Siti Aafiyah, anak perempuan Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini sudah pandai wefie (berswafoto). Wajahnya juga dikatakan semakin seiras dengan ibunya. Foto wefie mereka mendapat perhatian netizen sehingga menerima hampir 200k likes dalam masa 9 jam!
Foto yang dimuat naik di Instagram Dato’ Sri Siti itu memaparkan kedua-duanya memakai persalinan fabrik yang sama ungu berbunga.
Aafiyah yang kini berusia 8 bulan sudah boleh duduk pada baby chair dan ini adalah satu perkembangan yang baik bagi bayi seusianya.
Sebagai anak kepada ratu pop nombor 1 Malaysia, si kecil ini sentiasa mendapat perhatian para netizen. Para peminat ibunya tidak puas menatap gelagat dan aksi Aafiyah serta memuji kecomelannya.
Kelahiran bayi pramatang adakalanya tidak boleh dielakkan. Ia terjadi kerana pelbagai faktor daripada ibu dan bayi. Nak tahu lebih lanjut mengenai kelahiran & survival anak pramatang, boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma, 6 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dukung bayi memang menyeronokkan, tapi jangan sembarangan. Awas, elakkan daripada menggoncang kepala bayi terlalu kuat semasa mendukung!
Sebagai ibu bapa baru, mama papa mungkin berasa kekok dan gementar untuk mendukungnya. Teknik dan posisi dukung yang betul mengikut usia bayi boleh mengelakkan kecederaan.
Mengetahui cara mendukung bayi mengikut usia yang betul menjadi perkara penting yang perlu diketahui bagi semua ibu bapa baru. Dukung adalah salah satu cara yang paling efektif yang perlu dilakukan untuk bonding, mengeratkan ikatan kasih sayang antara mama, papa dan anak.
Mendukung dengan betul mampu mengurangi risiko-risiko yang tidak diingini iaitu antaranya risiko kecederaan sendi memandangkan sendi-sendi bayi masih lembut.
CARA DUKUNG BAYI
Usia 0 Hingga Tiga Bulan
1.Pada fasa ini, tulang bayi masih sangat lemah. Maka posisi dukung yang terbaik adalah dengan membaringkannya di lengan anda. Satu lipatan siku anda untuk menyokong leher dan kepalanya sementara tangan yang lain untuk menyokong punggung, belakang dan kakinya. Posisi bayi dekat dengan dada anda sehingga bayi berasa selesa.
Anda juga dapat dukung bayi dengan posisi tegak dengan kepala si kecil atas bahu anda dan menghadap ke belakang. Sandarkan bahagian dada bayi pada dada anda. Sokong bahagian lehernya dengan menggunakan satu tangan dan tangan yang satu lagi sokong bahagian punggung dan belakang. Bayi di atas satu bulan dapat posisi dukung ialah setengah duduk. Sebelah tangan anda menyokong belakang sementara tangan lain memegang bahagian dada. Pastikan kepala bayi bersandar pada dada.
Usia Tiga Hingga Enam Bulan
Biasanya usia ini bayi lebih senang jika didukung pada posisi duduk dengan menghadap ke arah depan. Kerana bayi sudah biasa duduk di pangkuan dan tidak selesa jika dibaringkan.
Usia Enam Bulan Ke Atas
Bayi sudah tidak terlalu ringan, bahagian tulang dan ototnya juga semakin kuat sehingga dapat mendukungnya dengan pelbagai posisi. Misalnya dengan didudukkan di bahagian depan dada dengan menggunakan sebelah tangan yang menyokong belakangnya dan tangan lain untuk menyokong punggungnya.
Usia Lapan Bulan
Teknik dukung bayi pad usia ini tidak jauh berbeza dengan usia 6 bulan k atas. Cuma anda boleh dukungnya di pinggang anda dengan kaki bayi melingkar di bahagian itu. Anda boleh menggunakan satu tangan sahaja untuk menyokong badan bayi.
Ketika si kecil semakin membesar, meniarap dan merangkak, elakkan terlalu kerap mendukung kerana ia menghalang proses eksplorasi bayi kepada sekeliling. Tummy time amat mustahak untuk menggalakkan proses sensori yang elok untuk pertumbuhan fizikal dan emosi.
RISIKO SINDROM GONCANG BAYI
Kadang-kala bila anak sedang menangis, mama dan papa akan terus mendukungnya serta mendodoikan untuk menghentikan tangisannya. Ada juga yang dukung bayi dengan membawa jalan-jalan sekitar rumah.
Namun, ada segelintir ibu bapa yang mendukung bayi cara yang salah. Malah ada yang tidak tahu kesan dari cara dukung bayi yang disusuli gerakan mengayun atau menggoncang. Ia yang dinamakanShaken Baby Syndrome atau SBS.SBS ini lebih sering menimpa anak-anak yang usianya bawah satu tahun. Hal ini sangat serius dan boleh menyebabkan kecederaan yang serius seperti kerosakan otak atau pendarahan otak, mata, penyakit lainnya seperti kelumpuhan, epilepsi, bahkan yang paling berbahaya boleh menyebabkan kematian.
Ini berlaku kerana ukuran kepala bayi yang lebih besar dibandingkan dengan tubuh dan mempunyai leher yang sangat lemah yang akhirnya boleh menyebabkan tekanan akibat goncangan yang kuat dan terlalu lama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Stimulasi awal iaitu rangsangan bahasa boleh diberikan seawal dari bayi lagi dan ini merupakan kunci utama untuk melatih kebolehan kanak-kanak bercakap. Berikut merupakan antara tips penting melatih anak belajar bercakap.
1. Sebut perkataan berulang kali
– terutama perkataan yang baru diajar
– ulang perkataan dalam situasi dan konteks yang berbeza
– pengulangan membantu anak memahami dan mengingati perkataan yang telah diajar
2. Lakukan pengembangan ayat
– salah satu kaedah untuk mengajar anak menghasilkan ayat yang lebih panjang
– dilakukan dengan meniru semula perkataan /ayat yang disebut oleh anak dan menambah satu atau dua perkataan untuk menjadikan ayat lebih panjang
– sekiranya anak boleh sebut 1 patah perkataan, anda tambah perkataan hingga jadi 2 atau 3 patah. Sekiranya anak boleh sebut 2 patah perkataan, tambah sehingga jadi 3 atau 4 patah.
-tetapi penambahan perkataan perlulah secara natural dan tidak semestinya rigid sehingga ayat menjadi kaku
3. Gunakan intonasi yang menarik
– beri penekanan pada perkataan yang disebut dengan menggunakan memek muka yang jelas serta intonasi yang menarik
– ubah intonasi anda dengan menekankan sesetengah bunyi atau secara berlagu untuk menarik minat anak
Mulakan langkah pertama untuk berinteraksi dengan anak anda hari ini. Jadikan ia satu perkara rutin dan amalan harian maka secara tidak langsung dapat merangsang pembelajaran bahasa mereka. Selamat mencuba!
Masih ada yang mempertikaikan status buah hati Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya iaitu Tiara Zinnirah sama ada sah menjadi mahramnya atau tak selepas pasangan ini mengambil anak angkat Mei lalu.
Menurut Achey walaupun sebelum ini isterinya gagal menghasilkan susu badan sendiri tapi Allah mempermudahkan urusannya sekeluarga.
“Saya boleh menarik nafas lega apabila status Tiara dah sah.
Dedah Achey, dia punyai alternatif sendiri apabila isterinya gagal menghasilkan susu badan sendiri.
“Isteri saya berusaha untuk memberikan susu badan untuk anak angkat saya namun kurang berjaya.
“Jadi, doktor sarankan agar berhenti kerana risau akan menjadi punca kanser payudara.
“Pilihan lain yang saya ada hanyalah kakak saya yang kebetulan sedang menyusu badan, jadi dialah ibu susuan Tiara.
“Selain itu, biras saya pun menjadi ibu susuan Tiara. Jadi tiada masalah untuk halalkan hubungan Tiara dan keluarga kami. Kedua-dua keluarga muhrimnya,” kata Achey.
Achey juga menyatakan sebelum itu dia dah pun mendapat pandangan ustaz dan mufti berhubung perkara ini sebab ia sangat merisaukannya.
Dapat pandangan ahli agama
Menurut ulamak, Tiara perlu sekurang-kurangnya lima kali puas susuan dan syukur dapat lapan kali.
“Urusan ini selesai pada Aidiladha lalu dan semuanya berjalan lancar. Tiara sudah jadi darah daging saya,” tambahnya.
Achey yang mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah sejak tujuh tahun lalu mengambil Tiara Zinnirah sebagai anak angkat sebelum Syawal lalu.
Sumber: Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!