Timbalan Menteri pengangkutan, YB Dato’ Hj. Kamaruddin di pelancaran kempem Malaysia Save Our Future yang digerakkan oleh Tateh telah mengumukan cadangan bahawa orang ramai diwajibkan memasang kerusi keselamatan kanak-kanak pada setiap kenderaan peribadi mereka yang akan berkuat kuasa pada tahun 2020.

73 Kematian Kanak-Kanak Pada Tahun 2017! Ibu Bapa Wajib Memasang Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Menjelang 2020!

Ini bagi memastikan setiap kanak-kanak berada dalam keadaan yang selamat jika berlaku sebarang kemalangan.  Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) 73% kanak-kanak yang terlibat dengan kemalangan maut di jalan raya adalah disebabkan pengabaian ciri keselamatan oleh ibu bapa.

IKLAN

Melalui sidang media, Dato’ Hj. Kamaruddin menyatakan bahawa mengikut statistik kemalangan jalan raya yang melibatkan kereta pada tahun 2017, seramai 35 orang kanak-kanak dibawah umur 5 tahun kebawah maut. Ini amat menyedihkan dan pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk melakukan kempen sepanjang 2019 untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan kerusi keselamatan bayi.

73 Kematian Kanak-Kanak Pada Tahun 2017! Ibu Bapa Wajib Memasang Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Menjelang 2020!

IKLAN

Badan bukan kerajaan juga turut mengadakan kempen kesedaran kepada orang ramai. Tateh bersama Child Passenger Safety Malaysia (CPSM), telah bergerak aktif dalam memberikan latihan dan kelas kepada hospital-hospital kerajaan mahupun swasta.

73 Kematian Kanak-Kanak Pada Tahun 2017! Ibu Bapa Wajib Memasang Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Menjelang 2020!

IKLAN

Kempen Malaysia Save Our Future, akan diteruskan dengan berkolaberasi bersama Plus Malaysia Berhad. Pemilihan 4 lokasi perhentian lebuhraya R&R ialah Dengkil Utara, Gunung Semanggul, Seremban dan Tapah.

Program seperti ini bertujuan untuk melihat dan membantu orang ramai tentang pemasangan Child Safety Seat dengan betul dan selamat kerana terdapat ramai ibu bapa yang tidak tahu cara pemasangan kerusi ini dengan baik.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI