Aafiyah Makin Besar Makin Comel! Follower Meneka Wajahnya Mirip Ibu Atau Ayah

Share

Siti Aafiyah, anak perempuan Dato’ Sri Siti Nurhaliza kini mencecah usia 8 bulan. Semakin membesar, dia juga semakin comel. Para follower meneka wajahnya ialah gabungan kedua-dua ayah dan ibunya.

Kata orang dulu-dulu, bayi akan berubah-ubah wajahnya ketika dalam proses pembesaran. Sekejap akan menyerupai ibu dan kemudian ayahnya.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza memuatnaik gambarnya bersama Aafiyah dan suaminya, Dato’ Sri Khalid Instagram dan bertanya kepada followers senyuman Aafiyah mirip ayahnya atau ibu.

ctdk aafiyah senyum ni ikut ayah ke ibu?

Kelahiran Siti Aafiyah yamat dinanti-nantikan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan suami setelah 12 tahun. Para peminat juga sudah tentu teruja dengan setiap perkembangan yang berlaku pada anak penyanyi kesayangan mereka.

Para follower mengatakan senyuman Aafiyah ialah gabungan antara kedua-duanya. Apa pun, Aafiyah memang comel. Rakan selebriti seperti Hanis Zalikha, Rossa, Khai Bahar, Ifa Raziah, Zarina Zainuddin turut memberikan komen Aafiyah adalah gabungan kedua-dua ibu dan ayah serta memuji kecomelan Aafiyah.

Para follower juga turut memberikan komen. Ada yang mengatakan Aafiyah mirip wajah ibunya dan ada yang mengatakan dia seiras ayahnya.

Sumber: ctdk


Malnutrisi bermakna anak tidak cukup nutrien dan zat untuk tumbesaran. Anak malnutrisi tanpa ibu ayah sedari kerana pemakanan yang tidak seimbang? Malnutrisi akan memberikan impak kepada tumbesaran anak secara mental & fizikal.

Nak dapatkan info lanjut mengenai malnutrisi pada si kecil, mama papa mesti tonton rancangan TV Pa&Ma episod Kesan Anak Malnutrisi yang akan ke udara pada 27 November 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam. 

Published by
Azma ML