Sudah 5 bulan usianya Siti Aafiyah, sekejap rasanya masa berlalu. Makin comel dan berisi, dialah penghibur dan penawar ayah dan ibu.
Lazimnya bayi akan mula mengambil makanan pelengkap selain daripada susu ibu pada usia enam bulan. Sesungguhnya memasak dan menyuapkan anak makan bagi ibu-ibu adalah menyeronokkan sekali, tambah-tambah lagi jika bayi disajikan dengan makanan yang dimasak sendiri.
Jadi, jika mengikut perkiraan usia, bulan depan Aafiyah akan mula mengambil makanan pelengkap. Perasaan teruja sama seperti ibu lain, Datuk Siti juga menyatakan perasaan excited ingin memberikan Aafiyah makanan pelengkap. Perkara ini dikongsikan Datuk Siti di Instagram yang memaparkan gambar beliau bersama Aafiyah dan Datuk K.
Bismillah..Harini anak ibu genap 5 bulan.. Alhamdullillah, Siti Aafiyah penghibur & penawar ayah dan ibu…Bulan depan sayang ibu dah boleh makan.. ibu yg excited.. Semoga Allah SWT terus melindungi mu & memberi ‘aafiyah’ buat anak ibu sayang.. ??
Para follower dan netizen juga turut teruja dan mendoakan kesejahteraan Aafiyah serta berkongsi tip tentang pemakanan anak.
Sumber: @ctdk
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
26 Stimulasi Sensori Untuk Baby 12 Bulan Ke Bawah. Mesti Buat Janji Mama & Papa Kena Gigih
Ketahui stimulasi sensori bulan ke bulan sesuai dengan tumbesarannya boleh dibuat di rumah!
Senang dan mudah sahaja melakukannya. Janji mama & papa kena rajin dan gigih.
1 BULAN
Bayi akan terbaring sepanjang masa kecuali semasa diangkat. Bagaimana pun, bayi telah mula membuat gerakan seperti membuat gerakan menggunakan tangan, menendang, memberikan respons kepada bunyi-bunyian tetapi penglihatannya masih lemah dan sedang berkembang.
CARA RANGSANGAN
• Biarkan bayi menggenggam jari anda.
• Baby mobile atau mainan yang berwarna hitam putih.
• Mainan yang berbunyi seperti kerincing.
• Penyusuan susu ibu menggalakkan rangsangan penglihatan di mana bayi akan memandang ibu semasa menyusu.
3-4 BULAN
Bayi sudah mula meniarap dan mengangkat bahagian atas badannya. Kepalanya boleh diangkat 45 darjah. Bayi sudah tahu kaitan antara perkara yang dilakukan dan dilihat saling berkait.
CARA RANGSANGAN
• Berikan mainan yang boleh digenggam bayi.
• Berikan bayi buku atau kad imbasan yang mempunyai dua warna yang kontras seperti hitam putih merah putih dan sebagainya.
• Gerakkan objek yang bergantung sebagai rangsangan kepada penglihatan si manja.
5-6 BULAN
Ada bayi pada peringkat usia 5-6 bulan sudah boleh duduk dengan sokongan seperti bantal pada bahagian belakang. Mula membuat bunyi-bunyian untuk mendapatkan perhatian orang lain. Berbaring, meniarap dan bergolek pelbagai cara. Pada usia enam bulan, bayi boleh diberikan makanan pelengkap seperti puri yang dikisar halus.
CARA RANGSANGAN
• Berikan mainan yang mudah dipegang dan digerakkan.
• Sediakan mainan berbentuk bulat seperti bola untuk rangsangan bayi untuk merangkak.
6-7 BULAN
Bayi pada usia ini biasanya sudah berupaya untuk duduk sendiri dan berpusing. Koordinasi mata tangannya semakin baik dan lebih banyak ekspresi wajah ditunjukkan.
CARA RANGSANGAN
• Perbanyakkan cara bermain yang melibatkan nyanyian, bercakap dan praktis vokal.
• Main tepuk tangan.
• Bebola mainan dari jenis lembut (plushies) sesuai untuk diberikan pada usia ini.
• Menerokai dan cuba menyiasat mengenai tubuh badannya.
7 -8 BULAN
Bayi mula merangkak, mengambil objek dengan dua jari dan sudah tahu beberapa bahasa badan untuk sesuatu (seperti melambai), lebih banyak ekspresi melalui vokal atau suara, babbling dan seolah-olah faham bahasa yang dituturkan orang dewasa.
CARA RANGSANGAN
• Galakkan bayi untuk mengalihkan mainan dari sebelah tangan kepada sebelah lagi tangan.
• Mainan jenis susun bertingkat sangat baik untuk melatih koordinasi mata tangan.
• Anda sudah boleh menyuapkan makanan kepadanya secara berhadapan untuk menggalakkan interaksi dengannya.
8-9 BULAN
Bayi merangkak semakin laju. Malah ada yang mula berpaut pada objek di sekeliling seperti perabot dan mama dan papanya untuk bangun. Bayi mula mengetuk objek untuk menghasilkan bunyi, berkomunikasi dengan orang dewasa dengan bahasa badan dan bunyi-bunyian. Tekstur makanannya juga berubah kepada yang lebih kasar.
CARA RANGSANGAN
• Boleh berikan bayi mainan yang boleh dicubit.
• Dia juga semakin mahir melepaskan mainan
• Suka bermain mainan jenis treasure box yang mempunyai elemen surprise (kejutan).
• Anda boleh memegang bawah lengan bayi untuk mengajarnya bertatih.
10 BULAN
Bayi sudah boleh berdiri sendiri tanpa sokongan selama beberapa saat. Dia boleh berjalan beberapa langkah dengan mainan jenis sorong. Boleh memanggil ibunya dan suka melihat orang lain bermain. Masih tidak pandai untuk berkongsi mainan.
CARA RANGSANGAN
• Sediakan memasang mainan yang berbentuk set.
• Latih bayi minum air dengan cawan.
• Boleh berikan mainan yang lebih complicated.
11-12 BULAN
Bayi sudah boleh menyusur laju dengan berpegang dengan objek. Sudah pandai membelek muka surat buku, sebutan perkataan yang lebih jelas, imaginasi lebih kuat dan lebih aktif. Boleh menuturkan beberapa perkataan yang bermakna.
CARA RANGSANGAN
• Sediakan mainan yang boleh dipicit seperti mengalihkan pompom ke dalam bekas mengikut warna, menggunakan penyepit dan sebagainya.
• Mainan jenis ‘letak dan bergerak’ dan jenis mekanikal bagus untuk membentuk persepsi bayi.
• Ajar bayi untuk makan dan minum dengan sendiri.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Meena Dah Pandai Panggil Abah, Yom Dah Boleh Jalan, Netizen Sebak Lihat Reaksi Dato’ Aliff & Datin Shahida
Meena dan Yom menunjukkan perkembangan terbaru dan membuatkan abah dan mamanya gembira. Meena sudah pandai menyebut perkataan abah manakala Yom pula sudah mula pandai berjalan! Netizen sebak lihat reaksi abah dan mamanya.
Walau pun asalnya dua anak kecil ini adalah anak angkat dan kemudiannya menjadi anak susuan, namun kasih sayang yang diterima tidak kurang. Apabila menunjukkan perkembangan baru, Dato’ Sri Aliff & Datin Sri Shahida memang teruja.
Dato’ Sri Aliff telah memuatnaik video di akaun Instagram menunjukkan pencapaian atau milestone kedua-dua anaknya itu. Video tersebut memaparkan Meena menyebut perkataan abah manakala Qayyum atau Yom pula berjalan tatih.
Kapsyennya pula menggambarkan terharu dan bersyukurnya beliau apabila anak-anak yang masih kecil sudah pandai memanggil abah dan sudah mula pandai berjalan.
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Netizen sebak melihat perkembangan kedua-dua anak kecil ini dan tersentuh serta sebak dengan reaksi Dato’ Sri Aliff & Datin Sri Shahida.
KEBAHAGIAN SEORANG IBU & ABAH
ANGGAP SEPERTI ANAK KANDUNG
TOUCHING TERHARU
COMEL JE MEENA SEBUT ABAH
CARA DATIN SRI SHAHIDA LEMBUT & PENUH KASIH SAYANG
sumber: aliffsyukriterlajaklaris & babyterlajaklaris
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Umur Setahun Kuat Merajuk & Sensitif, Ibu Ayah Jangan Cepat Melenting
Anak umur setahun kuat merajuk dan sensitif, ibu ayah jangan cepat melenting. Menghadapi anak umur setahun yang kuat merajuk dan sensitif. Anak yang berumur setahun sedang melalui fasa perkembangan yang penting, di mana mereka belajar mengenali dunia di sekeliling mereka serta memahami perasaan dan emosi mereka.
Anak Umur Setahun Kuat Merajuk & Sensitif
Namun, ada kalanya ibu bapa berdepan dengan situasi di mana anak mereka kuat merajuk dan sensitif. Artikel ini akan memberikan panduan dan nasihat untuk menghadapi anak yang berperangai sebegini dengan bijak.
Memahami Emosi Anak
Pada umur setahun, anak-anak belum sepenuhnya menguasai bahasa untuk menyatakan perasaan mereka. Oleh itu, mereka mungkin menunjukkan emosi mereka melalui tangisan, merajuk, atau kelakuan sensitif.
Mereka masih dalam proses belajar tentang perasaan seperti marah, kecewa, gembira, dan sedih. Sebagai ibu bapa, penting untuk memahami bahawa merajuk dan sensitiviti adalah cara anak-anak kecil ini berkomunikasi dan meluahkan perasaan mereka.
Ibu Ayah Jangan Cepat Melenting
Tip Menghadapi Anak yang Kuat Merajuk
Beri Perhatian Sepenuhnya
Apabila anak anda merajuk, cuba berikan perhatian sepenuhnya kepada mereka. Tunjukkan bahawa anda memahami perasaan mereka dengan berbicara secara lembut dan penuh kasih sayang. Katakan bahawa anda faham mereka sedang marah atau sedih dan cuba untuk menenangkan mereka.
Jangan Cepat Marah
Bersikap tenang adalah kunci utama dalam menghadapi anak yang merajuk. Jika anda turut marah, situasi mungkin akan menjadi lebih tegang. Sebaliknya, cuba bernafas dengan tenang dan tunjukkan sikap sabar. Anak-anak cenderung meniru tingkah laku ibu bapa, jadi menunjukkan sikap tenang dapat membantu mereka belajar untuk mengawal emosi mereka.
Alihkan Perhatian
Salah satu cara yang efektif untuk mengurangkan rajukan adalah dengan mengalihkan perhatian anak kepada aktiviti atau benda lain. Mainan kesukaan mereka, buku cerita, atau aktiviti yang melibatkan pergerakan boleh membantu mereka melupakan sebab mereka merajuk.
Beri Pelukan dan Sentuhan Fizikal
Sentuhan fizikal seperti pelukan dan usapan lembut dapat memberikan ketenangan kepada anak yang merajuk. Ini memberikan mereka rasa selamat dan disayangi, serta membantu mengurangkan rasa marah atau kecewa.
Mengurus Anak yang Sensitif
Kenali Punca Sensitiviti
Perhatikan apa yang menyebabkan anak anda menjadi sensitif. Adakah mereka sensitif kepada bunyi bising, suasana yang terlalu ramai, atau perubahan dalam rutin harian? Dengan mengenal pasti punca, anda boleh mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan faktor-faktor yang mencetuskan sensitiviti tersebut.
Ciptakan Rutin yang Konsisten
Anak kecil biasanya merasa lebih selamat dan tenang dengan rutin harian yang konsisten. Pastikan waktu makan, tidur, dan bermain mereka teratur dan tidak terlalu banyak perubahan. Ini dapat membantu mengurangkan kebimbangan dan sensitiviti mereka.
Berikan Sokongan Emosi
Sentiasa berikan sokongan emosi kepada anak yang sensitif. Berbicaralah dengan mereka, bacakan cerita, atau hanya duduk bersama mereka apabila mereka kelihatan cemas atau sedih. Kehadiran dan sokongan anda sangat penting bagi mereka untuk merasa dihargai dan disayangi.
Ajarkan Cara Mengatasi Emosi
Mulakan dengan mengajarkan anak tentang pelbagai jenis emosi dan bagaimana untuk mengatasi perasaan tersebut. Contohnya, ajarkan mereka untuk menarik nafas dalam-dalam apabila mereka merasa marah atau sedih. Latihan ini boleh dimulakan dengan cara yang mudah dan berulang kali sehingga mereka memahaminya.
Menghadapi anak yang kuat merajuk dan sensitif memerlukan kesabaran, pemahaman, dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Setiap anak adalah unik dan mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan perasaan mereka.
Dengan pendekatan yang betul, ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka mengatasi perasaan mereka dan membesar dengan gembira serta yakin diri. Ingatlah bahawa setiap fasa perkembangan ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang akan membantu mereka menjadi individu yang lebih kuat dan bijaksana di masa hadapan.
Baca artikel lain juga: Anak Jadi Murung Bila Banyak Kerja Mak Ayah Dia Yang Kena Buat
Anak Gurau Kasar, Tak Pandai Makan Sendiri Pakai Baju, Tanda Anak Malas Deria Sendi
Tip Ajar Anak Mengaji Al-Quran Tanpa Memaksa, Umur 3 Tahun Dah Boleh Mula
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI