Pelakon jelita Aamyra Rosli sanggup “angkut” bayinya bersama ke set shooting semata-mata hendak menyusukan Aqeef Anaqi yang baru berusia lima bulan.

Mengakui pada peringkat awal mempunyai anak, dia selalu susah hati memikirkan bagaimana hendak tinggalkan si kecil untuk keluar bekerja.

Namun bersyukur sebab semuanya dipermudahkan terutama bila ibunya sendiri yang menjaga Aqeef. Jadinya masa shooting drama di lokasi sekitar Kuala Lumpur, mudah untuk ibu Aamyra yang juga merupakan pengurusnya membawa Aqeef ke set shooting bila-bila masa.

Bukan Aqeef sahaja yang menemani Aamyra di lokasi penggambaran tetapi Ammar Baharin juga turut sama setia meneman si isteri.

“Kalau Ammar free tak de shooting, dia pun akan datang sekali dengan mama dan Aqeef ke set Myra.

Aamyra Rosli “Angkut” Anak Ke Set Shooting Supaya Mudah Menyusukan Aqeef

Tapi diorang bukan ikut setiap hari, kalau free je daripada tak buat apa kat rumah, mama bawak la Aqeef ke tempat shooting Myra.

Diaorang tunggu dalam kereta sebab senang Myra nak direct susukan Aqeef. Nak pam agak leceh waktu tengah sibuk shooting,” ujarnya yang lebih tenang bila tengok anak depan mata.

 

Menangis Pertama Kali Berpisah Dengan Anak

Aamyra yang ditemui ketika memperagakan koleksi Anggun Aidilfitri Mek Kembang Cotton Fashion Show 2018 bersyukur kerana anaknya jenis tak merengek sangat dan sangat manja dan rapat dengan neneknya.

Aamyra Rosli “Angkut” Anak Ke Set Shooting Supaya Mudah Menyusukan Aqeef

Aamyra yang pernah berpisah selama empat hari dengan Aqeef gara-gara Ammar beli tiket mereka berdua ke Bangkok menangis ketika di sana.

IKLAN

“Geram dengan Ammar sebab beli tiket siap-siap. Lepas tu Myra tanyalah nak kena tinggal anak ke? Aduh baru faham macam mana perasaan seorang ibu bila terpaksa berpisah dengan anak.

Kalau dulu mesti excited bila Ammar ajak bercuti tapi bila ada anak perasaannya jadi lain. Ingatkan kita kuat bila tinggalkan anak tapi rupanya tidak. Aysik teringat dia je,”cerita Aamyra yang pertama kali meninggalkan Aqeef ketika dia berusia empat bulan.

Sepanjang di Bangkok, duta Baskin Robin ini asyik ber face time dengan anaknya sahaja untuk membuang perasaan rindu.

Sekarang Dah Semakin Ok

Aamyra Rosli “Angkut” Anak Ke Set Shooting Supaya Mudah Menyusukan Aqeef

Pengalaman mengajarnya menjadi lebih matang. Menyedari hakikat yang dia perlu juga keluar bekerja dan meningalkan anak seketika, Aamyra sudah semakin biasa dengan situasi berpisah sekejap dengan anak.

“Sekarang bila dah seminggu kerja dan anak tak depan mata, Myra dah get used to it. Tak delah asik nak face time je,” katanya yang bercadang untuk membawa anak dan suami ke Korea April nanti untuk penggambaran iklan Baskin Robin.

“Mula-mula dulu risau sebab Aqeef ayik berkepit dengan Myra je. Bila dah kenal orang dan Myra start kerja risau nak tinggalkan.

Mujur sejak dalam pantang lagi mama yang banyak uruskan Aqeef jadinya dia dah biasa dengan mama dan rapat sangat.

Kadang tu dia nampak mama macam mak dia, Myra macam alaaa….,”ceritanya sambil tergelak.

IKLAN

Cara Kekal Bertenaga Bila Dah Jadi Ibu

Walaupun masih muda tetapi sebagai pelakon, Aamyra ada cara tersendiri untuk mengekalkan tenaga dan staminanya untuk terus bekerja di siang hari dan menjaga anak pada waktu malam.

Tidak mengamalkan sebarang diet mengelak makan nasi kerana masih menyusukan bayi, Aamyra memberitahu selain menjaga waktu makan tepat pada waktunya, menguruskan Aqeef juga salah satu cara badannya kembali susut.

“Myra makan macam biasa. Tak ambik sebarang suplemen. Cuma kena tahu tanggungjawab untuk maintain badan kenalah disiplin. Lepas makan Myra tak terus minum air,” Aamyra berkongsi caranya kekalkan stamina dan berat badan kembali langsing lepas bersalin.

Anak Jadi Alarm

Bercerita tentang perjalanan hidup selepas bergelar ibu, Aamyra bersetuju kehadiran anak banyak mengubah diri seorang wanita itu menjadi lebih matang dan bertanggungjawab.

Penghibur hati mommy @aqeefanaqi . #AqeefAnaqi #Amyramar #AAA

A post shared by Madam Amar (@aamyrarosli) on

“Dulu Myra selalu terfikir mesti susah nak pergi kerja bila ada anak nanti. Tapi sebenarnya tidak. Sejak ada Aqeef, Myra lagi senang nak bangun awal.

Pukul 5 pagi dia dah bangun nak menyusu. Lepas tu senang la Myra nak bersiap ke set shooting,”katanya yang menganggap anak seperti alarm nya sekarang.

Katanya lagi sejak kembali berlakon, dia merasakan momen anak membesa sangat pantas. Setiap hari ada sahaja benda baru yang dia boleh buat. Keseronokan bergelar ibu itu sukar digambarkan dengan kata-kata.

IKLAN

Bercerita tentang trend anak artis berlakon dan membuat program realiti di TV, Aamyra tidak menolak jika ada rezeki Aqeef tapi perlu ada syarat-syarat yang mesti dipatuhi memandangkan anaknya masih bayi lagi.

“Myra tak plan tapi kalau ada rezeki apa salahnya cuma buat masa sekarang Aqeef hanya sesuai untuk photoshoot je.

Kalau melibatkan meet & greet dengan ramai orang Myra kena pertimbangkan dulu sebab risau dengan faktor jangkitan penyakit yang mudah kena baby,” beritahunya yang dipililh bersama suami dan anak sebagai duta TV3 untuk program raya.

Sumber: aamyrarosli

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI