Bagi ibu bapa yang sibuk, menyediakan puri bayi untuk si kecil setiap hari mungkin sedikit membebankan. Menyejuk bekukan puri bayi adalah alternatif yang terbaik kerana ia boleh bertahan sehingga beberapa bulan lamanya!

Ibu bapa perlu memastikan cara menyejuk bekukan puri bayi adalah betul supaya makanan tidak mudah rosak. Tempoh menyimpan puri bayi juga berbeza bagi makanan-makanan tertentu. Terdapat juga makanan yang tidak sesuai untuk disejuk bekukan.

7 Cara Menyejuk bekukan Puri Bayi

  1. Gunakan dulang ais kiub (ice cube tray) untuk menyimpan puri bayi. Pastikan ia sudah dibasuh bersihdan dikeringkan sebelum digunakan
  2. Sebelum menyejuk bekukan puri, pastikan ia sudah sejuk sekurang-kurangnya pada suhu bilik
  3. Pindahkan puri ke dalam dulang kiub. Masukkan dulang berisi puri itu ke dalam plastik yang boleh di-seal ataututup dulang menggunakan plastik pembalut/foil aluminium dengan kemas. Sekiranya dulang tersebut mempunyai penutup, tutup dengan rapat.
  4. Letakkan dulang berisi puri di dalam peti bahagian sejuk beku.Pastikan suhu dibawah -18°C.
  5. Selepas puri beku sepenuhnya, pindahkan kiub puri tersebut ke dalam plastik 
  6. Label puri tersebut. Tulis nama makanandan tarikh masuk peti sejuk beku. Ini sangat penting untuk membantu ibu bapa mengetahui makanan mana yang perlu dimakan dahulu. Konsep ini dikenali sebagai ‘First in, First out’ (FIFO). Makanan yang paling awal masuk peti, perlu digunakan dahulu
  7. Letakkan semula puri yang sudah dilabel ke dalam peti bahagian sejuk beku.

7 Tip Sejuk Beku Puri Bayi Supaya Tahan Lebih Lama Dan Tak Mudah Tercemar

Tip Penggunaan Dulang Kiub Ais

Mengapa dulang kiub ais digunakan? Apabila puri dibekukan dalam dulang ais, ia lebih mudah untuk dicairkan dalam jumlah yang sedikit. Berbanding jika dibekukan dalam bekas biasa, puri pasti sukar dibahagikan dalam jumlah yang kecil semasa ingin mencairkannya.

Dulang kiub ais yang fleksibel adalah pilihan yang baik untuk membekukan puri. Apabila puri beku sepenuhnya, ia lebih mudah untuk dikeluarkan daripada dulang fleksibel berbanding plastik keras.

Sekiranya puri beku susah keluar daripada dulang, siram belakang dulang dengan airsejuk. Keluarkan kiub puri ke atas permukaan yang bersih.

IKLAN

Dulang kiub ais yang fleksibel diperbuat daripada silikon dan mempunyai penutup

Tempoh Penyimpanan Puri

  • Bahagian sejuk beku:3-6 bulan (tetapi sebaiknya puri dihabiskan dalam masa 1-3 bulan)
  • Bahagian chiller (buah/sayuran):2 hari (48 jam). Maksimum 3 hari (72 jam)
  • Bahagian chiller (daging, ayam, ikan, telur):Maksimum 24 jam

Untuk memastikan kualiti makanan terjaga, sebaik-baiknya makanan sejuk beku disimpan maksimum selama 3 bulan (walaupun ia boleh bertahan sehingga 6 bulan). Semakin cepat ia digunakan, semakin baik. Ini kerana khasiat pada puri boleh berkurangan jika disimpan lama.

Puri yang disimpan dibahagian chiller perlu digunakan secepat mungkin kerana bakteria boleh membiak pada suhu chiller jika disimpan lama.

7 Tip Sejuk Beku Puri Bayi Supaya Tahan Lebih Lama Dan Tak Mudah Tercemar

IKLAN

Makanan Yang Tak Sesuai Untuk Disejuk Bekukan 

  • Telur rebus
  • Buah/sayur yang berair (timun, tembikai)
  • Mayonis
  • Yoghurt dan keju

Puri yang ingin dibekukan sebaiknya tidak dicampur dengan sebarang air/susu (contoh; puri buah/sayur) semasa ingin dibekukan. Jika ingin menambah air/susu, tambah hanya apabila puri bayi sudah dicairkan.

7 Tip Sejuk Beku Puri Bayi Supaya Tahan Lebih Lama Dan Tak Mudah Tercemar

4 Cara Mencairkan Puri Bayi Yang Sejuk Beku

Puri sejuk beku boleh dicairkan dengan cara berikut;

IKLAN

1. PANASKAN MENGGUNAKAN MICROWAVE

  • Cairkan puri di dalam bekas kacakerana plastik yang panas akan membebaskan bahan kimia pada makanan.
  • Panaskan setiap 15 saat, kacau dan panaskan lagi 15 saat sehingga puri benar-benar cair.
  • Pastikan haba betul-betul tersebarke seluruh makanan dan tiada poket haba yang panas tersembunyi di sebalik puri. Poket haba boleh menyebabkan lidah bayi melecur.

2. PANASKAN MENGGUNAKAN API

Masukkan puri ke dalam periuk kecil dan panaskan pada api yang paling kecil. Kacau puri supaya haba tersebar.

3. CAIRKAN DENGAN MELETAKKAN PURI PADA CHILLER

Letakkan puri di bahagian chiller dan tunggu semalaman. Pastikan puri ditutup rapat supaya tidak tercemar dengan makanan lain di dalam chiller.

4. RENDAM BEKAS DI DALAM AIR SUAM

Rendam bekas yang berisi puri di dalam bekas lebih besar yang berisi air suam. Anda juga boleh memanaskan air di dalam periuk besar, dan masukkan periuk kecil berisi puri ke dalam periuk besar.

Tip Mengenai Puri Yang Dah Dicairkan

  • Jangan simpan atau sejuk beku semula makanan yang sudah dimakan bayi.Makanan tersebut sudah dicemari dengan air liur bayi. Makanan yang tidak dapat dihabiskan perlu dibuang terus.
  • Lebihan puri bayi yang sudah dicairkan tetapi belum disentuh bayi, boleh disimpan di chiller dalam masa maksimum 3 hari.Pastikan makanan ditutup rapat semasa disejukkan.
  • Anda tidak disarankan untuk menyejuk-bekukansemula puri bayi yang sudah dicairkan.

Semoga perkongsian berkenaan puri bayi ini bermanfaat kepada para ibu bapa. InsyaAllah

Sumber: zuriat.my

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI