Aaron Aziz selebriti ‘family man’, hubungan rapat dengan anak macam ‘kawan-kawan.’ Dilabel seorang selebriti ‘family man’, kehidupan rumah tangga Dato’ Aaron dan Datin Diyana Halik sentiasa menjadi perhatian peminat. Cukup mesra dan saling melengkapi di antara satu sama lain, pasangan selebriti ini memang sepadan ibarat pinang dibelah dua.
Aaron Aziz Selebriti ‘Family Man’, Hubungan Rapat Dengan Anak Macam ‘Kawan-kawan’
Pemilik nama sebenar, Aaron Mustapha Aziz ini sering berkongsi momen-momen indah bersama tiga orang anaknya. Aaron mendirikan rumah tangga bersama Datin Diana pada 2003 dan dikurniakan tiga anak iaitu Danish Anaqi, 20, Dwi Ariana, 19, dan Dahlia Arissa, 15.
Lelaki berusia 49 tahun itu ternyata begitu akrab dengan ketiga-tiga anaknya. Hubungan mereka yang rapat seperti ‘rakan’ mempamerkan’ sisi sebenar Aaron seorang bapa yang penyayang.
Sering berkongsi gambar-gambar dan video bersama anak-anak, penampilan dua orang anak gadisnya sering menjadi perhatian warga maya.
Baru-baru ini Aaron berkongsi satu video ketika beliau bercuti ke Uzbekistan bersama keluarganya.
Manjaku Holdings Sdn. Bhd. dan rakan Kerjasama, Enfagrow A+ Mindpro dengan bangganya mengadakan Majlis Hi-Tea bersama Fazura di Hotel Le Meridien, Putrajaya. Majlis eksklusif ini diadakan untuk menghargai kerjasama erat antara Manjaku Baby Mall dan Enfagrow A+ Mindpro, serta untuk meraikan pemenang PeraduanFoto Mama, Papa, Anak Seiras.
Majlis Hi-Tea Bersama Fazura dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Manjaku Holdings Sdn. Bhd, Mr Daniel Looi untuk mengalu-alukan kehadiran ibu Enfagrow A+ Malaysia dan selebriti terkenal, Nur Fazura, serta rakan kerjasama dan rakan-rakan media yang turut hadir.
“Saya ingin merakamkan penghargaan buat rakan kerjasama kami, Enfagrow A+ Mindpro kerana sudi bersama-sama Manjaku pada petang ini dalam majlis Hi-Tea Bersama Fazura yang saya anggap suatu majlis untuk mengeratkan lagi hubungan antara kami dan pelanggan,” kata Mr. Daniel Looi.
Mr. Daniel Looi turut berterima kasih kepada rakan media serta para pemenang Peraduan Foto Mama, Papa, Anak Seiras kerana sudi hadir ke Majlis Hi-Tea bersama Fazura bersama pada hari minggu. Kehadiran mereka dianggap sangat bermakna dan memberi semangat kepada kedua-dua pihak untuk terus bekerjasama.
Manjaku Baby Mall, pusat membeli-belah terbesar di Malaysia bagi barangan ibu dan anak, telah berada dalam pasaran selama 30 tahun. Bulan Jun lalu, Manjaku telah meraikan ulang tahun ke-30 mereka. Sepanjang tempoh ini, Manjaku telah menjalinkan kerjasama erat bersama Enfagrow A+ Malaysia sekaligus menjadikan produk Enfagrow A+ antara ‘Top of Mind Milk Powder Category’.
“Pelbagai acara dan aktiviti telah dilakukan bersama Enfagrow A+ dan yang paling istimewa bagi saya adalah Majlis Hi-Tea bersama Fazura yang diadakan hari ini bersempena dengan kempen ‘Celebration of Parenthood’,” tambah Mr. Daniel Looi.
Majlis Hi-Tea bersama Fazura ini diadakan bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pemenang PeraduanFoto Mama, Papa, Anak Seiras bertemu dengan selebriti kesayangan mereka, Fazura, secara eksklusif. Selain itu, majlis ini juga memberi pendedahan serta pengalaman berharga buat ibu bapa baru menerusi perkongsian perjalanan keibubapaan daripada selebriti terkenal tersebut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak lasak dan tak nak duduk diam itu tandanya mereka semakin bijak. Mama dan papa usahlah marah bila anak lasak. Banyakkan bersabar. Mama dan papa sepatutnya bersyukur sebab anak lasak itulah tanda bahawa tumbesaran minda, sensori dan emosi anak sihat dan sedang pesat dinaik taraf.
Anak Lasak, Tak Nak Duduk Diam, Itu Tanda Dia Makin Bijak
Ya memang tak dinafikan bila anak mula lasak, mama dan papa akan mudah letih dan akhirnya melenting. Mana tidaknya, ada-ada sahaja perkara yang ingin dilakukan si anak sampai tak terkejar mama dan papa dibuatnya.
Ketahuilah mama dan papa, semakin lasak anak, makin bijaklah mereka. Jika anak tak lasak, ketika itulah kita patut marah.
Mama & Papa Banyakkan Sabar
1 – Bila anak anak tak aktif, tak melompat, tak berguling, asyik duduk mengadap gajet itu bahaya. Lima sensori penting seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa boleh tumpul dan terbantut perkembangannya.
2 – Anak cuma ada masa 6 tahun sahaja dari 0 – 6 tahun untuk membentuk 90 peratus dari keseluruhan otak mereka. Tak aktif masa ini maka makin kecil dan makin lemah prestasi otak mereka berbanding anak-anak yang lasak dan gasak selama 6 tahun pertama.
3 – Otak emosi (amygdala) adalah otak pertama yang anak anak ada. Mereka belum boleh berfikir secara rasional lagi, sebab itu mereka tidak boleh dimarah dan dihukum bila buat salah. Sebaliknya kita yang sudah matang fikiran ini yang kena banyak bersabar dan tunggu sehingga otak fikir (cortex) mereka mula aktif pada umur 7 tahun ke atas baru boleh marah dan hukum.
4 – Lasak dan gasak itu fitrah kanak kanak. Mereka tak belajar dari dengar nasihat dan arahan, mereka belajar dengan teroka dan alami sendiri rangsangan dari tubuh mereka. Tubuh adalah alat belajar utama mereka.
5 – Kita patut marah pada diri sendiri jika kita letak mindset bahawa anak yang “baik” akan selalu dengar kata dan senang duduk diam. Sebaliknya itu tanda ada gejala 3F ( Fight, Flight, Freeze ) yang sedang berlaku dalam otak mereka.
Kelasakan dan keganasan anak anak itu bukan malapetaka tapi itu adalah mukjizat besar dalam kehidupan mereka.
Ini kerana kelasakan dan keganasan itulah yang akan membantu anak kita menguatkan otot, mendewasakan tubuh dan mematangkan fikiran mereka menjadi anak yang lebih sihat fizikal dan mental.
Masalahnya ialah kita mampu ke tidak nak melayan kelasakan anak-anak ini. Tenaga mereka ini, bukan ‘biasa-biasa’ banyak ya amat tenaga, tak reti penat, gunung pun boleh terbalik kalau dapat pada mereka.
Nak tak nak, kita kenalah bersenam, mula jaga pemakanan dan tambah stamina dari sekarang. Bila kita tak cepat letih, maka tak adalah kita cepat nak marah-marah nanti. Sabar perlukan kekuatan!
Wanita pekerja pembersihan hospital selamatkan 38 bayi, dicalon Model Moral Kebangsaan. Seorang bekas pekerja pembersihan di sebuah hospital di China dicalonkan sebagai Model Moral Kebangsaan, lapor South China Morning Post (SCMP).
Wanita Pekerja Pembersihan Hospital Selamatkan 38 Bayi
Portal itu memetik akhbar The Paper melaporkan, Tang Caiying, 88, adalah bekas tukang cuci di sebuah hospital di Xinyu, di wilayah Jiangxi di tenggara China.
Wanita itu telah mengambil 38 bayi terbiar selama sedekad. Antara 1980-an dan 1990-an, dia mengambil lebih 30 anak angkat.
Dicalon Model Moral Kebangsaan
Pada musim sejuk 1982, Tang yang ketika itu 46 tahun menemukan seorang bayi perempuan yang dibalut dengan kot kapas, ditinggalkan di sebelah landasan kereta api ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
Tidak mahu meninggalkan bayi itu dalam kesejukan, dia membawa bayi yang menangis itu ke rumah, memberi makan dan membersihkannya. Dia menamakan gadis itu, Fangfang.
Pada masa itu, Tang sudah bergelar ibu kepada lima anak dengan yang bongsu berusia 12 tahun.
Anak perempuan keduanya, Aiping, yang baru menamatkan pengajian di sekolah menengah dan menganggur, tinggal di rumah untuk membantu menjaga Fangfang.
Beberapa tahun kemudian, Tang menemukan seorang lagi bayi perempuan yang ditinggalkan di hospitalnya dan menamakannya Zhenzhen, yang bermaksud hadiah berharga.
Sejak itu, dia terus menyelamatkan bayi yang ditinggalkan sehingga jumlahnya 36 orang lagi.
Kebanyakan mereka yang diterimanya adalah bayi yang baru lahir, dengan ada yang dibuang ke dalam tong sampah, dan yang lain, ditinggalkan di luar hospital ketika musim sejuk.
Tang mengaturkan supaya bayi yang diselamatkan itu tinggal di bilik yang tidak digunakan di hospital tempat dia bekerja.
Dia meluangkan masa setiap hari untuk memberi makan kepada bayi itu dan sentiasa memantau kesihatan mereka.
Pada mulanya, suaminya tidak memahami dan berpendapat pendapatan sederhana mereka hampir tidak mencukupi untuk anak-anak mereka sendiri, apatah lagi anak angkat.
Tetapi Tang bertekad untuk menyelamatkan setiap bayi yang ditemukannya.
Selepas bersara, dia hidup dengan pencen kecil dan berusaha keras untuk membeli susu dan makanan untuk anak-anaknya itu.
Dengan jarak umur lebih daripada 50 tahun, anak angkat itu memanggil Tang dengan panggilan ‘nenek’.
Beberapa anak bongsu dijaga di rumah oleh suami Tang dan anak-anaknya sendiri.
Lama-kelamaan, suaminya semakin menyayangi anak angkat dan mereka memanggilnya sebagai “atuk”.
Apabila Tang semakin tua dan tenaganya semakin berkurangan, dia mula berhati-hati memilih keluarga angkat untuk anak-anaknya.
Anak angkat terakhir Tang ialah pasangan kembar lelaki. Dia menamakan anak yang lebih tua sebagai Zhang Jiagang, manakala yang lebih muda kemudian menjadi anak angkat pasangan guru.
Aura Bang Aji memang luar biasa! Kenali kisah comel Muhammad Aniq Redzuan, si kecil berbakat dan penuh pesona yang mencuri perhatian ramai dengan keletahnya yang mencuit hati.