Aafiyah Bakal Dapat Kawan Baru. Adik Datuk Siti, Sairah Hamil Selepas 3 Bulan Kahwin

Share

Adik kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Sairah berkongsi kegembiraan di instagram miliknya apabila mengumumkan berita kehamilannya selepas tiga bulan berkahwin dengan Mohd. Sharidan Johari pada 24 Februari lalu.

Menjadikan media sosial sebagai medium untuk berkomunikasi dengan peminat selain ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat, Sairah menjelaskan, berita itu amat menggembirakannya dan suami.

“Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, Alhamdulillah,” memetik ucapan yang diungkapkan bersama-sama foto imej imbasan kandungannya di akaun Instagram @sitisairahtarudin.

Menerusi laporan Utusan Online, Sairah mengakui tidak menyangka bahawa dirinya kini sedang hamil dan berita itu diketahui selepas melakukan pemeriksaan.

“Selepas melakukan pemeriksaan kesihatan pada 28 April lalu di sebuah klinik di Cheras, barulah doktor mengesahkan bahawa Sairah sah mengandungkan cahaya mata pertama kami.

“Tarikh hari ini, sempena kali pertama Sairah lakukan rawatan susulan sebaik disahkan hamil, kami manfaatkan juga peluang tersebut untuk umumkan berita ini kepada semua,” katanya

Sementara itu, dalam posting terbarunya juga, Sairah turut menulis kapsyen  ‘Aafiyah bakal dapat kawan baru’.

Apa-apa pun semoga Sairah dan kandungan sihat dan dipemudahkan urusannya.

Terdahulu, Sairah telah mempunyai tiga orang anak iaitu Ummi Umairah, 6; Ahmad Daiyan, 5 dan Ahmad Aisy, 3, hasil perkahwinan pertamanya dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 2010.

Published by
Wan Amy