“Abang Dah Besar Tak Boleh Dukung Lagi” Elak Cakap Macam Ni Lagi-Lagi Dia Baru Dapat Adik

Share

“ Eh, jangan mengada-ngada nak dukunglah, apalah. Dah besarkanlah malulah!” atau “ Kan Mama baru lahirkan adik. Mama tak laratlah lah nak dukung-dukung ni…kan dah boleh berjalan…” Biasa terjadi apabila si abang hanya mahu di dukung sebentar oleh si ibu.

Kredit: Freepik

Kebiasaanya ia berlaku ketika si anak mendapat adik baru, secara tiba-tiba dia mula ‘mengada’, nak bermanja dan emosi cepat tersentuh. Bukan mudah untuk dia menerima kehadiran adik baru dan berkongsi kasi. Jadi bagaimana nak mendidik anak supaya bertolak ansur? Ikuti perkongsian Ibu Rose.

BAGAIMANA DIDIK ANAK DAPAT ADIK BARU

Bila anak mendapat adik baru, dan nampak dia jealous serta mahu didukung seperti adiknya, namun anda yang baru melahirkan adiknya dan sedang berpantang. Bahaya untuk anda jika anda mendukung anak yang sudah besar itu.

Namun, elakkan mengatakan; ” Abang dah besar, tak boleh dukung-dukung lagi.”
Kerana ini akan menyebabkan perasaan marah dan cemburu. Kerana anak itu akan merasakan tempat dia telah dirampas.

Apa yang anda boleh lakukan ialah kata begini; “ Mama, baru lahirkan adik, mama tak begitu sihat. Macam sayang, bila sayang tak sihat, sayang selalu baring saja kan. Mama pun macam tu. Tapi Mama sayang sangat sayang dan rindu nak dukung sayang. Jadi apa kata, sayang baring kat riba Mama ni atau bila ada Ayah, ayah dukung sayang ya. Nanti Mama dah sihat, Mama dukung sayang.”

Kata-kata begini menguatkan EQ anak. Dia akan faham perasaan orang lain dan dia akan mahu bertolak ansur.

Kata-kata seperti; “ Eh, jangan mengada-ngada nak dukunglah, apalah. Dah besarkanlah malulah!” atau “ Kan Mama baru lahirkan adik. Mama tak laratlah lah nak dukung-dukung ni…kan dah boleh berjalan…”

Kata-kata beginilah yang melukakan hati anak. Dan bila hati terluka, EQ terbantut. Ini menjadi kanser yang akan nampak bila anak itu remaja nanti. Dimana ketika itu, anda tiba-tiba tersedar, dia tidak langsung menghargai perasaan anda! Dia tidak ada ruang untuk merasai perasaan orang lain, kerana hatinya penuh dengan luka. Dan marah yang terpendam akan menjadi api kemarahannya.

Apatah lagi jika semasa kecil, dia terlampau kerap dimarahi.

Untuk memperkembangkan EQ, banyakkan membelai anak itu. Cium, belai, peluk, sikatkan rambut jika dia mahu. Ramai juga anak-anak yang mahu buat semua sendiri sebab mereka nak jadi abang dan kakak. This is good. Biarkan dan tetap cium and peluk anak itu dan puji dia kerana dia suka berdikari. Anda boleh beri dia beri dia penganugerahan seperti ‘mama little helper’ atau ‘perwira kecil mama’ atau yang bagus seperti itu. Anak itu akan berasa bangga dan menjadi lagi rajin menolong dan menjaga adiknya.

EQ akan berkembang bila anak merasai dia dikasihi dan bila perasaannya difahami dia belajar mengasihi. Anak belajar menjadi seorang yang memahami anda bila sedari kecil anda menunjukkan anda memahami perasaannya.

Oleh itu manja dan lenja tidak timbul kerana anak yang lenja tidak tahu memikirkan orang lain. Dia hanya mahu dia dilayan. Puncanya ialah kerana apa yang dia mahu semua diikutkan sehingga dia tidak tahu bagaimana susahnya perkara itu untuk dilaksanakan.

Anak yang begini juga akan membesar menjadi remaja yang hanya tahu untuk memberontak meminta dilakukan perkara untuknya. Dia tidak ada ruang untuk orang lain. Kerana sedari kecil dia tidak dilatih dan dididik untuk merasai perasaan orang lain.

Salam kasih,

Kredit: Ibu Rose

Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa