Pelawak kumpulan Bocey, Abam telah memperkenalkan nama bayi sulungnya selepas isterinya, Siti Norhidayah bersalin 14 Jun lalu.
Perkara itu dikongsikan oleh Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan menerusi entri di Instagram (IG) miliknya.
“Alhamdulillah selesai majlis aqiqah anak saya, Syed Uthman Hamzah hari ni.
“Terima kasih kepada semua yang sudi memeriahkan majlis aqiqah anakanda saya,” tulisnya.
Pengumuman nama anak Abam itu mendapat pelbagai reaksi dan pujian daripada peminat yang rata-ratanya memujinya kecomelan yang dimiliki oleh Syed Uthman Hamzah.
Sementara itu, menerusi posting lain, nampak Abam begitu teruja bergelar bapa walaupun merupakan pengalaman baru buatnya.
Biasalah bila ada bayi kehidupan berubah sepenuhnya. Sebelum ini nak tidur pukul berapa, nak bangun pukul berapa tak kisah tetapi apabila ada anak dia boleh jadi jam loceng tak kira masa.
Ayahanda tido… Anak ayahanda pon tdo…. Tp malam anak ayahanda menyala… Ayahanda koyakkk nak...
Rata-rata peminat Abam semuanya memberi semangat dan mereka yakin Abam boleh jadi ayah yang baik untuk anaknya.
Dah tak ada istilah nak tidur lama. Telinga pun automatik akan sensitif dengar bunyi bayi menangis.
Abam mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Siti Norhidayah pada 8 Disember 2017.