Merangsang otak si kecil bukanlah perkara yang sukar. Ibu dan ayah tentu boleh melakukannya. Rangsangan otak yang awal akan memberikan impak pada fasa kehidupannya akan datang. Otaknya berkembang pesat pada tiga tahun pertama.

8 Rangsangan Bantu Perkembangan Otak Bayi. Mudah Je Tapi Impaknya Besar!

Otak bayi kecik akan mula berhubung untuk membuat sambungan yang tidak terhingga banyaknya usia tiga tahun pertamanya menghasilkan berbilion-bilion sel dan beratus-ratus trilion sambungan. Sambungan ini nanti adalah penting untuk mewujudkan kemajuan perkembangan positif dan dibuat melalui pengalaman positif setiap hari, berulang dengan ibu bapa dan penjaga (taska dan pengasuh).

Maka, penting bagi ibubapa dan penjaga memastikan lapan perkara ini dilakukan pada bayi anda.

8 Rangsangan Bantu Perkembangan Otak Bayi. Mudah Je Tapi Impaknya Besar!

1.Respons bila bayi menangis

Setiap kali bayi anda menangis, jangan biarkan lama sebaliknya berikan respons. Ambil langkah untuk menenangkannya dengan mengusapnya dan hilangkan tangisannya. Sentuhan bonding dan respons positif seperti ini akan melatih otak bayi untuk memberikan isyarat emosi yang selamat.

2.Fokus dan perhatian

Bayi yang rasa selamat dan  rapat dengan anda akan mula menerokai, belajar dan menyerap pelbagai perkara yang baru. Berikan respons dan tindak balas yang jelas kepada keperluan, kehendak dan apa juga aksi si manja. Otaknya yang sedang berkembang baik dan belajar menyesuaikan diri apabila anda memberikan tindak balas kepadanya secara konsisten.

8 Rangsangan Bantu Perkembangan Otak Bayi. Mudah Je Tapi Impaknya Besar!

Ads

3.Urutan bayi

Urutan akan mengurangkan ‘rentan emosi’, rasa selamat dan membuatkan bayi rasa ‘feel good’. Sentuhan anda akan akan menggalakkan pertumbuhan si kecil. Ia juga mengeratkan lagi hubungan anda berdua.

 

4.Tindak balas kepada tangisannya dengan perkataan dan intonasi

Apabila dia menangis,cuba untuk memberikan reaksi dengan berkata-kata seperti “Alahai sayang mama, kenapa nangis?”. Dengan memberikan respons yang penuh kasih sayang dan kata-kata yang positif sebegini, otak bayi akan membentuk hubungan antara neural dan mencipta cantuman antara sel-selnya. Bayi juga akan secara tidak langsung akan belajar tentang perkataan, bahasa, tentang cause-effect dan skil berfikir.

8 Rangsangan Bantu Perkembangan Otak Bayi. Mudah Je Tapi Impaknya Besar!

Ads

 

5.Beri tumpuan kepadanya

Bila bayi sudah mula pandai menunjuk, pastikan anda memandang ke arah apa yang ditunjukkannya dan berikan reaksi. ‘Joint attention’ ini akan memberikan rasa betapa pentingnya apa yang dibuatnya kepad anda. Berkongsilah apa juga yang disukai dan  perkara yang sedang dibuatnya.

8 Rangsangan Bantu Perkembangan Otak Bayi. Mudah Je Tapi Impaknya Besar!

6.Bermain bersama

Permainan seperti agah dan peekaboo akan memberikan peluang untuk si kecil belajar untuk memberikan respons kepada pergerakan mudah dan permainan yang berurutan. Mustahak untuk anda memdapatkan permainan yang sesuai dengan usianya supaya dia boleh menerokai dan berinteraksi. Alat permainan seperti patung yang melompat keluar apabila dibuka (Jack in the box) dan bongkah yang disusun bertingkat akan membantu si kecil belajar mengenai sebab-akibat dan berfikir.

Ads

8 Rangsangan Bantu Perkembangan Otak Bayi. Mudah Je Tapi Impaknya Besar!

7.Menyediakan tempat selamat untuk merangkak dan bermain

Pembelajaran non-verbal (spatial learning) sangat mustahak dan si kecil yag sudah merangkak akan mula belajar tentang ‘bawah, atas, dalam, luar, dekat’ dan ‘jauh’. Ini penting untuk si kecil menyediakan peta dalam mindanya tentang sekelilingnya dan menyesuaikan diri dengan persekitarannya ketika merangkak dan bermain.

8.Menyanyi sambil menggerakkan badan

Nyanyian sambil menggerakkan badan akan membantu si kecil untuk belajar tentang bunyi dan penyesuaiannya dengan pergerakan motor kasar dan halus. Anda juga boleh membacakan selawat dan zikir.  Ia juga menggalakkan bayi belajar tentang ritma, bunyi-bunyian dan bahasa.

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI