Baru saja nak rasai gerakan manja dalam perut, Allah lebih sayangkan anak syurga ini. Hati ibu ayah mana yang tak sedih selepas hasrat untuk menimang cahaya mata kembar tak kesampaian.
Sebak sungguh hati ini bila melihat wajah kedua-dua wildan syurga ini. Sepertinya si abang dan si adik sedang nyenyak tidur bersama.
Pasangan kembar wildan syurga
Bayi kembar lelaki yang kami uruskan ini meninggal dunia selepas 30 minit dikeluarkan dari rahim ibunya. Dikeluarkan demi untuk menyelamatkan nyawa ibunya.
Ketika dikeluarkan si abang dan si adik baru berusia 4 bulan dalam kandungan si ibu. Keputusan untuk melahirkan si kembar ini terpaksa dilakukan oleh doktor.
Ini kerana doktor mendapati kembar yang dikandung mempunyai masalah komplikasi. Jika tidak keluar si kembar boleh membahayakan nyawa si ibu.
“Keputusan yang cukup berat. Dua-dua sayang”
Si bapa terpaksa membuat satu keputusan yang sangat berat. Ibarat diluah mati emak. Ditelan mati bapa. Kedua-duanya si bapa sayang. Si kembar akhirnya terpaksa dikeluarkan awal.
Si ibu dan si bapa tiada pilihan lain. Nak atau tidak mereka perlu redha. Si kembar dikeluarkan tidak berapa lama selepas ubat disuntik kepada si ibu. Kedengaran suara tangisan setelah si kembar berjaya dilahirkan.
Bertahan 30 minit selepas dilahirkan
Tangisan yang kuat menjadi semakin sayup. Kemudian terhenti menandakan si kembar sudah tidak lagi bernyawa. Si abang dan si adik hanya mampu bertahan selama 30 minit. Berakhirnya impian si ibu dan si bapa.
Hajat untuk menimang cahaya mata kembar tidak kesampaian. Si abang dan si adik memilih untuk menunggu ibu bapanya dipintu syurga. Dipinjamkan si kembar selama 4 bulan dirahim ibunya. Dipanggil pulang apabila sifat yang ada telah cukup sempurna.
Telah kami sempurnakan pengurusan untuk kedua-dua kembar syurga ini. Si kembar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Raja. Si abang diberi nama Muhammad Abu Bakar. Si adik pula diberi nama Muhammad Omar.
Salam takziah buat kedua ibu bapa kembar wildan syurga ini. Moga dapat bersatu kembali di syurga Allah nanti.
**Salurkan sumbangan anda ke dalam tabung pengurusan jenazah UKVJ.
Bantu kami untuk kami membantu ummah :-
8603746447 CIMB BANK PERTUBUHAN UKHUWAH KEBAJIKAN VAN JELATA SELANGOR.
Kredit: FB Mr Wan Cai Official
Nak dapatkan info lanjut mengenai e-WORKSHOP ini, klik http://www.wasap.my/60139974978/EworkShopPAMATINISPA
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)