Masih dalam mood raya, si comel Aaisyah masih lagi jadi perhatian peminat ibunya walaupun dah masuk minggu ke-3 Syawal. Dengan gaya yang tak pernah kalah, ramai yang suka melihat aksinya yang bersahaja.
Bab berfesyen, gaya Aaisyah macam mummy. Semua pakaian yang digayakan cantik-cantik dan sedondon pula tu. Untung sangat Aaisyah!
Nak tahu cantik ke tak baju raya Aaisyah boleh tengok gayanya mengenakan baju raya yang cantik rekaan pereka terkenal pilihan mummy nya sejak dari raya pertama hingga pakaian ke rumah terbuka yang dihadiri mereka sekeluarga.
Bukan sahaja pakaian yang digayakan Aaisyah, gelang tangan yang dipakainya juga turut jadi perhatian netizen.
“Tudiaa gelang aaisyah”
“Besau nyo gelang sha”
“Omg lawanyaaaa!”
“Gelang sajat..comel aje”
Ramai yang teruja tengok gelang Aaisyah. Tak kurang juga yang cakap bertuah betul Aaisyah jadi anak perempuan Che Ta.
Dua Abang Bodyguard Aaisyah
Aaisyah juga beruntung kerana bila dia satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, semua memberi tumpuan padanya.
Boleh dilihat keakraban dua abang yang rajin melayan keletah Aaisyah, ternyata dia begitu disayangi walaupun jarak umur mereka jauh berbeza.
Tak hairanlah bila Aaisyah besar nanti abangnya bodyguard Aaisyah.
Sumber: ig aaisyahdhiarana & rozitachewan1
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mama Tak Malu Ada Anak Autisme! Lagi Bangga Sebab Danish Boleh Berdikari Sendiri
Dalam soal zuriat, semua ibu bapa pastinya mengharapkan anak yang dilahirkan sempurna dan membesar dengan normal. Namun jika Allah pilih kita untuk membesarkan anak istimewa, pasti ada ganjaran pahala.
Betul cabaran membesarkan anak istimewa bukan mudah, melainkan jika ada kesabaran yang tinggi. Mungkin setiap ibu bapa yang ada anak istimewa mempunyai pendekatan tersendiri untuk mengajar dan mendisiplinkan anak. Tujuannya hanya satu untuk pastikan anak boleh berdikari.
Seperti perkongsian ibu ini yang mempunyai anak autisme, Puan Nor Azlinda Abdul Kader, caranya mendidik Danish mungkin agak tegas tetapi dia bersyukur dapat melihat perkembangan positif.
Kena kuat semangat
Agak risau juga untuk berkongsi pengalaman saya mendidik Danish menjadi seperti sekarang dan alhamdulillah mampu berdikari serta boleh buat kerja rumah.
Danish sama seperti kanak-kanak autisme yang lain. Ketika usianya 3 atau 4 tahun, dia selalu mengamuk bila tak dapat sesuatu barang yang dia inginkan. Dia suka hantukkan kepalanya ke lantai dan dia suka baling-baling barang.
Pada mulanya saya memujuk, saya perhatikan saja. Tak tahu nak buat apa ketika dia berada dalam keadaan seperti itu. Bila dia hantukkan kepalanya, saya akan lapikkan bantal. Bila dia balik barang, saya kemaskan balik.
Tiba-tiba, saya dapat satu idea untuk buat apa yang dia buat tapi saya buat lebih ganas dari dia. Rupanya dia takut pada orang yang lebih tegas, garang dan beri dia sedikit rasa sakit yang boleh menyebabkan dia rasa serik untuk melakukan hal tersebut.
Faham kehendak anak
Bila saya dapat kunci kelemahannya, saya praktikkan cara itu. Contoh, bila dia hantukkan kepalanya, saya akan hantukkan kepalanya dengan kuat sedikit yang menyebabkan dia terkejut dan agak takut untuk mengulanginya lagi. Bila dia baling barang, saya akan hempaskan sesuatu barang yang menyebabkan dia rasa takut untuk mengulanginya.
Kalau dia nakkan sesuatu, saya akan ajar dia sebut barang itu dan saya akan pastikan matanya melihat kearah mata saya dengan tepat. Memang perlu tahap kesabaran yang tinggi dalam mendidik dan membentuknya mengikut cara saya. Bukan dalam masa yang singkat ia berhasil, mengambil masa yang agak lama juga untuk melihat hasilnya.
Danish umur 5 tahun, dia dah tak pakai pampers sepenuhnya. Cara saya melepaskan pampersnya, agak sedikit kejam tapi saya terpaksa cuba dengan cara itu.
Saya mula buang pampersnya di malam hari. Saya beli pelapik alas meja plastik putih jernih, letakkan diatas tilam. Kemudian saya bentangkan converter, baru saya suruh dia tidur. Bila dia terkencing, saya akan cubit di pehanya, dia terkejut dan lari masuk bilik air.
Malam yang kedua berlaku perkara yang sama. Saya cubit di pehanya, dia lari masuk bilik air. Malam yang ketika, dia bangun kencing masuk bilik air dan seterusnya.. secara automatik waktu siangnya dia kencing dalam bilik air. Selesai bab kencing.
Kemudian bab dia nak buang air besar setiap kali dia nak buang air besar, dia akan tunjuk pampers. Saya tunjuk tandas cangkung kat dia, dia geleng kepalanya. Saya pakaikan juga Pampers, tapi saya hukum dia cuci najis sendiri. Bila dia pakai Pampers, najis tu akan melekat di punggungnya. Dia geli, dia menangis.. Saya tak perduli, saya paksa juga dia cuci najis dia sendiri.
Hari seterusnya dia nak buang air besar, tapi kali ni dia tak minta di pakaikan pampers, sebaliknya dia tunjuk tandas cangkung. Saya suruh juga dia cuci najisnya sendiri, tapi kali ni dia tak menangis.. mungkin sebab najis tak terkena sangat jarinya. Kemudian saya tanya dia, “nak berak pakai Pampers ke, nak berak kat tandas? ” Dia tarik tangan saya, tunjuk tandas. Alhamdulilah.. selesai bab Pampers.. ketika itu umur Danish 5 tahun..
Bagi saya, selagi sesuatu perbuatan itu tidak memudaratkan atau mendatang cedera yang teruk dengan niat untuk melatih dan mengajar, teruskan.
Kita tidak selamanya sihat atau hidup untuk menguruskan anak istimewa kita. Kena ajar anak berdikari dan pantau kembali apa yang kita suruh dia buat. Kalau tak bersih anak cuci, jangan marah. Ajak anak masuk bilik air dan ajar dia cuci sehingga dia mampu melakukannya dengan baik.
Selalulah beri pujian pada anak dengan sesuatu perkara yang diluar jangkaan yang boleh dia lakukan. Supaya anak lebih bersemangat untuk belajar menguruskan dirinya dengan baik.
Kredit: Nor Azlinda Abdul Kader
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Anak Saya Kebal, Jatuh Berdarah Tak Nangis. Suka Main Sendiri” Doktor Kongsi Tanda Awal Autisme
Dari sudut perubatan, autisme ialah keadaan di mana interaksi sosial seseorang terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda.
Pelbagai tanda-tanda awal autisme yang boleh ibu bapa perhatikan dan jika terdapat tanda-tanda ini, anak anda perlu dihantar kepada pakar dengan segera kerana anak autisme perlu dibantu dengan kadar segera seperti perkongsian daripada doktor kanak-kanak ini.
Mak ayah risau anak ada tanda-tanda awal autisme?
Cuba isikan dulu saringan M-Chat yang ada dalam buku rekod kesihatan bayi dan kanak-kanak.
Baca Juga:
Di Mana Mereka Sekarang? Kanak-Kanak Hilang Masih Belum Di Temui Sehingga Kini
Puding Dadih Susu & Buah Naga, Resepi Simple Untuk Bayi Yang Dalam Fasa ‘Teething’
Resepi Rendang Ayam & Kuah Kacang Versi Bayi, Memang Sedap! Baby Pun Boleh Makan Makanan Raya
Minggu ini ialah minggu kesedaran Autism. Tolong bantu saya kongsikan ilmu ini dengan mak ayah yang lain.
Kredit: Dr Redza Zainol
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Usia Ini Sepatutnya Anak Dah Pandai Kayuh Basikal & Buat Beberapa Perkara Sendiri, Semak Perkembangan Anak!
Tanggungjawab ibu bapa semakin besar seiringan dengan peningkatan usia anak. Ini apa yang perlu anda fahami berkaitan perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak.
(Dapatkan Mellur Jasmin Blouse Set dengan harga promo PA&MA sebanyak RM5 menggunakan promo kod – PNMGSP5 di GO SHOP)
Perkembangan fizikal kanak kanak
Istilah kanak-kanak kecil atau toddler, biasanya merujuk kepada anak yang berusia lingkungan 1 hingga 5 tahun.
Malah, kebanyakan daripada kita menganggap akhir usia bagi kanak-kanak kecil adalah apabila mereka bersedia untuk beralih ke alam prasekolah.
Jika terfikir tentang kanak-kanak berusia 3 atau 4 tahun, pasti terbayang betapa aktifnya mereka menggunakan kemahiran baru, bercakap dan meneroka dunia.
Tidak dinafikan adakalanya akan timbul kekeliruan mengenai perkembangan dan aspek keperluan dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Berikut antara 3 perkara asas yang perlu anda ketahui semasa membesarkan anak kecil.
#Titik pencapaian dalam pendidikan awal kanak-kanak
Semakin anak membesar, kemahiran dalam diri mereka juga akan bertambah. Seperkara yang perlu anda fahami, apa yang dikongsikan di bawah bukanlah kemahiran khusus kepada anak.
Namun ia adalah untuk membantu anda mengetahui kemahiran apa yang mungkin dapat dikembangkan seorang kanak-kanak pada usia ini.
Kemahiran komunikasi
- Secara konsisten menggunakan 2-3 frasa perkataan
- Sekurang-kurangnya 50% pertuturan difahami ibu bapa/penjaga
- Dapat mengikuti 2 arahan tidak berkaitan, seperti “Berikan Mama bola itu dan pakai kasut”
- Faham mengenai ‘milik saya’ dan ‘milik awak’
- Bertanyakan ‘apa’ dan ‘di mana’, faham soalan ‘mengapa’
Kemahiran motor kasar
Kemahiran yang menggunakan otot besar – kaki, lengan, tubuh dan leher.
- Melompat dengan kedua-dua kaki
- Naik dan turun gelongsor
- Mengayuh basikal beroda tiga
- Berjalan naik turun tangga dengan sebelah tangan dipegang
- Berjalan menggundur
Kemahiran motor halus
Kemahiran yang menggunakan otot kecil – tangan dan jari.
- Menyusun mainan blok
- Memegang krayon dengan jari
- Boleh memotong menggunakan gunting
- Melukis garisan menegak, mendatar atau bulatan
Kemahiran berdikari
Antara kemahiran penting dalam pendidikan awal kanak-kanak untuk mengajar anak melakukan sesuatu dengan sendiri.
- Menggunakan sudu dan garfu walaupun tertumpah
- Membasuh dan mengeringkan tangan dengan pemantauan
- Memberus gigi dengan bantuan
- Menggunakan tandas secara konsisten walaupun ada beberapa kali bocor
- Berpakaian dan menanggalkan pakaian dengan bantuan
- Meletak barang sendiri, bantu membersihkan rumah dan membuang sampah
Kemahiran kognitif
Melibatkan kemahiran mental seperti berfikir, belajar dan menyelesaikan masalah
- Terlibat dalam permainan bertukar watak (pretend) dan imaginatif
- Memadankan bentuk
- Memahami konsep ‘saya’
- Bermain bersama rakan sebaya
- Menyusun warna
- Mengenal pasti bahagian badan dan fungsinya
- Melengkapkan susun suai gambar 3 – 4 keping
#Memahami perkembangan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak
Ketika bayi memasuki tahun kedua kehidupan, mereka akan lebih bebas dan mempunyai keinginan untuk meneroka segalanya yang boleh dicapai.
Kebanyakan anak kecil sudah boleh berjalan apabila mencapai usia 1 tahun 6 bulan.
Si manja juga akan mula belajar bercakap, mengenal pasti dan meniru individu di sekeliling mereka serta dapat mengikuti arahan mudah.
Semua ini boleh dianggap sebagai proses pendidikan awal kanak-kanak. Semakin meningkat usia, anak anda akan belajar mengekspresi lebih banyak emosi, bercakap dalam frasa dan ayat.
Mereka akan menggemari permainan mudah, lagu dan irama, mula mempelajari mengenai warna, bentuk dan abjad.
Seperti span, anak akan menyerap segalanya dan mengingatnya dengan mudah. Namun, seperkara jangan dilupakan, anak anda masih memerlukan kuantiti tidur malam antara 10 hingga 12 jam bersama tidur siang.
#Keperluan nutrisi anak
Memberi anak kecil makan adakalanya boleh mendatangkan kekecewaan. Mungkin ketika berusia 6 bulan, anda boleh menyuapkan si kecil dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.
Namun apabila mereka semakin membesar, segalanya berubah. Anak akan lebih memilih atau cerewat dalam soal makan. Malah mereka mungkin makan dalam saiz hidangan lebih sedikit.
Usah bimbang, anda tidak keseorangan dalam hal ini, kerana keadaan itu boleh dianggap sebagai normal dan dialami oleh kebanyakan ibu bapa.
Apa yang penting, berat badan si kecil tetap bertambah dan aspek perkembangan fizikal kanak-kanak adalah normal.
Berikut antara cadangan yang boleh anda cuba untuk memastikan anak mendapat nutrisi yang diperlukan:
- Elak paksa anak makan
- Sediakan hidangan makanan utama dan snek sihat
- Bersikap fleksibel terhadap penerimaan anak kepada makanan baharu. Jika mereka menolaknya pada kali pertama, cuba lagi dalam tempoh beberapa hari atau minggu
- Realistik tentang jumlah pengambilan makanan anak
- Galakkan anak makan buah-buahan
- Elak menggunakan pencuci mulut sebagai ganjaran
- Jadikan makanan mudah untuk dimakan, seperti dipotong dalam saiz kecil dan bertekstur lembut
- Paling utama, ketika memberi anak makan, anda perlu sentiasa memantau dan memastikan mereka duduk ketika makan.
Ini penting untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
Kredit:Hello Doktor
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI