Sebut saja mengidam, hanya ibu mengandung akan memahami keadaan ini. Selalunya orang akan cakap jangan dilayan perasaan tu tapi bila ia datang, hanya yang melalui situasi ini akan rasa betapa sedihnya jika tak dapat.
Kadang tu orang memandang serong dan menganggap ibu hamil ni mengada-ngada. Tapi itulah kita tak boleh nak labelkan macam tu jika kita tak berada dalam situasi sebenar.
Nak nangis kalau tak dapat kunyah beras
Seperti pengalaman ibu ini, yang lapan kali mengandung, lapan kali akan mengidam untuk kunyah beras mentah sehingga sampai waktu nak bersalin. Macam lucu kan tapi pengalaman ini benar-benar berlaku.
Menurut Puan Adawiyah Abdul Rahman, sejak mengandung anak pertama hingga yang kelapan, beras akan jadi peneman setia hingga saat bersalin. Kalau tak dapat tu dia punya ketagih Tuhan je tahu.
Tabiat ini akan mula apabila usia kandungan sekitar dua hingga tiga bulan. Ibaratnya ia berlaku secara automatik. Jika orang lain suka makan asam-asam atau pelbagai makanan lain, tapi saya memang teringin beras mentah sahaja.
“Kalau nak tahu, dalam beg tangan saya memang ada plastik kecil yang diisi beras mentah. Macam-macam pernah dengar orang cakap. Tak elok la semua lah tapi kalau dah teringin nak kunyah memang tak boleh tahan-tahan.
“Nak nangis rasa kalau tak dapat kunyah. Bukan buat-buat tapi begitulah pelik dan ajaibnya bila ada penghuni dalam rahim seorang ibu. Beras tu ibarat kacanglah. Sekali makan tu bukan sebiji atau dua biji, tapi berpuluh-puluh biji baru puas, katanya kepada Pa&Ma.
Tiba-tiba kecur air liur
Kongsinya lagi, setiap hari mesti akan mengunyah. Kalau tengah buat kerja, bila teringat terus kena kunyah. Sebab mulut tiba-tiba terus kecur air liur.
“Nasib baik juga, dari anak sulung sampai anak kelapan, syukurlah mengunyah beras ini tak beri apa-apa masalah kesihatan pada saya dan anak yang lahir.
“Ada yang tanya, tak kembung perut ke makan beras mentah? Alhamdulillah semuanya ok dan saya pun tak ada masalah kesihatan serius ketika mengandung. Mungkin Allah permudahkan,” ujarnya.
Suami, mak dan mak mentua dah faham
Adawiyah juga berkata, suami, mak dan mak mentua dah faham keinginan saya ini bila saya beritahu mengandung. Memang tak boleh nak buat apa sebab ia berlaku secara auto.
“Mujur juga bukan mengidam makanan yang pelik-pelik dan mahal-mahal. Kalau tak jenuh juga nak tunggu sampai waktu bersalin.
“Tabiat saya ni, bila keluar je baby, terus dah tak teringin. Kenangan sungguh,” akhirinya.
Kredit: Adawiyah Abdul Rahman
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI