Rasa macam baru semalam lahirkan Aafiyah, Datuk Sri Siti Nurhaliza tak sangka kini si kecil ini sudah mencecah 8 Bulan. Sudah pandai memanjat & merangkak laju. Tak lama lagi berjalan pula.
Melihat perkembangan anak membesar, tidak dirasakan pantasnya waktu berlalu. Tahu-tahu sahaja, si kecil sudah kuasai pelbagai perkara. Merangkak, memanjat dan tidak lama lagi bertatih & berjalan. Itulah yang dirasakan oleh Datuk Sri Siti Nurhaliza melihat perkembangan anaknya tersayang, Siti Aafiyah yang kini genap 8 bulan.
Dalam posting Instagramnya, penyanyi nombor 1 Malaysia itu menyatakan Aafiyah sudah pun melepasi beberapa milestone iaitu merangkak dan memanjat.
Seperti mana ibu-ibu yang lain, Datuk Sri Siti Nurhaliza juga turut mengakui betapa pantasnya masa berlalu, kini si kecil itu sudah pun menguasai pelbagai perkara. Beliau turut mendoakan kesejahteraan Aafiyah agar sentiasa dilindungi daripada perkara yang tidak baik, menjadi penyejuk mata dan hati ibu ayah, menjadi muslimah yang baik dan bermanfaat kepada insan lain.
Ads
ctdk Alhamdullillah.. anak ibu dah 8bulan. Cepatnya masa berlalu, Aafiyah dah merangkak laju & memanjat .. tak lama lagi berjalan… macam baru semalam ibu lahirkan Aafiyah.. ?.. Doa ibu moga Aafiyah selalu di lindungi dari segala perkara yang tidak baik, menjadi penyejuk mata & hati ayah ibu, muslimah yg baik serta bermanafaat buat insan lain .. aamin ya rabb
Malnutrisi bermakna anak tidak cukup nutrien dan zat untuk tumbesaran. Anak malnutrisi tanpa ibu ayah sedari kerana pemakanan yang tidak seimbang? Malnutrisi akan memberikan impak kepada tumbesaran anak secara mental & fizikal.
Nak dapatkan info lanjut mengenai malnutrisi pada si kecil, mama papa mesti tonton rancangan TV Pa&Ma episod Kesan Anak Malnutrisi yang akan ke udara pada 27 November 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menangis ialah cara anak berkomunikasi. Bayi menangis sebab lapar, tak selesa, mahukan belaian, mahu didukung atau sakit.
Semakin umur anak membesar, motif menangis juga boleh jadi bertambah banyak. Mahukan perhatian, merajuk, mahukan sesuatu yang telah dilarang, kemahuan tak menepati jangkaan dan sebagainya.
Bagi anak yang boleh bercakap, dia akan cakap apa yang dia mahu atau apa yang dia marah.
Yang tak boleh cakap, dia akan buat perangai, jerit dan ada yang menangis.
Maka apabila anak menangis, ibu bapa biasanya cuba meneka, apa punca anak menangis dan segera turuti kemahuan anak itu supaya dia cepat berhenti menangis.
Memahami punca tangisan sangat penting utk kita tentukan apa tindakan selanjutnya.
A) Adakah kita perlu ikut kemahuan dia?
B) Adakah kita perlu pujuk, duduk di samping dia?
C) Adakah kita perlu abaikan dia dan elak eye contact dgn dia?
D) Adakah kita perlu alih tumpuan dia kepada perkara lain?
Anak yang langsung tidak menangis pun ada. Orang selalu kata, mudah diurus. Senang dijaga.
Tapi yang tak menangis ni lagilah kita risau sebenarnya. Dia tak minum susu dah separuh hari, dia tak nangis pun. Lampin dah bocor pun tak nangis. Dia diam saja.
Seolah-olah dia rasa tak perlu pun menangis. Tak ada usaha pun untuk teran suara kuat-kuat supaya mak dia segera datang kat dia.
Maka bersyukurlah apabila anak menangis. Kerana sesungguhnya memang ada anak yang langsung tak menangis.
Bila kita lihat anak menangis, kita bersyukur bahawa anak itu ada juga keinginan untuk protes, menyampaikan sesuatu kepada kita.
Ada orang tua-tua, tak suka dengar budak menangis. Jadi ibu-ibu berasa serba-salah dan cepat-cepat mahu anak itu diam.
Hakikatnya, anak berada dalam proses belajar. Dari tangisan, dia dapat tau bagaimana respon mak ayah dia.
Oo…..kalau dia nangis lama-lama, tak ada siapa layan, buat letih saja.
Oo….kalau dia nangis sambil tunjuk tempat yang dia nak, nanti mak dia bagi benda tu.
Oo…kalau nangis kat ayah, nanti ayah bagi main hp. Tapi kalau nangis kat mak, tak dapat pun.
Kita belajar dari tingkahlaku anak. Anak pula belajar dari respon kita terhadap tingkahlaku dia.
Pening juga bila bayi menyusu sebelah sahaja payudara. Ibu tentu rasa tak selesa, lenguh bil
a posisi penyusuan tidak boleh ditukar kepada satu lagi payudara. Bila diberi yang sebelah sana, bayi menyusu tidak lama dan sekiranya dipaksa juga akan menangis tanda protes!
Menurut Rita Rahayu Omar, Pakar Laktasi & IBCLC, setiap cabaran itu pasti ada penyelesaiannya. Perlu diingat bahawa bayi perlu dipujuk dan bukan dipaksa! Oleh itu, teknik memujuk amat penting dalam usaha mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payudara yang tidak digemari. Keadaan ini boleh diatasi dengan lima cara berikut;
1.Cuba susukan bayi ketika dia baru bangun tidur dan belum benar-benar sedar atau ketika dia sedang mengantuk. Bayi akan lebih mudah bekerjasama dan bertindak secara spontan.
2.Mulakan penyusuan pada payu dara yang kurang digemarinya terlebih dahulu. Apabila pancutan refleks berlaku, alih ke payu dara sebelah lagi tanpa mengubah posisi kepalanya. Sebagai contoh, mulakan dengan posisi Cradle Hold kemudian alihkannya kepada posisi Football Hold. Anda juga boleh praktik posisi penyusuan yang lain.
3.Menyusu dalam suasana yang selesa (lampu malap atau berkeadaan sunyi dan sepi).
4.Cuba menyusu sambil berjalan, menggendong atau ayunkannya perlahan-lahan sehingga bayi menerima payu dara yang kurang digemari.
5.Jika bayi lebih gemar payu dara yang mempunyai aliran susu yang lebih laju, lakukan urutan (breast compression) untuk mempercepatkan aliran susu di payudara yang perlahan aliran susunya. Jika sebaliknya bayi tidak suka susu terlalu laju, kepit (Scissor Hold) di bahagian areola untuk memperlahankan aliran susu. Untuk merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak di payu dara yang perlahan alirannya, anda boleh memerah dengan tangan atau mengepam payu dara tersebut untuk memastikan bekalan susu yang berkekalan.
Kesabaran dan kegigihan adalah kunci kejayaan. Teruskan usaha! Bayi mungkin akan menerima kembali payu dara sebelah kiri tidak lama lagi. Jika dia masih meragam atau enggan, anda harus teruskan rangsangan di payu dara yang tidak digemarinya dengan memerah sekerap mungkin. Ini penting untuk memastikan bekalan susu berkekalan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkembangan anak menjadi fokus utama ibu bapa sejurus selepas lahir. Ia tidak dinafikan sangat mustahak untuk memastikan pencapaian si kecil sentiasa seiring perkembangan usia.
Namun harus diingat, bayi bukanlah individu yang sama, banyak faktor yang menjadikan mereka berbeza. Sama seperti insan dewasa, personaliti juga sudah mula diperlihatkan sejak lahir lagi.
Bayi, lebih variasi perkembangannya kerana terdapat beberapa faktor yang memainkan peranan penting. Antaranya usia sejarah kelahiran, personaliti dan halangan. Bayi bukanlah one size fits all, setiap daripada mereka variasi.
Ibu ayah jangan terlalu tertekan dengan kelambatan penguasaan bayi dan ambil kira faktor pendedahan yang diperolehi si kecil. Perkongsian daripada Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan Bayi ini boleh dijadikan panduan.
Ada beberapa kali saya mendapat mesej dari ibu bapa yang ‘cemas’ bila anak mereka lambat dalam sesuatu: lambat merangkak, lambat meniarap, lambat berjalan…
Perkembangan motor bukan bidang saya. Namun, saya ambil peluang ini memberi input dari perspektif perkembangan otak anak kerana ia tetap ada kaitan dengan perkembangan motor anak. Harapnya agar dapat bantu legakan hati ibu ayah di luar sana.
Apa yang membuat anak kita bervariasi?
Pepatah ‘ age is just a number ‘ or ‘ age does not matter ‘ adalah benar untuk orang dewasa tetapi tak benar untuk bayi. Perbezaan usia hatta beberapa minggu itu besar ‘kesannya’.
Perkembangan otak berkait langsung dengan usia. Usia pula di kira dari tarikh anak mula di kandung (di senyawakan mungkin lebih tepat), dan bukan dari tarikh hari pertama anak melihat dunia (hari lahir).
Otak bayi berkembang di dalam dan luar rahim. Maka tentulah otak bayi yang lahir 3 minggu awal berbeza dengan otak bayi yang lahir cukup bulan, tepat 40 minggu misalnya.
Jadi, sebelum nak banding anak atau gabra periksa carta perkembangan motor anak, periksa usia sebenarnya terlebih dahulu. Anak bukan sedulang biskut raya yang masak pada masa yang sama ketika keluar dari ketuhar.
Anak lahir dengan rupa dan perwatakan yang tersendiri dengan tujuan mengurus dunia sebagai ahli politik, doktor, guru dan ahli perniagaan misalnya.
Sejak hari pertama dilahirkan, anak akan menunjuk minat atau kecenderungan yang sesuai dengan personalitinya. Dia akan menghabiskan banyak masa berlatih bakat dan meneroka bidang minatnya.
HANYA SETELAH DIA PUAS DAN MENGUASAI MINATNYA, BARULAH ANAK AKAN BERALIH MENGUASAI BIDANG YANG DIA KURANG MINAT PULA.
Tak faham? Baik. Sebagai contoh, pada usia 8 minggu (+/- dah tentu!), semua anak akan mengalami 1 perkembangan otak yang membolehkan dia memasuki dunia corak (pattern). Iaitu anak akan MULA MENEROKA corak, bentuk, warna dan tekstur. Penerokaan ini bukan hanya secara visual (mata) tetapi menggunakan kesemua derianya. Anak bukan hanya meneroka dunia corak di sekelilingnya tetapi juga yang didalam badan atau sistemnya.
Maka, anak dengan personaliti ‘athletic’ (cenderung guna fizikal), akan menghabiskan banyak masa mengkaji tangannya misalnya. Bukankah tangan kita semua ada bentuk khusus? Maka, anak akan banyak merenung tangannya, cuba menggerakkan jari-jarinya atau lengannya dan akan mula masukkan jari ke dalam mulutnya. Ini semua bagi tujuan mengenal pasti ‘apa itu tangan dan apa yang tangan boleh buat’.
Anak yang lebih ‘chill’ pula akan seperti banyak termenung. Sebenarnya, dia menikmati dunia corak di sekelilingnya. Misalnya dia nampak ‘layan’ melihat sinar cahaya matahari yang menembusi biliknya, atau kusyuk menatap kertas dinding berwarna-warni rumahnya.
Anak minat bersosial pula akan mula banyak bunyi. Contohnya anak gemar buat bunyi pendek-pendek seperti ‘uh..uh..uh’ bila dia teruja melihat susunan tin berwarna-warna di rak kedai atau bila lihat kelibat ibunya. ‘Uh..uh..uh’ juga adalah sejenis corak iaitu corak bunyi yang boleh di hasilkan oleh peti suara manusia. Bayi juga akan suka menoleh dan mencari sumber bunyi sekeliling.
Nah! Perkembangan otak yang sama, namun sudutnya saja yang berbeza. Adakah anak yang ‘chill’ dan suka termenung menghayati alam itu akan akhirnya jadi tak mampu dan tak pandai meniarap, merangkak atau berjalan ? TIDAK, cuma mungkin lewat sedikit saja dia menguasainya berbanding rakannya yang bersikap ‘athletic’.
Bayi TIDAK BOLEH menguasai banyak perkara berbeza dalam sesuatu masa. Maka, ada benarnya kata orang tua-tua; ‘anak yang cepat kaki, lambat sikit mulutnya’.
Bermula usia ini, anak lebih ‘mobil’ (banyak pergerakan) kerana bukan sahaja anak telah faham ‘corak’ tangan dan bahagian badannya yang lain seperti yang dia telah pelajari dalam dunia corak pada sekitar usia 8 minggu dahulu, tetapi kini dalam dunia hubungan, anak telah pandai menyelaraskan pergerakkan kesemua anggota badannya dan hasilnya ↪ramai bayi mula merangkak /mengengsot bermula usia ini.
Namun, kemampuan otak bayi memahami dunia hubungan ini saja tak cukup. Bayi yang ‘tembam’ misalnya mungkin jadi kurang minat dan kurang selesa nak merangkak kerana beban berat walaupun dia sebenarnya tahu , minat dan boleh merangkak.
Sekali lagi, anak bukan kuih raya yang kalau terhangus atau tak jadi seperti yang di harapkan, boleh di bakul sampahkan bila muncul sesuatu halangan. Ibu ayah empatilah dengan kesukaran semasa yang di hadapi anak.
Anak yang ‘athletic’ mungkin tak kisah berlatih meniarap (tummy time) dengan kerap dan agak lama sejak hari pertama. Maka, jika anak ini memiliki pula ibu ayah yang rajin ‘melayan’ buat ‘tummy time’ dengannya, tak hairan lah dia cepat menguasai meniarap misalnya.
Namun, anak yang bukan berpersonaliti ‘athletic’ dan di paksa-paksa lebih dari hadnya untuk dia berlatih ‘tummy time’, mungkin akan mula takut untuk mencuba kerana mengaitkan aktiviti meniarap itu sebagai pengalaman buruk.
Contoh lain, jika seorang anak itu memiliki ibubapa yang bersikap ‘intuitive’ :pandai ‘membaca’ kemahuan dan keperluan anak sebelum atau tanpa perlu di minta, maka anak merasa ‘tiada keperluan’ untuk dia banyak buka mulut. Maka, anak mungkin kelihatan ‘berat mulut’ untuk berlatih cakap, namun, tau-tau saja anak sudah terus pandai buat ayat penuh pada usia 16 bulan misalnya!.
*** Pokoknya, usahlah ibu bapa terlalu obses membanding perkembangan anak secara melulu. Anak yang pandai berjalan pada usia 10 bulan itu tak ada beza kualiti jalannya dengan anak yang pandai berjalan pada usia 16 bulan ketika kedua-duanya berusia 3 tahun. Tiada siapa yang boleh beza ‘siapa pandai jalan terlebih dahulu’ kecuali bila ibu yang bercerita.
Anak itu bervariasi. ‘Bervariasi’ dan ‘berbeza’ itu lain maksudnya. Jika ibu rasa anaknya ‘berbeza’ (tak macam anak lain) dan ibu risau tentang hal ini, rujuklah doktor anak anda untuk pengesahan.
Mama jom take a break, jamu mata & shopping! Klik sini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!