Walau bagaimana pun diuji, namun kasih dan sayang pada anak-anak takkan pernah berubah. Siapa menyangka dengan tindakan yang tidak wajar terhadap bekas isterinya, kehidupan pelakon Hafidz Roshdi kini berubah secara total.
Hafidz yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini kerana mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada sebak ketika menyebut nama dua anaknya.
Pada sidang media itu, Hafidz tiba-tiba sebak sebaik menyebut mengenai dua anaknya dan meluahkan rasa kasih serta rindu terhadap mereka selepas dua minggu tidak berjumpa.
“Kepada kedua-dua anak saya, Humairah dan Umar, Abah rindu dan sayang kalian berdua, dan tidak pernah sesaat pun Abah lupakan kalian.
“Buat keluarga saya, terima kasih kerana menjadi tulang belakang Hafidz selama ini, dan sentiasa bersama Hafidz apa jua keadaan dan situasi. Terima kasih banyak-banyak.
“Saya mengambil ujian kehidupan pada hari ini dengan tabah, dan akan terus melangkah ke hadapan, setapak, demi setapak, sehingga saya lebih berjaya berbanding sebelum ini,” katanya.
Ads
Terdahulu, dalam sidang media bersama peguam mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kader, Hafidz berkata, tidak pernah terlintas dalam fikirannya akan dituduh di mahkamah kerana mencederakan orang yang disayanginya.
“Saya adalah seorang manusia, sama seperti anda, yang inginkan kebahagiaan sehingga ke penghujungnya.
“Namun, hari ini, adalah satu episod yang paling suram dalam hidup saya. Apapun, saya reda dengan apa yang sudah ditakdirkan,” katanya.
Kredit foto: Harian Metro
Tambah Hafidz, dia menyerahkan nasibnya kepada pihak mahkamah untuk membuat pertimbangan sewajarnya.
“Saya yakin bahawa mahkamah akan membersihkan nama saya bagi pertuduhan di sini.
Ads
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terus mendoakan kebaikan serta kesejahteraan buat saya dan keluarga sehingga kini, dalam menghadapi tempoh sukar dan sulit ini.
“Kepada pihak di luar sana, hentikan membuat spekulasi, dan menyebarkan fitnah terhadap saya dan keluarga saya di media sosial untuk isu-isu yang anda sendiri tidak tahu kebenarannya,” katanya.
Terdahulu, Hafidz Roshdi dihadapkan ke mahkamah selepas tuduhan mengasari isterinya, Nurul Syuhada.
Ibu akan terus menyayangi anak-anaknya selagi hayat dikandung badan. Kisah ibu ini benar-benar mengusik perasaan tatkala mengetahui anak istimewa sejak dari dalam kandungan lagi.
Bertuahnya Nur Dalila Sofea ini mempunyai ibu penyayang. NoorSuehana Adnan, ibu 3 orang cahaya mata diuji tatkala kandungan ketiganya mencecah 7 bulan.
Apabila ditanya apa perasaan apabila diberitahu anak dalam kandungan mengalami kelainan selepas melakukan imbasan, ibu ini mengakui bukan mudah untuk menerima kenyataan.
SCAN MASA 7 BULAN, DOKTOR KATA ANAK ADA PENYAKIT
“Semasa scan doktor beritahu anak dalam kandungan mengalami penyakit hidraencephaly, saya rasa sangat sedih. Boleh dikatakan saya hanya termenung sampaikan tidak lalu untuk menjamah makanan kerana memikirkannya.
“Selama ini saya tak boleh melihat anak-anak yang sakit, saya akan rasa sedih. Tapi bila ia berlaku kepada anak sendiri, apabila diri sendiri diuji, baru saya faham perasaan ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang begini.” kata Noorsuehana.
MULA-MULA INGATKAN HIDROCEPHALUS
Ibu ini juga turut berkongsi pada mulanya doktor mengesyaki bayi dalam kandungan mengalami penyakit hidrocephalus. Namun selepas melakukan MRI dan CT SCAN doktor mengesahkn Dalila mengalami penyakit hidraencephaly iaitu masalah terlebih air dalam kepala dan sel otak yang sedikit.
Dalila semasa baru lahir.
DALILA PEMINAT SUSU IBU
Kata ibu ini, Nur Dalila Sofea anak yang sangat baik. Dia adalah peminat susu ibu, dan enggan meminum susu formula walau pun sudah banyak kali cuba diberikan. Apa yang merunsingkan ibu ini, Dalila yang berusia 4 bulan kini hanya seberat 4.8kg.
PASANG ALAT KELUARKAN AIR BERLEBIHAN
Terkini Dalila baru sahaja menjalani pembedahan memasang VP shunt yang berfungsi mengeluarkan air yang berlebihan dari dalam kepalanya.
“Dalila baru lepas menjalani pembedahan pasang vp shunt di kepala pada 9 April lalu. Doakn Dalila akan terus kuat & sihat. Apa yang saya amat harapkan ialah alat vp shunt ini boleh berfungsi dengan elok sehingga ke akhir hayat,” kata Noorsuehana. Buat masa ini Dalila masih dalam pemantaun temujanji dengan pakar neuro setiap bulan untuk melihat shunt yang dipasang dapat berfungsi dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, Ezzaty Abdullah berkongsi keadaan terkininya yang sedang sarat hamil anak kedua.
Menurutnya, kebelakangan ini dia terlalu aktif dan banyak melakukan kerja menyebabkan bayi dalam kandungan sudah turun ke bawah di minggu ke 32.
“32 Weeks Baby Dah Turun Macam Nak Keluar” Banyak Buat Kerja, Ezzaty Harap Baby Keluar Cukup Bulan”
Ezzaty turut memohon doa ramai agar urusan kehamilanya dipermudahkan.
“Baby ibu 34 weeks today. Doakan semuanya dipermudahkan ye.”
“Last 2 weeks checkup baby dah turun macam nak keluar. Ibu active dan banyak buat kerja lately. naik la semula ye baby.”
Tambahnya lagi, terlalu awal untuk bayi keluar kerana ketika ini usia kandunganya baru mencecah 34 minggu di mana usia matang bayi yang sesuai untuk dilahirkan pada 37 minggu kehamilan.
“Awal lagi ni nak keluar. This monday kena jumpa Dr Fidak semula untuk checkup baby lagi. Hope baby dah naik semula. Doakan semoga semuanya dipermudahkan ye.”
Rata-rata warga maya mendoakan urusan kehamilan dan kelahiran isteri kepada pelakon, Azwan Kombos ini dipermudahkan.
Azwan dan Ezzaty mendirikan rumah tangga pada 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Harum Dalia, 4.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Akibat tertekan anak tidak mendengar kata, tambahan isterinya sedang sarat mengandung menyebabkan seorang lelaki hilang pertimbangan apabila tergamak memukul anak lelakinya dengan penyangkut baju, Rabu lalu.
Bagaimanapun perbuatan lelaki berusia 35 tahun itu terbongkar selepas guru tadika sekolah anaknya di Persiaran Utama, di Kulim, melihat mangsa berusia lima tahun itu dalam keadaan lesu, batuk dan terdapat kesan lebam di muka ketika hadir ke tadika.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, gurunya kemudian bertanya kepada mangsa sebelum dia memberitahu dipukul bapanya ketika berada di rumah mereka di Kulim Hitech Park, Kulim.
Menurutnya, gurunya membuat pemeriksaan sebelum mendapati terdapat kesan lebam di belakang badan, tangan, muka dan punggung.
“Bimbang dengan keadaan mangsa, dia kemudian membawa kanak-kanak itu ke Hospital Kulim untuk menerima rawatan sebelum membuat laporan polis.
“Susulan itu, polis kemudian menahan bapa mangsa untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Ahmad Nasir berkata, siasatan awal suspek mengaku memukul anaknya menggunakan penyangkut baju plastik kerana mangsa nakal dan tidak mahu mendengar kata.
“Suspek yang ditahan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sementara anaknya kini berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.