Abam Junior, Makin Besar Hamzah Iras Arwah. Comel Je Lari Pakai Kasut Pink!

Share

Lama tak dengar cerita anak arwah Abam Bocey. Pejam celik, pejam celik, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey dah pun berusia 2 tahun lebih. Kejap je dah besar!

Menerusi perkongsian video terbaru di Instagram Hidayah, dia telah berkongsi aksi Hamzah yang sedang lincah bermain bola di kawasan rumah.

Jelas terpancar kegembiraan dan keseronokan anak arwah Abam ini dikelilingi dengan sepupu-sepupunya. Walaupun hanya sempat merasai kasih seorang ayah sehingga usianya 8 bulan, tetapi ia bukan penghalang untuk si comel ini membesar dikelilingi saudara mara terdekat.

Apa yang membuatkan orang ramai tersenyum melihat video tersebut adalah, aksi ‘terkedek-kedek’ Hamzah berlari sambil memegang bola dan memakai kasut pink sungguh mencuit hati. Walaupun ‘Abam Sado’, pakai kasut pink terus nampak cute.

Dalam kapsyen yang ditulis Hidayah itu, Hamzah seronok dapat bermain bola bersama kakak-kakak dan abang-abang.

Selain itu, video yang berdurasi seminit lebih itu mendapat pelbagai komen dan ramai yang geram melihat gelagat Hamzah dan ada yang menyatakan makin Hamzah besar, saling tak tumpah macam arwah Abam.

Bantal Ayah peneman ke mana-mana

Sementara itu, Hidayah juga ada berkongsi perangai Hamzah, setiap kali nak tidur, mesti bantal Ayah kena ada. Ibaratnya seperti Ayah ada di mana-mana. Walaupun hanya gambar semata-mata, ia dah cukup untuk melepaskan kerinduan yang tiada penghujungnya.

Macam anak-anak orang lain di usia kecil boleh bermanja dengan ayah tapi Hamzah anak yang kuat dan seolah dia faham. Inilah kenangannya sampai bila-bila.

Moga Hidayah dan Hamzah dapat terus mengecapi nikmat kebahagiaan hidup dan sentiasa dalam rahmat Allah. Orang baik semua sayang!

Kredit: IG hidayah_hamzah

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy