Timbalan Menteri pengangkutan, YB Dato’ Hj. Kamaruddin di pelancaran kempem Malaysia Save Our Future yang digerakkan oleh Tateh telah mengumukan cadangan bahawa orang ramai diwajibkan memasang kerusi keselamatan kanak-kanak pada setiap kenderaan peribadi mereka yang akan berkuat kuasa pada tahun 2020.
Ini bagi memastikan setiap kanak-kanak berada dalam keadaan yang selamat jika berlaku sebarang kemalangan. Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) 73% kanak-kanak yang terlibat dengan kemalangan maut di jalan raya adalah disebabkan pengabaian ciri keselamatan oleh ibu bapa.
Ads
Melalui sidang media, Dato’ Hj. Kamaruddin menyatakan bahawa mengikut statistik kemalangan jalan raya yang melibatkan kereta pada tahun 2017, seramai 35 orang kanak-kanak dibawah umur 5 tahun kebawah maut. Ini amat menyedihkan dan pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk melakukan kempen sepanjang 2019 untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan kerusi keselamatan bayi.
Ads
Badan bukan kerajaan juga turut mengadakan kempen kesedaran kepada orang ramai. Tateh bersama Child Passenger Safety Malaysia (CPSM), telah bergerak aktif dalam memberikan latihan dan kelas kepada hospital-hospital kerajaan mahupun swasta.
Ads
Kempen Malaysia Save Our Future, akan diteruskan dengan berkolaberasi bersama Plus Malaysia Berhad. Pemilihan 4 lokasi perhentian lebuhraya R&R ialah Dengkil Utara, Gunung Semanggul, Seremban dan Tapah.
Program seperti ini bertujuan untuk melihat dan membantu orang ramai tentang pemasangan Child Safety Seat dengan betul dan selamat kerana terdapat ramai ibu bapa yang tidak tahu cara pemasangan kerusi ini dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepanjang cuti sekolah ni, mama papa harus bijak merancang aktiviti yang menarik agar anak-anak tidak merasa bosan terperuk di rumah. Mungkin ada yang bawa anak pulang ke kampung atau pergi bercuti satu famili. Namun, mungkin disebabkan kekangan tertentu boleh jadi agak sukar untuk ke mana-mana pada waktu cuti persekolahan ini.
Bila duduk di rumah, tidak dinafikan anak-anak akan merasa bosan. Untuk mengelakkan mereka terlalu ‘sibuk’ dengan gajet, apa kata mama papa ajak anak-anak menonton televisyen bersama? Biarpun nampak remeh, tetapi sebenarnya masa yang dimanfaatkan bersama anak-anak dengan menonton TV dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Pilih Rancangan Yang Selamat untuk Tontonan Anak-Anak
Melalui tontonan di TV juga sebenarnya dapat mempengaruhi perkembangan mental dan emosi anak-anak. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mama papa memilih rancangan yang selamat untuk tontonan mereka. Menonton rancangan yang mempunyai nilai-nilai murni sedikit-sebanyak dapat membantu pembentukan akhlak anak.
Bagi memastikan rancangan yang ditonton anak selamat dan baik untuk mereka, mama papa haruslah memilih saluran TV yang betul. Oleh itu, pastikan saluran Astro menjadi pilihan anda sekeluarga.
Di Astro, ada saluran 24 jam untuk kanak-kanak No.1 di Malaysia yang menawarkan program-program animasi, komedi, permainan dan aksi yang berkualiti, khas untuk hiburan kanak-kanak di Malaysia.
Banyak Kartun Menarik, Anak Pasti Suka!
Untuk pengetahuan mama papa, pelbagai siri kartun menarik yang akan menemui anak-anak sepanjang cuti persekolah ini:
Upin Ipin
Kisah kembar Upin dan Ipin yang pasti mencuit hati bersama rakan-rakan mereka, Kak Ros, Opah, Tok Dalang dan ramai lagi. Bukan saja menghiburkan tetapi banyak nilai murni persahabatan yang boleh dipelajari.
Mechamato
Kini Amato dan Mechabot kembali untuk episod 9 sehingga finale (Episod 14)! Apa agaknya yang cabaran yang bakal mereka lalui bersama rakan-rakan yang lain?
Kungfu Panda
Jom, sama-sama mengembara bersama empat anak panda yang bertenaga: Nu Hai, Bao, Jing dan Fan Tong! Apabila mereka semua terjatuh ke dalam gua di Panda Village, anak-anak panda ini tidak tahu yang mereka bakl menyerap chi (atau tenaga) dari pahlawan kungfu purba dan menjadikan mereka sebagai Four Constellations.
Lagenda Puteri Qaseh
Di kerajaan Kayajaya, seorang gadis biasa bernama Bella terkejut apabila mendapat tahu yang dirinya adalah pewaris kepada Almarhum Sultan dan Permaisuri di sana. Untuk memastikan dirinya dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan istana dan rakyat Kayajaya, Bella meminta bantuan dari seorang Dukun. Mahu menyelamatkan kerajaan itu dari musnah, Bella mendapati tiada kuasa sekuat hati yang baik untuk melakukannya.
Bukan saja mempunyai jalan cerita yang menarik serta pelbagai watak yang pasti akan disukai anak-anak, setiap siri kartun ini mempunyai kebaikan tersendiri yang akan menggalakkan mereka untuk mempelajari nilai-nilai murni yang diketengahkan.
Apa tunggu lagi, jom dapatkan PEK ENTERTAINMENT sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pam payudara bebas tangan memudahkan para ibu superbusy tidak kira sama ada yang bekerja di pejabat atau di rumah. Pam payudara adalah keperluan mesti ada bagi setiap ibu menyusu.
Terdapat banyak pam payudara di pasaran. Pasti ramai ibu menyusu keliru apa kriteria utama yang mesti dipertimbangkan apabila memilih pam payudara.
Sebelum terpengaruh dengan pelbagai tawaran promosi menarik jenama pam payudara, ibu perlu mengambil kira beberapa perkara penting ini:
Faktor paling penting apabila memilih pam payudara adalah memilih saiz yang betul. Kebanyakan pam payudara mempunyai saiz yang standard iaitu 24mm atau 28mm.
Bagaimanapun kebanyakan ibu menyusu mempunyai saiz antara 17mm ke 28mm bergantung kepada ukuran mereka. Kenapa penting ibu menyusu mendapatkan saiz yang betul sebelum membeli pam payudara?
Ia untuk memastikan areola tidak tidak disedut kuat yang boleh menyebabkan luka pada puting atau mengurangkan pengaliran susu ibu.
Faktor kedua seharusnya memudahkan. Ibu menyusu patut membeli pam yang sekurang-kurangnya bertahan 3-4 sesi setiap masa. Memudahkan ibu mengepam bila-bila masa di mana-mana ketika di pejabat atau di rumah.
Dalam dunia moden serba maju, sudah tentu ibu menyusu juga perlu menaiktaraf pam payudara yang lebih berteknologi dan memudahkan. Contohnya penggunaan pam payudara bebas tangan yang membolehkan anda mengepam di mana-mana tanpa dilihat oleh orang lain.
Faktor ketiga seharusnya pam tersebut didatangkan dengan bateri boleh caj, jadi ibu tak perlu kalut mencari plug point setiap kali hendak mengepam susu.
Faktor keempat pula, sudah tentu menang pada rekaan pam terkini yang lebih kecil, kompak dan berkuasa. Ia sudah tentu memudahkan urusan harian anda sebagai ibu yang sentiasa sibuk.
Faktor terakhir, ibu menyusu disarankan memilih pam payudara yang menawarkan ciri penyesuaian mengikut paras kesakitan yang berbeza.
Kenapa ada ibu menyusu sakit puting setiap kali mengepam?
Pernahkah anda mengalami situasi yang tidak selesa ini? Ia hanya akan mengakibatkan ibu rasa tertekan untuk meneruskan tugas mengepam susu.
Ia berlaku disebabkan banyak faktor. Antaranya adalah:
Saiz breast shield/flange yang tidak sesuai dengan puting payudara.
Puting payudara ibu jenis terlalu sensitif. Disarankan ibu untuk berhenti mengepam atau menyusukan anak seketika dan buat marmet sehingga puting kembali sembuh.
Ada ibu mempunyai paras kesakitan yang berbeza. Contohnya, fasa kesakitan ibu mungkin maksimum tetapi lompatan dari tahap 1 hingga 3 ketika menggunakan pam payudara mungkin boleh menyebabkan kesakitan yang keterlaluan.
Oleh itu adalah disarankan ibu memilih pam payudara yang mempunyai tahap penyesuaian yang lebih banyak supaya kekuatan perubahan vakum tidak terlalu tinggi dan menyebabkan kesakitan.
Kelebihan memilih pam payudara bebas tangan
Kini ramai ibu milenial yang menyusukan anak lebih selesa memilih pam payudara bebas tangan yang ternyata mempunyai kelebihan dan memudahkan berbanding pam payudara konvensional.
Dengan lebih mudah dibawa ke mana-mana, senang, bersaiz padat, ibu menyusu tak perlu lagi menggunakan coli khas untuk tugas mengepam susu. Ibu boleh terus masukkan sahaja ke dalam coli, mula mengepam dan teruskan tugas harian anda seperti biasa.
Jika anda sedang mencari-cari pam payudara rekaan moden bebas tangan, Arley adalah jawapannya. Arley kini menawarkan produk terbaharunya versi dinaik taraf iaitu Arley Z10 plus.
Ia mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar dari 800 mAh hingga 1000 mAh, kini mempunyai 12 tahap mod ekspresi dan mengurut berbanding hanya 9 mod pada versi yang lama. Ini menjadikan ia lebih mudah disesuaikan mengikut keperluan ibu.
Dari dual mode, Arley Z10 Plus telah dinaik taraf menjadi tri-mode iaitu ia dilengkapi dengan mod mengurut, ekspresi dan juga mod auto – Mod automatik adalah urutan dan ekspresi.
Ia akan dimulakan dengan mod mengurut dan secara beransur-ansur meningkat dari tahap 1-6. Selepas tahap 6, ia akan beralih ke mod ekspresi dari tahap 7 hingga 8 dan tetap di tahap 8 sehingga sesi berhenti secara automatik selepas 30 minit.
Melihat kepada kriteria yang ada pada Arley Z10 Plus, ibu tak perlu rasa ragu-ragu lagi untuk memilihnya. Ramai ibu menyusu daripada kalangan frontliner yang sentiasa sibuk mengakui pam payudara Arley banyak membantu memudahkan urusan mengepam susu ibu.
Tak kira sama ada ketika sedang merawat pesakit atau berada dalam dewan bedah, mereka cuma perlu selit sahaja pam dalam coli dan bila tiba masa mengepam, on sahaja butang mengepam.
Arley Z10 Plus membantu ibu menyusu untuk multi task tugasan harian. Sambil pam susu, bolehlah bermain dengan si manja, memasak mahupun bekerja. Mudah, selit & pam sahaja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gelagat comel anak pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza iaitu Isaac Raees sering kali mencuri tumpuan wargamaya dengan kepetahannya.