Gigitan bayi semasa menyusu amat menyakitkan. Memang tidak dapat ditahan, kadang-kadang mama rasa nak hentikan sahaja penyusuan. Fikir dua kali ye mama kerana anda boleh cuba 8 cara ini dulu sebelum give up!
Menyusukan bayi yang sudah tumbuh gigi atau bergusi keras ada cabarannya; iaitu cabaran digigit! Pada usia enam bulan misalnya ada segelintir bayi yang mula tumbuh gigi. Jom ketahui cara-cara untuk mengelakkannya.
1. ALIRAN SUSU
Sebaik-baiknya, dari awal sesi penyusuan, anda sendiri perlu mengelakkan diri daripada digigit bayi. Bagaimana caranya? Hal ini dapat anda lakukan dengan terlebih dahulu mengenal pasti apakah punca sebenar yang menyebabkan bayi suka menggigit. Salah satu kemungkinan yang boleh diandaikan ialah bayi berasa kecewa kesan daripada gagal memperoleh susu seperti yang diingininya. Sekiranya itu adalah puncanya, anda perlu merangsang payu dara agar aliran susu adalah lancar bagi memenuhi keperluan bayi.
Dalam usaha melancarkan aliran susu, apa yang boleh anda lakukan ialah menuam payu dara menggunakan tuala yang telah direndam ke dalam air suam terlebih dahulu. Pada masa yang sama lakukan urutan khas payudara.
2. BERALIH PAYU DARA
Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan mengalihkan bayi daripada payudara yang sedang digigitnya kepada payu dara yang lainnya. Lakukannya secara perlahan-lahan agar ia tidak mendatangkan kecederaan kepada puting.
Ads
Sambil melakukan proses pengalihan ini, anda digalakkan untuk menegurnya secara berhemah. Nyatakan perasaan cara elak gigitan bayi yang anda alami akibat gigitannya itu. Antara yang boleh anda luahkan ialah, “Mama sakit bila sayang gigit mama.” ataupun “Adik tak sayang mama ke? Kasihan mama kena gigit.” Walaupun gigitannya itu mungkinakan menimbulkan rasa marah akibat rasa sakit digigit, namun anda dinasihatkan agar menegur bayi secara sopan.
Dalam keadaan tertentu, anda juga boleh membiarkan bayi buat seketika sebelum menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara sebegini, diharap bayi akan bertolak ansur dan memahami bahawa jika dia menggigit anda, balasannya dia tidak dapat meneruskan penyusuan.
3. MENEKAP MUKA BAYI
Setiap kali melihat bayi mula mahu menggigit, rapatkan mukanya ke arah payu dara anda. Cara ini secara tidak langsung akan membuatkan anak anda mengalami sesak nafas. Jadi, ia akan mendorongnya untuk melepaskan gigitannya agar dapat bernafas semula.
Ads
Jika si anak memang gemar menggigit, anda boleh melakukan cara ini dalam kadar yang kerap. Dengan yang demikian, lama-kelamaan bayi akan faham bahawa dia akan mengalami masalah sukar bernafas jika dia terlalu kerap menggigit payu dara anda.
4. SELESAKAN POSISI
Sepanjang sesi penyusuan berlangsung, adalah sangat penting untuk anda memastikan posisi penyusuan yang anda gunakan benar-benar memberikan keselesaan kepada bayi dan diri anda juga. Jika anda mendapati bayi kelihatan tidak selesa dengan posisi yang diguna pakai, segera ubah posisi lain agar ia tidak sesekali mengganggu proses penyusuan yang sedang berlangsung.
5. LERAIKAN DENGAN JARI
Apabila anda seakan-akan mahu menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi membolehkan anda meleraikan mulutnya daripada payu dara. Namun, anda diingatkan agar tidak meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari kelingking terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda dapat mengelakkan diri daripada mencederakan puting yang sekali gus mengurangkan rasa sakit akibat puting yang melecet.
Ads
6. GIGIT SESUATU Berikan bayi alat-alat lain untuk dia gigit. Contoh terbaik ialah teether. Paling tidak pun tuala kecil yang telah disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk beku. Alat-alat seperti ini amat berguna kerana ia boleh digunakan untuk memenuhi keinginan bayi menggigit tambahan pula jika dia sedang mengalami masalah gatal gusi. Oleh itu, jadikan teether dan kain tuala beku sebagai alat alternatif bagi mengelakkan diri anda digigit bayi.
7. JANGAN JERIT
Anda dinasihatkan agar tidak sesekali meninggikan suara dan menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malah, anda juga diingatkan agar tidak memukul atau menampar pipi atau bahagian anggota tubuh yang lain. Jika hal sebegini dilakukan, ia akan menyebabkan bayi terkejut dan mengalami perasaan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih teruk lagi apabila ia mungkin penyebab bayi enggan lagi menyusu di sesi penyusuan seterusnya.
8. TELITI GAYA PENYUSUAN Sekiranya prihatin dengan gaya penyusuan bayi, anda dapat mengelakkan gigitan bayi biarpun di akhir sesi penyusuan. Hal ini dapat anda lakukan dengan mengetahui sama ada dia suka menggigit apabila mula mengantuk kerana kenyang ataupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya.
Oleh yang demikian, adalah sangat penting untuk anda sentiasa peka dan bersedia untuk menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda mahu menggigit apabila sesi penyusuan bakal berakhir.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menerusi laman Instagram miliknya mendedahkan wajah terbaru anak keduanya yang diberi nama Ara Adreanna.
Selepas hampir dua minggu menjalani proses berpantang, selebriti yang juga suri hati kepada penyanyi Aliff Aziz itu telah memuat naik beberapa keping gambar dirinya dan anak-anak.
Dalam kapsyen yang dibuat oleh Bella, dia mengucapkan selamat datang ke dunia buat puterinya itu dan sempat memaklumkan bahawa begitu bersyukur diatas kurniaan tersebut.
Bella turut menyatakan bahawa menjadi seorang ibu adalah sesuatu yang memenatkan, namun dia sentiasa bersyukur dan gembira kerana diberi amanat yang tidak berbelah bahagi ini.
“So precious and small..Welcome to the world, lil’ princess @araadreanna(mini me)
“Being a mom has made me so tired. AND SO HAPPY! I’m so blessed. Alhamdulillah
P/s: thank you mama @eina_astillah jahitkan baju untuk Ara pada malam sebelum photoshoot🙏🏻 mama jahit pakai tangan jak, so sweet of you :’),” tulisnya.
Menjenguk ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah dihujani dengan pelbagai komen positif daripada warga maya. Rata-ratanya memuji kecomelan bayi keduanya itu.
Bayi keduanya itu dilahirkan pada 18 Julai yang lalu. Aliff yang berada di Singapura bagaimanapun tiada dalam rakaman foto berkenaan berikutan masih berada di negara tersebut akibat sekatan sempadan ekoran Covid-19 yang berlaku.
Sumber: Bella Astillah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat usahawan dan pengacara, Neelofa yang selamat bersalin seorang bayi lelaki pada 11 Julai (Selasa) lalu.
Menerusi Insta Story, Neelofa meluahkan rasa syukur kerana telah selamat melahirkan anak lelaki keduanya pada jam 10.45 malam kelmarin.
“Alhamdulillahi rabbbil alamin, tanggal 11 Julai 2023 jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami.
“Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat,” kongsi Neelofa.
Bahkan isteri kesayangan PU Haris ini juga turut mendoakan agar perjalanan anak keduanya ini dipermudahkan.
“Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna pada agama, keluarga, nusa dan bangsa.
“Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas., diberi kesihatan dan umur panjang. Amin.
“Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya. Insyaallah,” tulis Neelofa menerusi Insta Storynya sejam yang lalu.
Bahkan menerusi satu lagi entri berlainan, ujar Neelofa yang kini sedang berpantang bakal berkongsi nama anak keduanya pada hari ketujuh kelahirannya kelak.
“Nama hari ketujuh kita umum insyaallah,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Neelofa turut dimasukkan ke hospital sebelum ini atas nasihat doktor sebelum melahirkan cahaya mata keduanya pada Selasa lalu.
Kebanyakan anak-anak ekzema masa lahir normal tapi selang beberapa bulan mula menunjukkan tanda-tandanya. Bagaimanapun, di peringkat awal ibu bapa tak sedar kerana ia hanya merah-merah di bahagian kulit dan tak teruk pun.
Namun bila keadaan ini tak dicegah dari awal, lama-kelamaan makin merebak sehingga anak jadi tak selesa dan asyik menggaru.
Perkongsian dari Dr Hafiz Sulaiman mengenai petanda awal yang berlaku pada anak kita seawal bayi perlu diambil perhatian oleh ibu bapa.
Sejak akhir-akhir ni ada beberapa kes ekzema yang bermula dengan ruam peluh, ruam belakang leher dan ruam merah-merah.
Mungkin orang akan cuba sedapkan hati kita, kata ruam susu je..
Ada baby yang bertanda merah atas hidung je..
Sikit-sikit je..
Pakai krim dah okay…
Letak tepung ubi sikit-sikit okay lah…
Boleh cuba..tapi JANGAN AMBIL RINGAN.
Berpuluh jika tak beratus kes ekzema saya tengok mula dia camni lah..
Lepas dah meletus seluruh badan..menyesal..sebab ruam kecil yang dibiarkan, bertahun-tahun menderita. Ikhtiar macam-macam duit habis ribu riban.
Ingatlah tuan-puan mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Waspada beberapa tanda radang yang timbul atau masalah usus waktu baby – ni mengikut pengalaman saya ya:
1) Apa-apa ruam peluh ke..ruam susu ke..ruam panas ke..terutama yang “radang”(merah, bengkak, gatal)
2) Baby berkahak atau nafas bunyi lendir.
3) Baby refluks – kerap muntah susu.
4) Baby sembelit.
5) Sejarah keluarga ada alahan atau alergi.
Bila dah nampak tanda ni..cepat-cepat ya jaga pemakanan. Kurangkan stres pada baby terutama daripada bahan kimia dalam sabun, pewangi..Beri perhatian lebih sebab baby yang alah biasanya suka bertenggek asyik nak dukung dan nakkan lebih perhatian fitrahnya. Jaga emosi mereka sebaiknya.
Caruman KWSP bekas suami, bekas isteri boleh ambil untuk nafkah. Perceraian merupakan satu perkara yang tidak diingini tetapi kadangkala tidak dapat dielakkan dalam perkahwinan. Dalam situasi ini, isu nafkah sering menjadi perhatian utama, terutamanya nafkah isteri dan anak selepas perceraian.