Seorang bapa kepada 10 anak dari Kampung Parit Lapis Hassan, Simpang Renggam, Kluang tidak mampu menahan sebak apabila lapan daripada anaknya akhirnya menerima sijil kelahiran dan kad pengenalan selepas dibantu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Zainal Abidin Miskan, 51, yang turut ditemani isterinya, Jannaton Naimah Rohani, 36, dilihat sujud syukur sambil menangis di atas pentas tatkala penantian panjang keluarganya berakhir.
Menurut pasangan ini, anak-anak mereka berusia antara dua hingga 14 tahun sebelum ini tidak memiliki sijil kelahiran kerana berdepan pelbagai halangan termasuk kerap berpindah dari satu tempat ke tempat lain.
“Syukur alhamdulillah, hari ini lapan anak saya dapat sijil kelahiran. Rasa hilang sudah satu beban besar kami sekeluarga,” kata Zainal Abidin yang masih terharu dengan perkembangan itu.
Ads
Beliau menjelaskan, dua anak sulungnya yang berumur 17 dan 15 tahun sudah pun mempunyai sijil kelahiran, manakala lapan yang lain kini akhirnya mendapat dokumen pengenalan diri yang sangat penting untuk masa depan mereka.
“Terima kasih banyak pihak yang bantu saya sekeluarga termasuk ketua kampung, pelbagai agensi kerajaan dan JPN.”
Ads
“Kita ini sudah hidup susah, saya bekerja kampung manakala isteri tidak bekerja. Biarlah anak-anak pergi sekolah untuk membantu ubah keluarga dengan ilmu,” katanya ketika ditemui selepas Program Menyemai Kasih Rakyat MEKAR Madani, Rakyat Disantuni di sini, hari ini.
Ads
Penyerahan sijil disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (Pengurusan), Raja Azlal Raja Azman.
Sementara itu, Raja Azlal berkata, program Mekar itu dimulakan sejak 2020 ketika negara dilanda pandemik Covid-19.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Menjadi seorang ayah adalah momen terindah dalam hidup saya.” Begitu luahan Datuk Sri Aliff Syukri yang turut terpilih sebagai penerima Pa&Ma Gala Award 2023.
Menerusi sesi live penerima award itu, Datuk Aliff turut berkongsi cerita kepayahannya membesarkan keenam-enam anaknya yang penuh dengan cabaran.
Walau dikecam dan dihina oleh masyarakat, namun akui Datuk Aliff lagi, semua usaha yang dilakukannya hari ini demi keenam-enam cahaya matanya.
“Saya berkahwin pada usia cukup muda, iaitu 20 tahun. Menjadi seorang ayah pada usia cukup muda bukanlah senang.
“Sebab mak saya tak pernah ajar erti kemewangan, pandai-pandailah cari duit sendiri lepas dah kahwin. Itu yang mak saya pesan lepas kahwin.
“Jadi ayah kepada enam cahaya mata bukan mudah. Tambah pula anak saya yang keenam ni paling sukar dijaga. Lepas maghrib saja dia dah mula menangis. Memang mencabar walaupun saya ada pembantu untuk setiap anak.
“Saya boleh tabik kepada mak ayah diluar sana yang bekerja dan hantar anak pada pengasuh dan balik kerja uruskan anak lagi. Saya memang respect,” ujar Datuk Aliff berkongsi memulakan cerita.
Ayah yang tegas dan garang
Disebalik kontroversi demi kontroversi yang tular hingga membuatkan ramai yang pandang sebelah mata, Datuk Aliff Shukri memperlihatkan sisi kebapaan yang selama ini tidak pernah dikongsikannya.
Malah akui Datuk Aliff lagi, di rumah dia adalah bapa yang paling tegas dengan anak-anak.
“Usia saya dah 33 tahun, saya terkejut anak-anak saya dah semakin besar. Yang sulung dah 16 tahun, anak kedua pula 14 tahun. Sebelum ini tak sedar diri.
“Saya setiap hari wajib solat Maghrib dan Isyak berjemaah dengan anak-anak walaupun keadaannya huru hara. Setiap minggu saya akan buat tazkirah.
“Satu hari Ces (Khadeja) bagitau saya dia tak boleh sembahyang, saya mengamuk waktu itu. Main-main nak, birthday party nak pergi tapi tak nak sembahyang. Mana saya tak mengamuk tapi rupanya…hal perempuan.
“Waktu itu saya terkejut, rupanya anak saya dah besar. Dulu saya gomol-gomol dia waktu kecil, ganyang-ganyang kalau bangun lambat. Rupanya dia kini dah besar.
“Saya ni memang garang sangat dengan anak-anak tapi Tuhan saja tahu betapa sayangnya saya pada anak-anak.
“Sekarang dah besar kalau nak ke mana-mana saya akan pastikan ada pengawal ikut, jaga batas dia. Saya memang nak anak saya jadi orang yang baik-baik,” ujarnya lagi.
Amat menghargai penghargaan dari Pa&Ma yang mengangkat martabat seorang bapa, akui Datuk Aliff lagi, sebolehnya dia mahu melihat anak-anaknya berjaya dan patuh dengan ajaran agama.
“Saya ni orang susah, duduk rumah flat. Bila ada anak, saya tak malu nak bagitau semua saya gagal SPM, tak habis baca Al-Quran, ada penyakit disleksia, tak pandai Bahasa Ingeris tapi anak-anak saya, saya nak mereka berjaya.
“Saya hantar mereka ke sekolah mengaji, Islamic School, belajar Mandarin, kelas Bahasa Arab sebab saya tak nak jadi macam saya.
“Saya tak nak anak anak jadi macam saya. Tak buat benda jahat, patuh solat dan itu sudah buat hidup saya lengkap,” luah Datuk Aliff lagi.
Sebelum mengakhiri sesi live, Datuk Aliff turut menitipkan ucapan buat anak dan isteri.
“Menjadi seorang ayah adalah momen paling indah buat saya. Saya tak tau nak bagitau macam mana strugglenya relationship saya dengan isteri. Bukan satu perkara yang senang.
“Doa saya kepada semua yang ada anak, sayangilah isteri, anak-anak, bahagiakan mereka dan rasakan nikmatnya. Saya rasa cukup bertuah ada ibu, isteri dan anak-anak yang menyokong hidup saya.
“Cerita kita hanya kita tahu, untuk memiliki keluarga yang bahagia ini, tanpa perlukan pengorbanan yang kuat daripada isteri agak mustahil buat saya.
“Buat anak-anak abah, abah minta maaf kalau selama ini didikan abah ada yang terpukul, termarah, ada yang terhina, abah buat ni semua demi anak-anak abah. Biar orang hina tapi abah buat ini untuk anda semua,” kata Datuk Aliff sebak.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Usahawan Ridzuan Ridzokumura meluahkan rasa syukur atas kurniaan seorang cahaya mata yang sentiasa mengutamakan kewajipan sebagai umat Islam. Menerusi perkongsian di Instagram, beliau memuat naik momen anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura, yang sedang menunaikan solat dengan penuh tertib.
Menurut Ridzuan, Sky tidak pernah meninggalkan solat walau dalam apa keadaan sekali pun. Malah, meskipun pulang lewat dari sekolah, Sky tetap menunaikan solat lima waktu tanpa culas.
“Alhamdulillah, walaupun Sky balik lambat dari sekolah, dia tak pernah sekali pun tinggalkan solatnya. Lima waktu penuh, tak pernah kurang, setiap hari dia tunaikan dengan penuh tertib. Hati saya rasa begitu syukur dan gembira memiliki anak sebaik ini, anak yang betul-betul bertuah,” katanya.
Selain itu, Ridzuan turut berkongsi keyakinan bahawa doa putera tunggalnya sentiasa menyelitkan nama arwah ibu tercinta, Allahyarhamah Akiko Okumura.
“Setiap kali selesai solat, saya tahu, dalam doanya pasti ada nama ibunya. Dia tak pernah lupa untuk mendoakan arwah ibunya,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Akiko disahkan meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari lalu. Kejadian itu meninggalkan kesan mendalam buat Ridzuan dan anaknya, namun kekuatan doa serta pegangan agama menjadi penguat semangat mereka.
Untuk rekod, Ridzuan dan Akiko mendirikan rumah tangga pada Februari 2009. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura, yang kini menjadi penguat hati ayahnya dengan sikap taat beribadah dan kasih sayang tidak berbelah bahagi terhadap ibunya yang telah pergi menghadap Ilahi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemelut rumah tangga pelakon popular, Puteri Sarah Liyana dengan suami, pengarah popular, Syamsul Yusuf bakal terlerai pada hari ini setelah hampir 5 tahun bertahan dalam kemelut rumah tangga.
Namun, ibunda syamsul yusof iaitu Datin Patimah meluahkan rasa sedih di atas keputusan tersebut memandangkan cucu-cucunya masih lagi kecil dan tidak memahami apa yang berlaku.
Datin Patimah menjelaskan bahawa, cucu lelakinya, Syaikul Islam sudah terbiasa dengan keadaan ini dan tanpa ayah di sisi namun tidak bagi Sumayyah yang masih kecil dan belum faham kenapa ayahnya tidak lagi tinggal bersama si ibu.
“Sumayyah masih tidak memahami kenapa ayah tidak tinggal bersama mamanya, Syaikul sudah terbiasa hidup bersama mama tanpa ayah”
Keputusan tersebut diambil setelah pengarah popular dengan filem ‘Kebangkitan Mat Kilau’ ini mendirikan rumah tangga kedua bersama anak pelakon veteran, Kazar iaitu Ira Kazar.
Walau apapun keputusanya, Dato Yusof dan Datin Patimah menegaskan bahawa Puteri Sarah Liyana tetap akan menjadi menantu kesayangan mereka sampai bila-bila.
Kasih ibu memang tiada tandingan. Begitulah yang dapat dirasai melalui perkongsian penuh emosi pelakon terkenal, Uqasha Senrose, di Instagram miliknya. Dalam coretan panjang yang...