Tarikh 19 Mac tahun lalu antara tarikh paling bersejarah dalam hidup penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan kelahiran cahaya mata sulungnya, Siti Aafiyah Khalid.
Jika diikutkan esok Siti Aafiyah bakal meraikan ulangtahun pertamanya sebagai permata hati Siti dan Datuk Khalid Mohd Jiwa.
Namun, sambutan itu diawalkan dua hari daripada tarikh sebenar sambutan hari jadinya, Siti Aafiyah diraikan bak puteri raja dalam majlis penuh meriah dan berwarna-warni di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan ibu dan ayahnya.
Antara rakan artis yang hadir adalah Che Ta, Jihan Muse, Amyra Rosli, Fouziah Gous , Fizo Omar dan Jovian Mandagie yang hadir bersama anak memeriahkan acara tersebut.
Bukan itu saja, tetamu yang hadir juga tidak kalah gaya dengan menepati tema baju berwarna pastel.
Peminat Datuk Siti Doakan Aafiyah
Menariknya kini viral hashtag ‘Aafiyah anak ibu’, sehingga rata-rata peminat ibunya mendoakan kesejahteraan buat Aafiyah.
Tak lupa juga yang mengharapkan untuk melihat Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah, sentiasa sihat dan penyejuk hati ibu ayahnya.
Percayalah! Aafiyah anugerah Allah yang dinanti-nanti 11 tahun itu bakal mekar berkembang indah dibajai kasih dan sayang Siti dan Datuk K.
Sumber: Ig ctdk