Bubur berasaskan beras boleh dipelbagaikan masakannya untuk menjerat selera anak. Ikuti 9 sajian bubur yang dikongsikan ibu muda ini.

Bijirin seperti beras ialah karbohidrat yang membekalkan tenaga utama yang diperlukan untuk fungsi otak, keperluan organ badan dan aktiviti fizikal manakala protein yang terkandung didalam lauk seperti ayam, ikan, daging atau telur berperanan mengekalkan serta terlibat dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.

Pada peringkat awal, bubur yang dikisar amat sesuai kemudian diikuti tekstur yang lebih kasar. Campuran bahan seperti lauk dan sayur melengkapkan nutrien yang bakal diperoleh si manja.

Puan Aishah Yusof telah berkongsi 9 jenis bubur yang dimasak untuk anaknya,  Muhammad Kazeem. Selain itu, dia juga turut berkongsi dua tip iaitu penggunaan peralatan yang praktikal,  penggunaan kekapis untuk menyedapkan bubur dan penggunaan beras yang lebih berkanji.

GUNA BABY COOK & PERIUK SLOW COOKER

As working mom, baby cook and slow cooker sangat-sangat membantu!

KONGSI IDEA TENTANG KEKAPIS

Antara bahan kegemaran saya and anak tapi takde dalam gambar ialah dried scallop. Ni kawan kerja saya berbangsa Cina yang recommend. Tapi saya intro dekat anak lepas umur 1 tahun (incase seafood allergy ke ape kan). Tak letak banyak pun, maybe dalam 5 biji dried scallop je saya campur dalam kalau masak bubur. Satu sebab dried scallop ni konsep nye sama la macam ikan bilis, untuk bagi rasa pada makanan tu, tapi kalau banyak sangat pun tak bagus dan lagi satu dried scallop mahal sikit!! Budget oi!! hahaha.

BERAS LEBIH BERKANJI

Kalau beras saya lebih suka pakai beras Jepun (short grain rice). Pada saya dia macam lebih berkanji so bubur jadi lagi pekat dan mengenyangkan.

p/s : Sekarang anak saya dah nak masuk 3 tahun so dia dah makan family menu.

IKLAN

9 SAJIAN BUBUR YANG DIKONGSIKAN

#1 BUBUR BAYAN DAN LOBAK MERAH9 Resipi Bubur Boleh Jerat Selera Anak, Ibu Ini Kongsikannya. Bubur Ayam Nampak Paling Sedap!#2 BUBUR AYAM, LOBAK MERAH & MINYAK ZAITUN

9 Resipi Bubur Boleh Jerat Selera Anak, Ibu Ini Kongsikannya. Bubur Ayam Nampak Paling Sedap!

#3 BUBUR KENTANG, LOBAK MERAH BERDAGING

9 Resipi Bubur Boleh Jerat Selera Anak, Ibu Ini Kongsikannya. Bubur Ayam Nampak Paling Sedap!

#4 BUBUR LOBAK MERAH & KENTANG DENGAN SERBUK IKAN BILIS

9 Resipi Bubur Boleh Jerat Selera Anak, Ibu Ini Kongsikannya. Bubur Ayam Nampak Paling Sedap!

IKLAN

#5 BUBUR NASI DENGAN IKAN MERAH, LOBAK MERAH & KENTANG

9 Resipi Bubur Boleh Jerat Selera Anak, Ibu Ini Kongsikannya. Bubur Ayam Nampak Paling Sedap!

#6 BUBUR NASI DENGAN LOBAK MERAH, TELUR DAN SERBUK IKAN BILIS

9 Resipi Bubur Boleh Jerat Selera Anak, Ibu Ini Kongsikannya. Bubur Ayam Nampak Paling Sedap!

*bila bubur sudah masak bolehlah masukkan telur yang sudah dipukul. Kacau segera untuk mengelakkan ia berketul.

#7 BUBUR BROKOLI, LOBAK MERAH, DADA AYAM & SERBUK IKAN BILIS

9 Resipi Bubur Boleh Jerat Selera Anak, Ibu Ini Kongsikannya. Bubur Ayam Nampak Paling Sedap!

IKLAN

#8 BUBUR LOBAK MERAH & AYAM

9 Resipi Bubur Boleh Jerat Selera Anak, Ibu Ini Kongsikannya. Bubur Ayam Nampak Paling Sedap!

#9 BUBUR AYAM SUPREME

Bubur Ayam Supreme (Supreme Chicken Porridge) untuk Kazeem. Kenapa saya panggil supreme? Sebab saya campurkan semua bahan dan ia sangat sedap. Satu sajian yang lengkap.

9 Resipi Bubur Boleh Jerat Selera Anak, Ibu Ini Kongsikannya. Bubur Ayam Nampak Paling Sedap!

Bahan-bahan yang diperlukan;

  1. Beras
  2. Hirisan ayam atau ayam kisar
  3. Bawang besar
  4. Halia
  5. Cendawan butang putih
  6. Saderi
  7. Lobak merah
  8. Kentang
  9. Telur (tambahkan ke dalam bubur bila bubur siap dimasak)

Langkah-langkah

Cuci beras dan letakkan ke dalam periuk. Potong dadu/ kecil semua bahan (kecuali halia. Potong besar supaya mudah diasingkan kerana ia tidak akan dikisar). Letakkan semua bahan ke dalam periuk bersama beras dan tambahkan air. Renihkan sehingga masak atau menapat konsistensi yang diingini. Akhir sekali bila bubur sudah masak bolehlah masukkan telur yang sudah dipukul. Kacau segera untuk mengelakkan ia berketul.

Sumber: Puan Aishah Yusof

[ Artikel berkaitan: Ibu Ini Kongsi 10 Sajian Puri Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas. Makanan Pelengkap Pertama Kaya Serat Bantu Pelawas]

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI