Perkara itu dikongsikan oleh Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan menerusi entri di Instagram (IG) miliknya.
“Alhamdulillah selesai majlis aqiqah anak saya, Syed Uthman Hamzah hari ni.
“Terima kasih kepada semua yang sudi memeriahkan majlis aqiqah anakanda saya,” tulisnya.
Ads
Pengumuman nama anak Abam itu mendapat pelbagai reaksi dan pujian daripada peminat yang rata-ratanya memujinya kecomelan yang dimiliki oleh Syed Uthman Hamzah.
Sementara itu, menerusi posting lain, nampak Abam begitu teruja bergelar bapa walaupun merupakan pengalaman baru buatnya.
Biasalah bila ada bayi kehidupan berubah sepenuhnya. Sebelum ini nak tidur pukul berapa, nak bangun pukul berapa tak kisah tetapi apabila ada anak dia boleh jadi jam loceng tak kira masa.
Ayahanda tido… Anak ayahanda pon tdo…. Tp malam anak ayahanda menyala… Ayahanda koyakkk nak...
Ads
Rata-rata peminat Abam semuanya memberi semangat dan mereka yakin Abam boleh jadi ayah yang baik untuk anaknya.
Dah tak ada istilah nak tidur lama. Telinga pun automatik akan sensitif dengar bunyi bayi menangis.
Berhati-hati kalau anda jenis suka angkat bayi dengan cara menarik tangannya. Ia berisiko menyebabkan sendi siku si kecil teralih.
Niat di hati nak gembirakan anak dengan cara memegang kedua-dua belah tangannya dan menghayun seperti putaran kipas helikopter tetapi tanpa disedari perbuatan tersebut boleh menyebabkan kecederaan pada tulang sendi siku anak.
Bahkan kadangkala cara kita mengangkat atau memegang anak pada tangannya atau menarik tangan anak secara tiba-tiba turut boleh menyebabkan tulang pada sendi siku anak teralih dan terkeluar daripada soket sikunya.
Menurut Dr Ahmad Mahyuddin, Pakar Bedah Ortopedik di salah sebuah hospital di Pahang, dalam terma perubatan, kecederaan ini dikenali sebagai ‘radial head subluxation’. Ia juga disebut sebagai ‘Pulled elbow’, ‘Nursemaid’s elbow’ atau ‘Babysitter’s elbow’ kerana kerap juga berlaku ketika kanak-kanak berada dalam jagaan pengasuh.
Sebarang perbuatan menarik tangan anak secara keras dan tiba-tiba boleh menyebabkan kepala dan leher tulang radius terkeluar daripada Annular ligament dan menyebabkan tulang itu tertonjol keluar, kesakitan dan pergerakan siku dan tangan jadi terbatas.
Kecederaan ini kerap berlaku pada bayi baru lahir sehingga berusia 7 tahun namun paling kerap terjadi pada kanak-kanak usia 1 hingga 4 tahun. Ini kerana pada usia ini, tulang dan otot kanak-kanak masih belum matang dan memudahkan kecederaan tersebut berlaku.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami kecederaan ini akan mengadu sakit pada sendi siku, siku mungkin bengkak, tulang tertonjol keluar dan pergerakan sendi siku jadi terbatas.
Segera dirawat
Sekiranya anak anda mengadu sakit pada sikunya segera bawa dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Ujian X-ray perlu dilakukan untuk memeriksa keadaan sendi siku anak bagi memastikan adakah ia terkeluar dan ada atau tidak kepatahan tulang berlaku.
Jika dirujuk ke hospital, masalah sendi yang terkeluar akan dimasukkan kembali ke dalam soket dan Annular ligament secara Closed Manual Reduction (CMR). Ia hanya dilakukan selepas anak diberi ubat penenang dan penahan sakit.
Doktor akan mengulangi ujian x-ray selepas prosedur CMR bagi memastikan ia telah kembali ke tempat asal. Anak juga akan dipakaikan anduh selama 1 hingga 2 minggu bagi membolehkan tisu yang koyak sembuh seperti sediakala.
Sekiranya anak tidak segera dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana menganggp tiada kecederaan serius berlaku pada anak, ia boleh menyebabkan beberapa risiko seperti:
a. Kelewatan sendi dimasukkan kembali boleh menyebabkan pergerakan sendi siku jadi terbatas, bentuk siku membengkok dan tulang tertonjol.
b. Berisiko mendapat kecederaan pada saraf Posterior Interosseous Nerve (PIN) yang boleh menyebabkan keadaan ‘finger drop’. Finger drop ialah keadaan dimana pesakit tidak akan mampu mengangkat dan meluruskan jari-jari beliau akibat kerosakan saraf PIN ini. Kebarangkali sembuh bagi kerosakan saraf PIN adalah agak rendah.
c. Sendi ini akan menjadi longgar. Lebih malang lagi sekiranya anak anda mendapat radang sendi siku atau Osteoarthritis akibat kelewatan ini.
Maka, diharap ibu bapa lebih prihatin dan jangan anggap masalah ini perkara remeh. Ambil perhatian tentang 3 perkara berikut:
1. Elakkan daripada suka menghayan anak-anak.
2. Elakkan daripada menyentap atau menarik tangan anak anda dengan keras.
3. Jika mengangkat atau mendukung anak, sentiasa angkatnya dengan cara memegang badan atau pada bahagian ketiak mereka. Elakkan cara mengangkat anak dari pembaringan dengan menarik tangan mereka.
Rawatan awal mengurangkan risiko kecederaan lebih teruk pada anak anda.
Sumber: The Malaysian Medical Gazette
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyampai radio dan pengacara, Fizi Ali, 30 atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin mendedahkan dirinya berhenti merokok disebabkan oleh anaknya, Ameena Sofia.
Mula merokok ketika usia remaja, Fizi membulatkan tekad untuk berhenti demi permata hati tercinta.
“Saya dah mula merokok semenjak tingkatan satu. Saya kuat merokok… Dulu, saya hisap sekotak setengah rokok untuk sehari.
“Ketika di awal kelahiran Ameena, saya masih merokok. Kesukaran mula timbul kerana saya harus mandi terlebih dahulu selepas merokok, barulah saya boleh mendukung atau menjaga Ameena.
“Bila merokok, bukan sahaja tangan saya yang berbau, malah badan juga akan melekat bau rokok. Perkara terbabit sangat melecehkan… Dari situ, saya mula berazam untuk berhenti merokok.
“Alhamdulillah, saya berjaya berhenti merokok dan bertekad untuk tidak kembali kepada tabiat itu… Lebih senang untuk saya menjaga dan bermain dengan Ameena,” kata Fizi.
Tambah Fizi, dia juga menggunakan peranti alternatif untuk berhenti merokok bagi mengekang tabiat terbabit.
“Saya menggunakan NCIG sebagai alternatif. Setakat ini, NCIG berjaya membuatkan saya berhenti merokok.
“Selain kesedaran berkenaan dengan anak, saya juga mahu jadi lebih sihat dan mengamalkan gaya hidup yang lebih baik,” katanya pada Astro Gempak.
Sekadar info, Fizi mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan dengan kehadiran Ameena pada 14 Mac lalu.
Siapa yang mengalami alahan teruk di awal kehamilan pasti tahu berapa seksanya hendak makan. Lagi-lagi bila tak lalu makan nasi sedangkan perut rasa lapar yang amat. Boleh menitis airmata. Betul tak?
Kalau tak lalu makan nasi atau tak sukakan baunya, ada caranya. Menurut Dr Zubaidi Haji Ahmad, menggantikan minuman tambahan untuk wanita hamil adalah sebaiknya daripada tidak mengambil sebarang jenis makanan.
MINUMAN TAMBAHAN UNTUK WANITA HAMIL
Ramai yang keliru tentang pemakanan yang perlu diambil ketika hamil sebab kita sudah biasa dengan sistem pemakanan yang salah.
Contohnya ada wanita hamil yang tidak berselera untuk makan, lalu mengunyah makanan yang tiada khasiat seperti jeruk atau jajan.
Sesekali mengambil makanan seperti itu mungkin tidak menjejaskan kesihatan ibu dan anak dalam rahim, tetapi jika diamalkan secara berterusan sudah tentu akan menjejaskan kesihatan anak yang sedang membesar dalam rahim.
Jika tidak berselera, saya cadangkan ambil susu. Sekarang pun sudah ada di pasaran, susu yang dijual dalam pelbagai rasa. Sekurang-kurangnya susu membekalkan kalsium yang tinggi. Selain itu, susu juga meningkatkan tumbesaran otak bayi.
Susu untuk ibu hamil yang paling popular ialah susu lembu segar. Kecuali mereka ada masalah diabetis, boleh memilih susu kurang lemak.
Seperti yang kita ketahui, wanita hamil memerlukan kalori yang banyak bersama nutrien yang lain seperti vitamin dan mineral yang lain.
Saya mencadangkan seorang ibu hamil meminum sekurang-kurang secawan susu setiap hari. Jangan tinggalkan pemakanan yang seimbang. Susu segar dapat menampung kekurangan nutrien yang diperlukan oleh ibu dan anak.
Bagi wanita hamil yang sibuk bekerja, tidak makan dengan teratur dan tidak mendapat cukup rehat, susu adalah minuman tambahan yang terbaik.
Jadi jangan lupakan susu setiap hari dalam menu harian kita. Tak suka susu putih boleh gantikan dengan susu coklat yang ternyata lebih sedap. Tepuk dada tanyalah selera anda. Pastikan anda sihat sepanjang kehamilan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!