
Siti Aafiyah, anak perempuan Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini sudah pandai wefie (berswafoto). Wajahnya juga dikatakan semakin seiras dengan ibunya. Foto wefie mereka mendapat perhatian netizen sehingga menerima hampir 200k likes dalam masa 9 jam!
Foto yang dimuat naik di Instagram Dato’ Sri Siti itu memaparkan kedua-duanya memakai persalinan fabrik yang sama ungu berbunga.
View this post on Instagramaafiyah matching matching dengan ibu malam ni.. ???
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Aafiyah yang kini berusia 8 bulan sudah boleh duduk pada baby chair dan ini adalah satu perkembangan yang baik bagi bayi seusianya.
Sebagai anak kepada ratu pop nombor 1 Malaysia, si kecil ini sentiasa mendapat perhatian para netizen. Para peminat ibunya tidak puas menatap gelagat dan aksi Aafiyah serta memuji kecomelannya.
NAMPAK MACAM DAH BESAR
SI BIBIR MERAH
MATCHY-MATCHY
SEJUK TENGOK MUKA AAFIYAH
SEIRAS DENGAN IBU
DAH PANDAI TENGOK KAMERA
DAH PANDAI NAK SELFIE WEFIE
Sumber: ctdk
Kelahiran bayi pramatang adakalanya tidak boleh dielakkan. Ia terjadi kerana pelbagai faktor daripada ibu dan bayi. Nak tahu lebih lanjut mengenai kelahiran & survival anak pramatang, boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma, 6 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Anak Saya Geli Nak Pijak Rumput, Dia Pembersih Sikit”, Jangan Larang, Biar Je Sensori Anak Dirangsang!

Anak kita lambat, anak elak nak buat itu dan ini, takut nak cuba semua perkara sebenarnya bukan kerana diri anak itu sendiri. Akan tetapi kerana larangan demi larangan yang dibuat mak ayah dalam proses awal hidup mereka.
Sebenarnya nak melarang tak salah namun jangan larang perkembangan anak. Biarkan anak merasai semuanya ketika mereka kecil bagi merangsang sensori awal anak-anak.
Menurut Dr Ain Zul, kurangnya rangsangan pada anak di awal perkembangan mereka membuatkan anak lambat bercakap, kurang bergaul dengan orang malah mempunyai masalah dalam tingkah laku mereka.
Mak Ayah Perlu Rangsang Deria Sensori Anak Dari Bayi
“Anak saya geli nak pijak rumput. Dia memang pembersih sikit”
“Anak saya takut nak pijak pasir pantai”
“Anak saya pulak mengada-ngada doktor. Dia memang taknak pegang dan makan sendiri, nak bersuap je”
“Anak saya lambat berjalan, tapi biasalah tu dulu ayah dia pun lambat berjalan”
“Anak tak berapa nak respons bila saya panggil nama dia. Panggil kuat baru dia dengar”
Kalau anak-anak mommies semua ada contoh masalah seperti di atas, bukan bermaksud anak kita pembersih, penggeli atau mengada-ngada tau. Tapi disebabkan sensory stimulation mereka kurang atau dalam keadaan yang teruk sikit, dipanggil Sensory Processing Disorder (Masalah Pemprosesan Sensori).
Kalau anak-anak ada masalah sensory dan kita tak atasi secara awal, nanti jangan terkejut kalau anak lambat bercakap, kurang bergaul dengan orang, ada masalah tingkah laku atau tak pandai pegang pen dengan betul.
Kenapa mummy cakap kita semua kena stimulate sensory anak awal-awal, sebab kita kena faham tahap perkembangan anak sangat kritikal di awal umur.
Tahap perkembangan anak ada 4 tahap kalau mengikut Teori Piaget;
1) Sensorimotor (0-2 tahun)
2) Preoperational (2-7 tahun)
3) Concrete Operational (7-11 tahun)
4) Formal Operational (11 tahun ke atas)
Tahap 1 & 2 adalah tahap paling kritikal sebab bila anak-anak dapat kuasai tahap sensorimotor melalui gerakan badan dan stimulasi sensori yang bagus, kebiasaannya ilmu atau pengalaman yang dah ‘dipegang’ oleh anak akan membantu anak untuk develop tahap seterusnya.
Tahap sensorimotor ni macam makanan untuk otak anak kita. Kalau kita tak bagi cukup makan, macam mana otak nak proses maklumat atau info yang datang bila besar nanti. Haa cenggitu lah secara ringkasnya.
So mummy just nak tekankan pasal sensorimotor ni. Basically, sensory kita ada deria;
– Rasa
– Sentuhan
– Bauan
– Penglihatan
– Pendengaran
– Keseimbangan Badan
– Propioseptif (Body Awareness)
Macam mana kita nak stimulate kesemua deria ni, lepaskanlah anak bermain??
Biarlah anak nak panjat tangga, panjat pagar.
Biar lah dia nak rasa pasir masuk dalam mulut pun.
Biar lah dia nak berlari kaki ayam.
Biarlah dia nak pegang kayu, batu, benda sejuk, cawan panas.
Biarlah dia nak conteng badan dia sampai tak nampak muka sekali pun.
Kita ibu ayah boleh monitor dan main bersama, jangan sikit-sikit
“jangan panjat nanti jatuh”
“jangan main pasir, kotor ada cacing”
Anak baru nak explore, kita dah halang separuh jalan? Maklumat baru nak sampai kat otak tapi dah kene block sudahnya anak tak tahu apa rasa pijak pasir, anak tak tahu nak balancekan badan bila panjat tangga, anak lambat berjalan dan sebagainya.
So mommies semua dapat tak point penting kenapa sensory stimulation ni perlu, penting dan bagus untuk anak?
Nanti mummy sambung lagi pasal sensory play ni tau.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baru Tahu Perasaan Mak-Mak. Mawar Tengok Raden Gelak Terus Hilang Penat

Pelakon Mawar Rashid berkongsi rasa gembira dan teruja apabila mendengar ketawa puteranya sehinggakan dia terkadang tidak percaya yang dia sudah melahirkan seorang anak lelaki.
Mawar, 23, mendedahkan anaknya, Raden Mohammed Rafael, 4 bulan, kini sudah pandai memberikan respon dan ketawa apabila diusik.
“Actually baby dah pandai respon senyum dah lama terutama bila tengok muka orang tapi sekarang hati makin berbunga bila dia dah pandai ketawa, cheeky betul.
“Alhamdulillah, saya happy bila doktor beritahu perkembangan anak saya agak cepat,” ujar Mawar.Mawar dan suaminya, Raf Yaakob ditemui selepas membuat kemunculan istimewa pada majlis Caltex Techron bertempat di One World Hotel, Damansara baru-baru ini.
Tambah Mawar lagi, apabila pulang ke rumah lepas bekerja dan melihat wajah anak, hilang segala penat lelah.
Takut Hantar Kepada Pengasuh
Menurut Mawar dia sangat beruntung dikurniakan rezeki ada ibu, ibu saudara dan ibu mertua yang sangat membantu untuk menjaga anak. Alhamdulillah saya dikelilingi oleh ramai orang tersayang.
“Saya takut nak hantar anak ke rumah pengasuh memandangkan Raden masih kecil. Kalau dah capai satu tahap umur nanti, saya rancang nak hantar dia pergi playschool terus,” jelasnya lagi.
Menurutnya lagi, dengan kehadiran suami dan anak-anaknya, impiannya untuk bergelar ibu sudah tercapai dan segalanya memberikan erti yang besar buat dirinya.
“Walaupun ada masanya penat tapi rasa sangat bahagia melihat wajah anak dan suami,” katanya.
Sumber: Gempak & Ig Mawar Rashid
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Masalah Tulang Pinggul Bayi Teralih, Hati-Hati Pilih Penggendong Bayi Pastikan Ia Diguna Dengan Betul!

Masalah tulang pinggul bayi teralih atau hip dysplasia kerap ditemui pada masa pemeriksaan selepas bayi baru lahir oleh doktor (kongenital) tetapi ada yang berkembang selepas itu.
Hip dysplasia yang berpunca daripada masalah kongenital sejak lahir seperti genetik, masalah dalam rahim, kedudukan bayi yang songsang dan ketidakseimbangan hormon ibu semasa hamil.
Bagi hip dysplasia yang terjadi selepas lahir (bukan kongenital), ia sukar untuk dikesan kerana tidak menyebabkan rasa sakit pada bayi dan biasanya tidak menghalang mereka daripada belajar berjalan dan berjalan pada usia yang sepatutnya.
TANDA-TANDA SEBELUM BAYI BERJALAN
Anda perlu memerhatikan tanda awal hip dysplasia pada bayi seperti berikut;
-Kesukaran untuk menukar lampin anak kerana bahagian kelangkangnya sempit.
– Lipatan kulit pinggul tidak seimbang antara satu sama lain.
– Sebelah kaki pendek dan terkeluar.
– Pinggul berbunyi setiap kali digerakkan.
TANDA-TANDA SELEPAS BAYI BERJALAN
Apabila kanak-kanak mula berjalan ibu bapa mungkin melihat kaki anak tengkot. Jika hip displasia ini melibatkan kedua-dua belah kaki, mereka kemungkinan akan berjalan seperti itik dan punggung tertonggek. Sekiranya ia berlaku pada sebelah sahaja dan tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kaki anak jadi pendek sebelah.
PASTIKAN PENGGENDONG BAYI DIGUNAKAN DENGAN BETUL!
Pemakaian penggendong bayi yang salah boleh menjadi salah satu punca kepada masalah tulang pinggul ini. Perhatikan penggendong yang anda gunakan dan cara pemakaiannya terhadap bayi, adakah ia mendedahkan si manja kepada masalah hip dysplasia? Pastikan bentuk penggendong dan cara pemasangannya tidak menghalang perkembangan semula jadi pinggul bayi.
1.PENGGENDONG BAYI JENIS HARNESS
CARA TIDAK DISARANKAN
Pinggung tidak disokong sehingga sendi lutut. Tekanan pada sendi pinggul menyumbang kepada berlakunya hip dysplasia.
CARA YANG DISARANKAN
Pinggul disokong sehingga ke sendi lutut. Tekanan pada sendi pinggul adalah minimum kerana kedua-dua belah kaki terkangkang, tersokong oleh penggendong. Pinggul berada dalam keadaan lebih stabil.
Pastikan pinggul bayi berada pada paras tulang rusuk mama/papa. Bayi seperti duduk dengan kedua belah paha terbuka dan mengelilingi bahagian bawah tulang rusuk ibu (spread squat position). lutut bayi lebih tinggi daripada punggung dan seolah-olah terlipat sedikit bagi memastikan bahagian pinggul disokong.
2.PENGGENDONG BAYI JENIS SLING
CARA TIDAK DISARANKAN
Pemakaian baby sling yang memerlukan posisi kaki bayi berada dalam keadaan lurus dan dirapatkan.
CARA YANG DISARANKAN
Baby sling perlu menyokong pinggul dan membiarkan kedua-dua belah kaki terbuka bagi memastikan pinggul dalam posisi stabil.
DAPATKAN RAWATAN SEGERA
Jika khuatirkan kedudukan tulang pinggul bayi anda dan mungkin telah menunjukkan tanda-tandanya, dapatkan rawatan doktor segera. Pemeriksaan akan dijalankan untuk mengesan sebarang tanda-tanda hip dysplasia. Ujian ultrasound biasanya dilakukan untuk bayi yang berusia kurang daripada tiga bulan manakala ujian X-ray dilakukan untuk bayi yang berusia enam bulan ke atas.
Sumber: International Hip Dysplasia Institute
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI