Ada 8 makanan dan minuman yang mungkin perlu ibu menyusu elakkan. Dikhuatiri ia boleh menjadi punca bekalan susu berkurangan.

Para ibu yang menyusukan bayi perlu makan dalam jumlah yang mencukupi untuk memenuhi keperluan diri dan juga anak yang disusukan. Makanlah makanan yang  seimbang dan berkhasiat agar ia memberikan kebaikan kepada si anak.

Dalam memilih makanan yang kena dengan selera, anda perlu ambil maklum bahawa ada beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh menimbulkan gangguan kepada anak yang menyusukan itu.

Namun, tidak semua akan mengalami kesan yang sama. Apa-apa pun anda boleh mencuba terlebih dahulu. Apabila ada gangguan seperti alahan terhadap makanan atau minuman itu, hentikannya dengan kadar segera.

1. Kopi atau teh

 

8 Makanan Dan Minuman Yang Mungkin Perlu Ibu Menyusu Elakkan.  Nombor 7 Boleh Buat Susu Berkurangan

Apabila anda minum kopi atau teh, sebahagian kafein akan menyerap masuk ke dalam susu. Oleh kerana bayi tidak dapat mengeluarkan kafein daripada tubuh secara semula jadi, maka ia akan menyebabkannya tidak selesa, meragam dan susah tidur.

Penyelesaian yang boleh anda lakukan ialah mengurangkan pengambilan minuman berkafein atau cara yang lebih baik ialah elakkan terus daripada mengambilnya.

2. Coklat

8 Makanan Dan Minuman Yang Mungkin Perlu Ibu Menyusu Elakkan.  Nombor 7 Boleh Buat Susu Berkurangan

IKLAN

Kebanyakan orang terutamanya golongan kanak-kanak dan wanita memang suka makan coklat. Pasti anda pun begitu juga, bukan? Sama seperti teh dan kopi, coklat juga mengandungi kafein. Namun begitu, kandungan kafein dalam coklat adalah sedikit berbanding kopi.

Sekiranya mengesyaki coklat menjadi penyebab bayi anda meragam, hentikan buat sementara waktu daripada memakannya. Jika langkah menghentikan pengambilan coklat memberi kesan positif kepada bayi, maka adalah lebih baik anda elakkan diri daripada memakannya. Jika masih mahu makan coklat juga, anda mungkin perlu kurangkan kuantitinya.

3. Buah-buahan sitrus atau berasid

8 Makanan Dan Minuman Yang Mungkin Perlu Ibu Menyusu Elakkan.  Nombor 7 Boleh Buat Susu Berkurangan

Di dalam buah-buahan seperti oren dan lemon, terdapat asid yang mungkin boleh memedihkan usus bayi. Hal ini akan menyebabkan bayi meragam, kerap muak dan ada kes-kes tertentu di mana bayi mengalami ruam lampin.

Walaupun buah-buahan ini kaya dengan vitamin C, anda boleh gantikannya dengan pengambilan lain seperti betik dan mangga untuk memenuhi keperluan vitamin ini.

IKLAN

4. Makanan pedas dan berempah

Orang Malaysia memang terkenal dengan kegemaran memakan makanan pedas dan berempah. Namun, ia menjadi masalah jika kegemaran ini mendatangkan kesan buruk kepada bayi yang menyusu susu ibu.

Sekiranya bayi kerap meragam dan mengalami ketidakselesaan di bahagian perutnya, ada baiknya jika anda elakkan dahulu daripada mengambil makanan pedas dan berempah demi kebaikan anda dan bayi juga.

5. Kekacang

8 Makanan Dan Minuman Yang Mungkin Perlu Ibu Menyusu Elakkan.  Nombor 7 Boleh Buat Susu Berkurangan

Masakan yang berupa kekacang boleh menyebabkan sesetengah bayi mengalami kembung perut. Malah, kekacang juga merupakan salah satu makanan yang boleh menjadi punca alahan. Jika anda makan terlalu banyak kacang, berkemungkinan bayi boleh terkena alahan.

Oleh sebab itulah, ibu menyusu digalakkan untuk tidak makan kekacang dengan kerap. Jika sudah biasa mengudap kekacang, anda boleh gantikannya dengan makanan lain yang bermanfaat untuk penghasilan susu ibu seperti kismis, kurma, aprikot dan lain-lain

IKLAN

6. Makanan laut dan kekerang

Jika dalam keluarga, ada yang mengalami alahan terhadap makanan laut atau kekerang, maka ada baiknya jika anda mengelakkan daripada makanan makakan yang berasaskan makanan laut dan kekerang sepanjang tempoh penyusuan berlangsung. Dikhuatiri bayi boleh terkena alahan yang sama.

Namun, anda sangat digalakkan untuk makan makanan laut yang terdiri daripada ikan terutamanya ikan laut dalam kerana ia kaya dengan lemak yang baik untuk perkembangan otak bayi

7. Peppermint

8 Makanan Dan Minuman Yang Mungkin Perlu Ibu Menyusu Elakkan.  Nombor 7 Boleh Buat Susu Berkurangan

Bagi mana-mana ibu yang sukakan makanan atau minuman yang berperisa peppermint, anda perlu lebih berhati-hati. Ia diyakini boleh mengganggu proses penghasilan susu ibu.

Menurut pakar herba, teh peppermint sering digunakan sebagai salah satu cara bagi membantu menghentikan pengeluaran susu ibu jika anak mahu bercerai susu. Gula-gula atau ubat yang mempunyai kandungan peppermint pun perlu dikawal pengambilannya.

8. Bawang putih

8 Makanan Dan Minuman Yang Mungkin Perlu Ibu Menyusu Elakkan.  Nombor 7 Boleh Buat Susu Berkurangan

Bawang putih sering digunakan dalam masakan kerana ia mampu menjadikan makanan lebih sedap. Namun, jika diambil terlalu banyak, ia boleh mempengaruhi bau dan rasa susu. Cuba anda perhatikan tingkah laku bayi semasa menyusu selepas anda makan banyak bawang putih. Kebiasaannya bayi akan menolak atau enggan minum susu ibu.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI