyejuk bekukan puri, pastikan ia sudah sejuk sekurang-kurangnya pada suhu bilik
Pindahkan puri ke dalam dulang kiub. Masukkan dulang berisi puri itu ke dalam plastik yang boleh di-seal ataututup dulang menggunakan plastik pembalut/foil aluminium dengan kemas. Sekiranya dulang tersebut mempunyai penutup, tutup dengan rapat.
Letakkan dulang berisi puri di dalam peti bahagian sejuk beku.Pastikan suhu dibawah -18°C.
Selepas puri beku sepenuhnya, pindahkan kiub puri tersebut ke dalam plastik
Label puri tersebut. Tulis nama makanandan tarikh masuk peti sejuk beku. Ini sangat penting untuk membantu ibu bapa mengetahui makanan mana yang perlu dimakan dahulu. Konsep ini dikenali sebagai ‘First in, First out’ (FIFO). Makanan yang paling awal masuk peti, perlu digunakan dahulu
Letakkan semula puri yang sudah dilabel ke dalam peti bahagian sejuk beku.
Tip Penggunaan Dulang Kiub Ais
Mengapa dulang kiub ais digunakan? Apabila puri dibekukan dalam dulang ais, ia lebih mudah untuk dicairkan dalam jumlah yang sedikit. Berbanding jika dibekukan dalam bekas biasa, puri pasti sukar dibahagikan dalam jumlah yang kecil semasa ingin mencairkannya.
Dulang kiub ais yang fleksibel adalah pilihan yang baik untuk membekukan puri. Apabila puri beku sepenuhnya, ia lebih mudah untuk dikeluarkan daripada dulang fleksibel berbanding plastik keras.
Sekiranya puri beku susah keluar daripada dulang, siram belakang dulang dengan airsejuk. Keluarkan kiub puri ke atas permukaan yang bersih.
Ads
Dulang kiub ais yang fleksibel diperbuat daripada silikon dan mempunyai penutup
Tempoh Penyimpanan Puri
Bahagian sejuk beku:3-6 bulan (tetapi sebaiknya puri dihabiskan dalam masa 1-3 bulan)
Bahagian chiller (buah/sayuran):2 hari (48 jam). Maksimum 3 hari (72 jam)
Bahagian chiller (daging, ayam, ikan, telur):Maksimum 24 jam
Untuk memastikan kualiti makanan terjaga, sebaik-baiknya makanan sejuk beku disimpan maksimum selama 3 bulan (walaupun ia boleh bertahan sehingga 6 bulan). Semakin cepat ia digunakan, semakin baik. Ini kerana khasiat pada puri boleh berkurangan jika disimpan lama.
Puri yang disimpan dibahagian chiller perlu digunakan secepat mungkin kerana bakteria boleh membiak pada suhu chiller jika disimpan lama.
Ads
Makanan Yang Tak Sesuai Untuk Disejuk Bekukan
Telur rebus
Buah/sayur yang berair (timun, tembikai)
Mayonis
Yoghurt dan keju
Puri yang ingin dibekukan sebaiknya tidak dicampur dengan sebarang air/susu (contoh; puri buah/sayur) semasa ingin dibekukan. Jika ingin menambah air/susu, tambah hanya apabila puri bayi sudah dicairkan.
4 Cara Mencairkan Puri Bayi Yang Sejuk Beku
Puri sejuk beku boleh dicairkan dengan cara berikut;
Ads
1. PANASKAN MENGGUNAKAN MICROWAVE
Cairkan puri di dalam bekas kacakerana plastik yang panas akan membebaskan bahan kimia pada makanan.
Panaskan setiap 15 saat, kacau dan panaskan lagi 15 saat sehingga puri benar-benar cair.
Pastikan haba betul-betul tersebarke seluruh makanan dan tiada poket haba yang panas tersembunyi di sebalik puri. Poket haba boleh menyebabkan lidah bayi melecur.
2. PANASKAN MENGGUNAKAN API
Masukkan puri ke dalam periuk kecil dan panaskan pada api yang paling kecil. Kacau puri supaya haba tersebar.
3. CAIRKAN DENGAN MELETAKKAN PURI PADA CHILLER
Letakkan puri di bahagian chiller dan tunggu semalaman. Pastikan puri ditutup rapatsupaya tidak tercemar dengan makanan lain di dalam chiller.
4. RENDAM BEKAS DI DALAM AIR SUAM
Rendam bekas yang berisi puri di dalam bekas lebih besar yang berisi air suam. Anda juga boleh memanaskan air di dalam periuk besar, dan masukkan periuk kecil berisi puri ke dalam periuk besar.
Tip Mengenai Puri Yang Dah Dicairkan
Jangan simpan atau sejuk beku semula makanan yang sudah dimakan bayi.Makanan tersebut sudah dicemari dengan air liur bayi. Makanan yang tidak dapat dihabiskan perlu dibuang terus.
Lebihan puri bayi yang sudah dicairkan tetapi belum disentuh bayi, boleh disimpan di chiller dalam masa maksimum 3 hari.Pastikan makanan ditutup rapat semasa disejukkan.
Anda tidak disarankan untuk menyejuk-bekukansemula puri bayi yang sudah dicairkan.
Semoga perkongsian berkenaan puri bayi ini bermanfaat kepada para ibu bapa. InsyaAllah
Sumber: zuriat.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya muka bayi selalu berubah. Jadi bila Mat Dan memuat naik gambar anaknya ada yang memberi pelbagai komen.
“Muka Zayne dah iras atok sebelah Mat Dan. Makin besar dah nampak kacukannya.”
Ajar Anak Belajar Banyak Bahasa
Malah ada peminatnya yang menasihatkan Mat Dan untuk menggunakan bahasa Inggeris bila berkomunikasi dengan anaknya kerana bahasa Inggeris dah semakin penting sekarang ini.
Biarpun bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan isteri Mat Dan orang Terengganu, kedua-dua bahasa ini tetap boleh diajar. Tak rugi anak pandai bahasa Melayu, Inggeris dan dialek Terengganu.
Jadi tak mustahil selepas ini anak Mat Dan boleh kuasai banyak bahasa dengan baik. Beruntung sangat Zayne bila besar nanti.
Sumber: Mat Dan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lenguh tangan dan penat memegang bayi bila dia mula melompat-lompat? Ya hampir semua ibu bapa akan menghadapi fasa ini. Tapi kalau tahu faedahnya, mama papa tidak akan mengeluh.
Perkembangan fizikal bayi memang sangat pesat dan pantas. Tidak sekadar itu, kebolehannya dari segi psikologi, fizikal, kognitif, pertuturan sangat pesat!
Mama dan papa mungkin akan keletihan untuk memegang bayi pada fasa ini. Bila diletakkan dalam kedudukan berdiri pasti ia akan terus melompat-lompat! Malah jika didukung, kakinya mula menunjal perut atau dada anda. Jika anda tahu faedahnya melompat ini kepada bayi, tentu anda tidak akan mengeluh lagi!
Keadaan ini selalunya berlaku lebih kurang pada usia bayi 6 hingga 9 bulan. Lazimnya bayi akan mula melompat apabila dipegang secara berdiri.
Melompat adalah sebahagian proses yang untuk menguatkan otot kaki dan paha sebagai persediaannya untuk merangkak dan berjalan. Ia juga menguatkan bahagian belakang bayi.
5 PERKARA MAMA PAPA PERLU TAHU BILA BAYI MELOMPAT
Apabila bayi mula melompat, dia sebenarnya sedang melatih dirinya untuk berjalan dalam satu jangka masa yang panjang.
Aktiviti melompat ini ialah peringkat awal bayi kepada fasa perkembangan seterusnya iaitu berjalan.
#1 PEGANG BAYI & PERMUKAAN KERAS
Pada sekitar usia enam bulan, bayi akan mula melompat apabila berada dalam keadaan berdiri. Jadi, pastikan mama dan papa bantunya dengan memegang pada bahagian ketiaknya dan biarkan dia dia berpijak pada permukaan yang keras dan rata untuk aktiviti ini.
#2 PERSEKITARAN YANG MENYOKONG
Bayi ialah peniru yang baik. Dia suka memerhati dan meniru apa yang dilihat di sekelilingnya. Jadi apabila bayi dalam fasa melompat ini, dedahkan mereka kepada persekitaran yang memperlihatkan kanak-kanak dan bayi lain yang sudah berdiri dan berjalan. Ini sebagai galakan untuknya meniru perbuatan kanak-kanak lain iaitu berdiri dengan sendiri.
#3 PENTING UNTUK MENGUATKAN KAKI
Aktiviti ini bertindak sebagai latihan untuk menguatkan kaki bayi.
#4BERI GALAKAN & PUJIAN
Pada sekitar usia sembilan bulan, kebanyakan bayi sudah boleh berdiri sendiri. Jika dia menunjukkan perkembangan ini, mama dan papa boleh boleh turut serta dalam aktiviti si kecil sebagai galakan.
Berikan pujian kalau dia boleh berdiri sendiri walau pun terjatuh. Galakkan dia terus mencuba. Anda juga boleh cuba untuk memegang mainan dari atas dan biarkan bayi cuba mencapai mainan tersebut dalam keadaan berdiri.
#5 TIKAR YANG LEMBUT
Sediakan tikar permainan yang lembut supaya bayi tidak sakit apabila terjatuh semasa cuba untuk berdiri.
#6 BELAJAR MENGIMBANGI BADAN
Ia melatih otot dan tulang kakinya, belajar mengimbang badan dan berdiri. Lama kelamaan, bayi akan belajar untuk berdiri lebih tegap dan lama seterusnya mampu berpegang pada perabot.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak seperti yang ibu bapa harapkan, bayi anda tidak mampu untuk menyatakan sayang pada anda melainkan dengan beberapa cara lain yang menunjukkan si manja menyayangi anda.
Apabila bayi anda melihat ke dalam mata anda
Bayi-bayi suka melihat muka manusia, dan muka anda adalah kegemarannya. Pandangan emosional yang digunakan untuk menarik perhatian dan kasih dari penjaganya adalah naluri kelangsungan hidup yang kuat. Ia juga adalah permulaan kepada kasih mereka kepada anda kerana mereka sudah mula menyedari pentingnya anda dalam kehidupan mereka.
Apabila bayi anda sudah mula mengenal bau anda
Bayi juga boleh mengenal penjaga mereka dalam masa beberapa minggu dan penjaga tersebut sentiasa menjadi keutamaan mereka. Berbanding memilih berdozen ros wangi dan peluh serta kesan susu pada baju anda, pasti si manja akan lebih tertarik kepada baju anda. Bayi yang berusia seminggu pun akan lebih memilih pengalas penyusuan yang menyerap susu ibu mereka. Untuk para bayi, tiada bau yang lebih enak daripada bau ibu mereka.
Apabila bayi anda senyum kepada anda
Sesetengah orang menganggap senyuman awal bayi hanyalah salah satu daripada refleks tanpa sengaja. Faktanya ialah, kajian yang terbaru menunjukkan bahawa senyuman daripada seorang bayi mempunyai makna yang sangat besar. Senyuman bayi yang pertama kemungkinan adalah perkara yang paling menakjubkan. Ia adalah cara mereka yang tersendiri untuk mengatakan ‘aku cinta padamu’. Antara usia enam hingga lapan minggu, anda boleh menangkap senyuman sosialnya yang sebenar yang bakal menyerikan hari anda.
Apabila bayi anda cuba untuk bercakap dengan anda
Bunyi suara terawal yang keluar daripada bayi anda akan ditujukan kepada anda atau penjaganya yang dipercayai. Bahasa awal ini (dikenali sebagai protoconversation) akan digunakan untuk membina hubungan dengan anda, jadi balas percakapan mereka. Tanpa sedar, anda dan bayi sedang membina platform untuk perbualan yang baik di kemudian hari.
Apabila bayi anda berkongsi minat dengan anda
Jika bayi melihat anda sangat fokus dengan perkara yang anda lakukan, si manja akan cuba menirunya. Tindakan meniru ini dirujuk sebagai perhatian mutual. Ia bermula sepantas usia beberapa bulan, tetapi ia lebih ketara semasa usia 9 hingga 12 bulan. Ini menunjukkan bayi anda menyebelahi anda dan memberi perhatian akan apa yang anda lakukan.
Apabila bayi anda menyorok di belakang anda
Jangan terlalu terkejut jika anak anda melakukannya apabila ada seseorang yang baru dilihatnya muncul tiba-tiba. ‘Kegelisahan melihat orang asing’ ialah fasa yang normal. Jika bayi anda mencari perlindungan dari anda, ini bermakna mereka menyayangi anda dan percaya anda boleh memastikan mereka sentiasa selamat.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.